05 December 2012

♥ Sakit Dalam Perut

Dis wik adalah minggu paling tak sihat untuk saya.. uhuk! uhuk! Macam-macam penyakit yang datang dan menyerang sekaligus.. takde guna saya minum milo setiap hari sebab saya tak jadi pon "sihat dan kuat" huhuhu~

Bermula hari Ahad saya dah rasa tak sedap badan.. hidung mula mengeluarkan mukus dan batuk pon aktip sangat sampai rasa nak terkuar anak tekak tiap kali batuk. Mesti kawan-kawan tau kan apa rasa batuk yang tak kuarkan isi dan kering itu huhuhu~ peritttttt~


Hari Isnin bila stat keje dah menjadi bertambah siyes. Oleh sebab ada keje yang kena saya setelkan by dat day so terpaksa la gigih ke opis gak. Plannyer pas setel dan dimuktamadkan saya leh kuar g klinik amik MC dan itulah yang terjadi berikutnya.. saya dapat MC 2 hari [mining satu setengah hari la huhuhu~]


Balik umah tengahari tuh.. makan ubat terus pengsan sampai maghrib.. bangun pulak cuaca dah gelap sebab ujan lebat.. kuar pulak g amik anak kat umah pengasuh sebab ujan lebat tadi kan. Kalo tak ujan my hubby yang akan g amik nek moto. Demam-demam pon terpaksa redah hujan ribut petir untuk anak-anak..


Bila sampai dirumah.. bermula lah sesi sakit perut yang teramat sakit sampai saya menangis dan gigit tuala untuk tahan sakit tuh [dapat rasakan betapa sakitnya saya pada ketika itu? huhuhu~] sakit tuh di bahagian bawah perut belah kanan. Hubby yang risau terus ajak g klinik.. bila sampai klinik doktor tengok saya cam kronik sangat dia terus buat referral letter ke hospital yang berdekatan yakni Hospital Kuala Lumpur (HKL). Oh no! takmoh.. takmoh.. so ajak hubby g Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) gak untuk try my luck which I know harapan tuh tipis sangat. Op kos dia akan soh gak g HKL nanti huhuhu~


Dan seperti yang dijangka bila sampai spital HATTM staff kat situ bagitau surgeon takde huhuhu~ [leh tak spital takde surgeon yang on-call huhuhu~] then soh gak g HKL. Seperti yang kita semua sedia maklum hospital kerajaan itu bagaimana keadaannya kan? So saya soh hubby anto anak-anak g umah pengasuh lu. Seb bek pengasuh saya ok dan takde kemana-mana time tuh. Saya cuma bagi arahan je la.. dok terbaring je merengkot kat kusi belakang keta menahan sakit. Time keta berjalan rasa cam tertido sebab bila keta terhentak-hentak tuh pon saya akan rasa sakit sangat huhuhu~ So lebih baik saya tido menenangkan diri.


Dah siap anta anak ke umah pengasuh.. hubby terus gerak ke HKL. Sampai sana around 9.30 malam.. daftar.. bayo.. amik nombor.. ada lagi 6 orang depan saya. Tapi azab hokeh nak tunggu enam orang tuh.. kul 11 lebih baru dipanggil jumpa doktor. 2 jam saya tunggu untuk 6 orang sebelum saya huhuhu~ Takpe la redha huhuhu~


Dah check.. saya disaspek menghidap appendiks. Doktor soh check urine.. amik darah dan wat xray.. then ada sorang doktor pakar yang datang untuk check. Doktor pakar tuh pon tak leh konpom.. terpaksa panggil doktor yang lagi pakar dari dia untuk check sakit saya huhuhu~ time tuh dalam ati dah doa dah takmoh masuk wad.. taknak operate.. Jumaat nih nak g Sarawak huhuhu~ [hahaha~ sempat lagi pikir pasal vacation]


Sebelum saya sambung citer.. jom baca info lu pasal Radang Usus Buntu nih atau dikenali sebagai Appendicitis. Info nih saya dapat dari blog blogger Dee Ridzuan. Apa yang dia alami sama la cam apa yang saya alami. Sakitnyer pon saya rasa sama perit huhuhu~ ada beberapa info di bawah saya kopipes dari blog beliau. Credit to Dee Ridzuan.




Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appendik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen. Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.


Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun [saya 29 tahun dis year.. oh no!]



FAKTOR PENYEBAB
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ia mungkin disebabkan oleh : (1)sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik atau (2)jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain


Pada kedua-dua kes ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah. Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku [perut dah mula rasa sebu.. kaki dah menggigil huhuhu~].


SIMPTOM-SIMPTOM

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

(1) Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen

 [sesungguhnya inilah yang saya rasakan malam semalam (T_T)]

(2) Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk 

[Ya! memang benar.. sakit sangat (T_T)]

(3) Loya dan muntah-muntah 

[Loya ada.. muntah-muntah takde. Doktor soh datang spital kalo muntah]

(4) Hilang selera makan

[Takde.. selera cam biasa (^_^)]

(5) Sembelit (6) Sukar buang angin (7) Cirit Birit (8) Bengkak pada abdomen

[Sumer nih takde]

(9) Demam [Op kos!]


Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut. Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang. Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk, berjalan atau keadaan yang bergegar. Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk dimana lutut menghadap dada.

[Eh! yer la.. sama apa yang jadi kat saya.. kat atas tadi kan saya ada taip saya dok merengkot kat seat belakang keta tuh kan? duduk lutut menghadap dada la tuh huhuhu~ Teruskan membaca]

KOMPLIKASI
+-+-+-+-+-+-+






Appendik Pecah

Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah. Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen. Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan. Apabila appendik menjadi pecah, pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba. Tetapi kemudiannya, keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair. Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh. Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.


Peritonitis


Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).


RAWATAN

+-+-+-+-+-+-+

PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit. Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.

Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.


Huuuuuiihhhhh~ memang betol la kot saya kena appendiks huhuhu~ segala simptom sumer kena ngan apa yang jadi ngan saya. Tapi harapnya bukanlah kes yang serius huhuhu~ So now ikut cakap doktor iaitu makan ubat.. abihkan antibiotik dan datang segera kalo sakit perut balik. Baik doktor! saya akan ikut nasihat doktor. Pas balik dari Sarawak.. kalo saya sakit balik.. saya akan terus g spital jumpa doktor walaupun kena tunggu lama huhuhu~


Thats all for today.. panjang nau citer pasal sakit saya nih kan huhuhu~ Insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi yer tapi pasal len la.. tutup lu pasal sakit nih hihihi~ Tata




1 comment:

Unknown said...

Kalo budak umur 15 tahun boleh kena x?