18 October 2011

♥ Uqasya 2 Month Check Up

Picture from www.utopia-of-love.blogspot.com
Today my boy ada appointment untuk umo 2 bulan di Klinik Kesihatan Desa Tun Hussein Onn (KKDTHO). Sumer ok.. berat pon nek sekilo to 4.2 kilos. Check up kali nih bermakna bermula la enjek yang diberi nama Enjek 5 Serangkai huhuhu~ Enjek yang memungkinkan baby anda demam.

Kita sebagai ibu bapa kena lah ambik tau gak benda-benda yang dienjek lam badan anak-anak kita kan. Walaupun benda tuh kita buat sebab memang dah tersurat lam buku check baby tapi maklumat tambahan dan info yang berguna juga amat penting untuk kita tau. Jangan sesenang jek nak serah peha baby kita untuk dienjek tanpa kita tau sebab musababnyer. 

Ini adalah sedikit info pasal Enjek 5 Serangkai nih hasil bacaan saya dari intenet. Adalah dimaklumkan bahawa maklumt ini adalah hasil bacaan dan pemahaman saya melalui pembacaan-pembacaan tersebut. So jangan la plak ia digunakan sebagai sumber rujukan yang utama ek.


Kenapa dinamakan atau dipanggil Enjek 5 Serangkai sebab dia mengandungi kombinasi vaksin Hip + Hepatitis B + Difteria + Tetanus + Pertussis. Vaksin nih diberikan melalui suntikan dipeha. Vaksin nih penting bagi mengelakkan bayi anda dijangkiti penyakit Diphtheria. Diphtheria pulak ialah penyakit pernapasan yang disebabkan oleh bakteri dan beracun. Diphtheria menyebabkan selubung tebal di belakang tenggorokan (leher). Gejala-gejalanya adalah radang tenggorokan dan demam tingkat rendah yang muncul secara bertahap. Penyakit nih menular melalui batuk dan bersin.


Mengapa bayi kita perlukan vaksin nih? Diphtheria menyebabkan komplikasi seperti masalah dalam pernapasan, kelumpuhan, gagal jantung, dan bahkan kematian. Sebab tuh vaksinasi sangat disyorkan untuk semua orang yang belum pernah melakukannya untuk mencegah Difteri dan komplikasi yang mungkin muncul. Bak kata orang keje Kementerian Kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati.


Komplikasi dari penyakit nih ialah ttoksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru). Penyakit ini adalah amat berbahaya dan boleh membawa kepada kematian. 



Itu la serba ringkas pasal enjeksen n kenapa baby kita kena amik enjeksen tersebut. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

No comments: