20 October 2011

♥ Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Budak Kena Langgar

Rasanya semua dah tau or dah pernah terbaca or dah pernah tengok pon video di Youtube pasal budak kena langgar di China arituh kan. Dah meninggal pon budak tuh. Kesian dia. Tapi tau kah kawan-kawan kenapa orang ramai kat situ wat dek je time kejadian tuh berlaku? Kisah nih saya terbaca dari Facebook yang dishare oleh kawan saya. Pas saya baca sebabnya baru saya terfikir ada logiknyer kenapa orang ramai tak tolong pon budak tuh. 

Kesahihan citer nih tak dapat la dibuktikan tapi kalo kita fikir bebetul.. mungkin itu la yang berlaku kalo orang mula mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain sampai orang lain dah tak berani nak menghulurkan kebaikan. Moga jadi pedoman bagi kita. 

Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Ia sebenarnya berkaitan "Culture & What They Have Practice in China"

.Okaylah.. sejak petang semalam memang kecoh pasal video budak dua tahun yang kena langgar dengan van dan lori tapi malangnyee takde sapa pon yang peduli. BUdak malang tuh dh terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tuh buat dek je. Video tuh memang tersebar dengan cepat dan ramai yang marah dengan kejadian nih. Pagi nih pon Hot FM buat topik pasal benda nih. 

Skang aku nak citer fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak g ke China. Kalo korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh beskal or budak kecik yang dipukul atau dibuli or seorang tua yang tiba-tiba diserang heart attack. SILA JANGAN TOLONG!

Ye benar kawan-kawan.. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya korang nak tolong makcik yang jatuh basikal tadi. Katakan makcik tuh patah kaki, maka korang la yang akan menanggung sumer kos perubatan dia sebab korang yang tolong dia.

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tadi sebab ko lah penyebab mak dia jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalo dorang tolong konpom mereka akan tanggung akibatnya. Cerita ini diceritakan oleh opismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tuh penulis tuh bagitau seorang askar (kalo tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba. Kerana prihatin takde sapa yang nak tolong maka askar nih tadi pon bantu la. Anak orang tua nih tadi nampak askar tuh pegang mak dia so dia tuduh askar nih yang tolak mak dia. So askar nih kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan orang tua tuh.

Nak tau apa pemandu van tuh cakap pasal dia langgar budak tuh? Mula-mula kan dia dah terlanggar budak tuh dan dia berenti sebab terperasan dia dah langgar budak. Masa tuh budak tuh berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang. Dia pikir kalo budak tuh mati, dia cuma kena bayar denda lebih kurang RMB10,000 - RMB20,000 je tapi kalo budak tuh hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup. So dia teruskan langgar budak tuh dengan harapan budak tuh akan mati.

Masyallah.. terukkan? Ini la bakal terjadi bila manusia sentiasa mengambil kesempatan atas kebaikan orang len hingga orang tuh terus fedap nak buat kebaikan. Kita patut bersyukur sebab sekarang di negara kita nilai peri kemanusiaan masih tinggi dan diamalkan [ walaupon tidak bagi segelintir pihak yang bodoh cam kelar baby kat Sarawak tuh! ]. Contohnyer kes kena samun oleh orang yang ditolong, walaupun kejadian tersebut berlaku tapi rakyat kita masih mahu menolong orang. Hospital kerajaan kat negara kita pon bukan la tengok duit semata. Yang penting selamatkan nyawa lu baru citer pasal bil. Tuh pon takde la semahal mana [ spital gomen ek bukan spital swasta ]. 

Hurmmmm~ kesian budak tuh. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik.









1 comment:

|| NaFiRaa || said...

Ya Allah.. sedihnye.. sampai macam tu sekali.. kat mana lah perasaan belas kasihan manusia sekarang.. sedihnye laaa...

jangan lah kat mesia pon ade undang2 bengong macam tu..huhuhuhu