♥ Prosboc :: Dinner 2011

Burppppp~ alhamdulillah hihihi~ dah kenyang. So sambung balik citer tadi.

Pas je abih AGM kami dari pagi sampai ke tengahari.. Kami gerak pulak ke majlis kawin member Prosboc di Jalan Kebun, Shah Alam. Makan free dan jimat ongkos hahaha~


Pas abih makan.. mata dah berat la kan then penat lagik.. memasing tak penah bangun awal hari-hari cuti huhuhu~ Kami sumer pon balik la ke hotel penginapan iaitu Hotel Laman Seri, Shah Alam. Kat Seksyen 13 sebelah PTPL. Get rest sampai petang. Petang kang nak bersiap lak g Dinner.

Tiba la masa yang ditunggu-tunggu hahaha~ Dinner Prosboc 2011. Tema kami tahun nih ialah.. "Back To School" muahaha~ sumer berangan jadi budak sekolah balik. Layannnn~



Budak-budak sekolah Zon SBK [Serdang / Bangi / Kajang] tapi untuk dinner nih kami kasi tukar SBK = Sekolah Bikin Keta hihihi~ 




Me and hubby.. hihihi~ Pasan cam budak-budak sekolah yang ngah di alam cinta monyet muahahahah~ Tak sedor diri anak dah berderet hihihi~



Nih budak zon saya ngah membuli budak zon len. Budak yang kai songkok tuh repot kat cikgu.. dorang nih merokok lam toilet. So bebudak nih tak puas hati g gegar budak tuh. Soh dia sap rokok then amik gambo [pasan tak member saya tuh ngah pegang henpon hihi~] pastuh tunjuk kat cikgu hahaha~

Bila sesi persekolahan dah nak start.. sumer "murid" dikehendaki beratur untuk menyanyikan lagu Negaraku dan ikrar sekolah. Nih la gayanya bila mak pak masuk sekolah balik.. hahahaha~





Antara ikrar sekolah kami adalah :

  • Kami berjanji tidak akan bawak keta laju-laju dan akan mematuhi had laju yang dibenarkan
  • Kami berjanji akan mengikut arahan abang polis dan JPJ serta mengikut undang-undang jalanraya 
  • Kami berjanji tidak akan modified kereta berlebih-lebihan


Yang lawaknyer time kami nyanyi lagu negaraku.. pelanggan-pelanggan yang ada kat kedai mamak Restoran Kampung Pandan tuh pon ikut sama berdiri hihi~ Pas perhimpunan selesai.. sumer "murid" jalan ke "kantin" mengikut kelas memasing.


Sepanjang dinner tuh banyak la game yang dibuat dan memang happening giler. Antara gamenyer ialah Kumpul Tali Pinggang [game nih saya menang.. dapat hamper beso hihihi~], Kumpul Kasut [game nih pon zon kami menang], Game Singgit Lima Ploh Sen dan lain-lain lagi. Banyak sangat payoh nak citer satu-satu hihihi~

Pas abih dinner.. acara wajib ialah sesi bergambo.. inilah gambo kelas kami.. ^___^



Hihihi~ memang kami sumer hep fun malam tuh. Tahniah pada Zon penganjur iaitu Zon SAC [Shah Alam / Klang / Banting]. Tak sabar nak tunggu tahun depan. Tema apa pulak nanti. But anyway after 3 tahun penganjuran saya salute member-member kelab saya yang memang sporting datang ikut tema dalam sumer majlis makan malam yang Prosboc anjurkan. Tahniah sumer dan jumpa lagi next year!!!






♥ Prosboc :: AGM 2011

Pada 24hb Disember lalu bertempat di Hotel Laman Seri, Shah Alam.. Member-member kelab keta saya, Prosboc dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia beserta dari negeri Sabah dan Sarawak telah berkumpul beramai-ramai. Seperti tahun-tahun sebelumnya.. pada akhir tahun kami akan adakan Annual Ganeral Meeting (AGM) kami dan Dinner. 

Pada tahun pertama penubuhan Prosboc, AGM kami diadakan di Center of Excellent (COE) Proton di Shah Alam dan Dinner di Plaza RAH, Kampung Baru KL. Tema pada tahun tuh adalah "Pakaian Beragam" meaning semua yang hadir bebas nak pakai kostum apa. Tuh yg ada polis, tentera, Penyamun, Mafia dan sebagainyer hihihi~

Second year kami buat AGM dan Dinner kami di Hotel Brisdale, KL. Kali nih tema lak "Malam Pesta Muda Mudi". Sakit pinggang twist bagai. Macam-macam kerenah la leh tengok hihihi~ Pak Maun telah menjadi pilihan ramai malam tuh. Ramai yang nak jadi tua gatal hahahah~

Dis year kami teruskan lagi tradisi nih dan alhamdulillah ianya bertambah baik dari sebelumnya. AGM Prosboc tahun nih telah diadakan di HQ Edaran Automobil Nasional Berhad (EON) di Glenmarie Shah Alam. Pada majlis itu juga telah diadakan sesi menandatangani MOU antara Prosboc dan EON sebagai rakan kerjasama. Sebagai permulaan EON telah menaja dan menyumbang kos penyelenggaraan forum dan laman web Prosboc bagi tahun 2012. Selain itu EON juga membenarkan ahli-ahli Prosboc diseluruh Malaysia menggunakan pusat servis EON di seluruh Malaysia sebagai markas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.  

Selain itu bagi ahli Prosboc yang telah mendaftar sebagai sahabat EON akan menikmati diskaun untuk semua alat ganti, servis dan perkhidmatan lain yang diterima di Pusat Servis EON di seluruh Malaysia. 

Op kos dis is win-win situation antara pihak kami dan EON kan? From our side, kami akan membantu EON dalam usaha untuk melariskan dan meningkatkan jualan kereta-kereta saga di bawah kendalian mereka. Kami akan memberi sokongan dalam semua event yang diadakan oleh pihak EON seperti majlis pelancaran pusat servis mereka, event-event kebajikan yang dikendalikan oleh EON dan pelbagai lagi. Moga kerjasama ini akan memberikan kebaikan dan keuntungan pada kedua belah pihak.

Hahahaha~ ayat taip cam ayat lam minit miting lak huhuhu~ Pas sesi tandatangan MOU dan macam-macam lagi pagi tuh.. kami rehat untuk makan-makan hihihi~ then sambung balik untuk sesi kedua iaitu AGM Prosboc. So pada AGM kali nih telah diadakan pemilihan untuk Jawatan Kuasa Sentral Prosboc bagi sesi 2012/2013.



Ini adalah barisan JK Sentral bagi tahun 2010/2011. Saya yang ngah gigih menulis minit miting tuh huhuhu~ Tahun nih adalah tahun terakhir saya jadi member Prosboc. Jangan salah paham.. saya tak kuar Prosboc cuma servis bertukar tangan sahaja hihi~ Saya dah plan ngan hubby untuk dua tahun sebelum nih saya jadi member dan dia jadi PSC (Prosboc Supporter Club). Then stat next year saya akan jadi PSC dan dia lak jadi member. So saya takleh la pegang jawatan penting lam Prosboc lagi. Dok je tepi jaga anak-anak hihi~

So selepas menggulingkan diri.. JK Sentral sesi 2012/2013 pon dilantik. Inilah barisannya..



Takde apa yg beza sangat pon. Cuma tukar SUK dan Timbalan Presiden je. Yang len kekal hahaha~ SUK baru yang gantikan saya pon bukan orang len.. LAKI SAYA GAK.. hampeh tul! Konpom lantik bukan sebab memang nak hubby saya jadi SUK.. tapi tau kalo lantik hubby saya.. so keje2 SUK tetap saya yang kena wat gak.. huhuhu~ Nak harap hubby taip minit? Jangan letak harapan la huhuhu~

Pssttt.. yg ngah cakap kat mikropon tuh Presiden kelab saya hihihi~ 4 tahun berturut-turut takde sapa berani lawan kusi dia hihihi~

Cam panjang lak nak nyambung citer pasal dinner. Nak turun kantin lu mentekedarah. Nanti saya sambung balik k.. stay tuneeeee~ Chewahhhh!





♥ My Hero - 4 Month


Tengah blajo meniarap skang. Tapi pale tak kuat lagi huhu~ Semalam kat umah pengasuh dia meniarap sendiri but sebab pale tak kuat.. palenyer terantuk kat tikar.. Dapat la pangkat sarjan kat dahi huhuhu~

Chaiyok! Chaiyok! anak ibu.. Usaha lagi ok! 


♥ Tamat Akhirnya!

||= Hahaha~ tuka font lagik! =||


Alhamdulillah.. selesai sudah segala presentation.. test.. final project.. assignment.. dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Tinggal nak prepare untuk final exam pada 4hb dan 10hb Januari 2012 then leh rehatkan pale otak untuk 3 bulan huhuhu~ My Last Semester!

Hari Rabu nih (28hb Disember) ada majlis makan-makan abih sem kat fakulti wif my classmate termasuk la blogger terkenal merangkap sponsor makanan utama bagi budak kelas saya iaitu sedari Netty Notty muahahaha~ Nett ko jangan ajak Encik Arkib tau! Nak bawak kakak la hihihi~ Adik dok umah ngan ayah ok dah beso baru ibu bawak.

Alhamdulillah seperti biasa minggu akhir yang penuh kebizian dapat dijalani ngan jayanya [walaupun awal sem dah tekadkan azam tak nak wat keje las minit.. tapi nan ado!]. Thanks 2 ol my group member si Nett ngan Nad. Moga kita dapat jalani las sem tahun depan ngan jayanya dan leh baling topi konvo ke udara ramai-ramai hihihi~ Pastuh leh sambut raya ngan berlapang dada muahahaha~ berangan je la dulu ek!

Sebenarnya banyak benda nak citer nih tapi sumer gambo tak dan nak transfer lagi.. tak syok la citer kalo takde gambo kan hihihi~ So tunggu ek update saya nanti.. Tata



♥ Isap Ibu Jari


Hurmm~ juz nak tanya pendapat my fren here.. elok ke kalo anak isap jari ek? Ada efek-efek ke di masa akan datang? Cam jongang ke? Gigi tak lawa ke? huhuhu~ My son skang dah punya hobi baru iaitu isap ibu jari. Cam sedap je tengok dia isap cam lolipop hihihi~ 

Tak pasan lak bila dia stat ngan hobi baru dia nih.. tapi skang nampak makin ketara la. Bila saya bangun tido jengok dia lam baby cot.. tgk la dia tido sambil isap ibu jari.. comel sangat hihi~

Saya memang bagi puting kosong kat my son.. tapi nan ado.. dia kuarkan puting tuh pastuh isap ibu jari dia.. lagi sedap agaknyer.. bila try tarik memang payah la nak lepas.. sampai bunyi pop! Punya la kuat dia isap.

So ada tak kawan-kawan yang ada anak hobi sama? share-share la ek. Skang nih memang saya tak kesah sangat sebab nampak comel hahah~ takut terbawak-bawak sampai beso so nanti tak berapa nak comel dah.. dah la anak lelaki kan huhu~ Kakaknyer dulu takde pon hobi camnih.. hurmmm~





♥ Letrik Takde + Lip X Leh Guna = Turun Tangga Dari Tingkat 11

Rasanyer tajuk N3 saya dah boleh menerangkan segala apa yang saya rasa dan hadapi pagi tadi hahaha~ azab! Letrik stat takde dari awal pagi tadi lam kul 2 pagi kot. Seb bek dok tingkat 11 pastuh cuaca lak sejuk-sejuk githu pasal baru pas ujan. So anak-anak tak panas la tido dan kami pon tido selesa gak.

Tuh part yang best.. part yang tak bestnyer.. klo letrik takde maknanya lip pon tak leh guna gak la adehhh!!! Pagi tadi masa sesiap nak g keje saya sedapkan hati cakap lip boleh guna kot selalu kalo takde letrik nih dia pasang generator juz untuk lip jek. So ngan mandi air sejuknyer [water hiter tak leh guna sebab letrik takde kan] ngan pakai baju tak bergosoknyer [kami nih jenis gosok baju pepagi sebelum g keje] bersemangat la nak turun bawah g keje.

Tapi hampeh! angan-angan je la lip berfungsi ngan baik haha~ Tuh pon tak puas hati gak try gak tekan mana la tau kalo tekan dia berfungsi lak kan haha~ Tapi nan ado! So kami pon terpaksa la gagahkan diri mengendong barang-barang sambil mengendong anak-anak turun dari tingkat 11 guna tangga. Adehhh la.. azab! sampai skang rasa lagi sengal kat belakang betis nih. Kakak memang saya serah kat hubby la.. tak larat la nak dokong dia dek non. Saya lak dokong si adik tapi kecik-kecik dia pon lenguh gak la tangan ngan bahu huhuhu~

Saya kalo turun tangga gagah lagi la.. tapi kalo nek adoiiiyaaaiii.. tak mampu nak pikir. Harap-harap la petang nanti lip dah ok. Yer la hubby saya kan kena amik anak-anak sengsorang. Takkan la dia nak dokong dedua sekali kan? Mau pengsan kat tingkat 7 hahaha.. Saya lak nak kat tengah malam baru balik. Takut la panjat tangga sengsorang walaupun berlampu huhuhu~ mula la otak nih flashback citer-citer antu yang pernah tengok tanpa diminta waaaaaaaaaaa~

Sama-sama la doa letrik kat umah saya pulih seperti sedia kala ek.. huhuhu~ cukup la tuh maraton N3 untuk harinih hihihi~ tata



♥ Pengasuh Makin Jauh Dan Makin Tinggi

Mulai 12hb Doblas yang lalu.. pengasuh kakak dan adik dah berpindah kuar dari kuarters kat DTHO. Pindah kat area Keramat gak kat Bukit Baru tapi maknanyer dah makin jauh + kena awal lagi kuar umah + pening pk camner nak nganto dua beradik tuh huhuhu~

Pengasuh dorang pindah kat Apartment Bukit Baru. Kat area-area banglo tuh tapiiiiiiiiii~~~ parking memang la masalah paling beso dan umah pengasuh dorang kat tingkat 17! azab! hahaha~ naya kalo lip rosak huhuhu~ Hari pertama anta arituh seb bek kami cuti [rujuk N3 sebelum nih]. Semalam seken day saya tak g kelas [sebab nak ngabihkan dokumentasi present petang nih ngan nak tengok Cinta Elysa akhir] but today saya kena g kelas. Maknanyer petang kang hubby amik dorang nek moto la huhuhu~

Kalo dulu dekat.. saya tak kesah sangat. Tapi nih dah jauh riso gak. Kakak lak men peluk jek ayahnyer kat belakang. Si adik lak hubby letak lam carrier sangkut kat depan. Aduhhh~ seram bila pikirkannyer. Dah la jalan bersimpang siur.. Tapi nak buat camner kan? huhu~ Cecepat la abih kelas next wik.. pastuh dah takde kelas leh amik adik beradik nih nek keta. Selamat skit.

Skang nih pon schedule kami pepagi dah berubah. Kalo lu saya bwk adik nek keta.. hubby lak bawak kakak nek moto [dia takmoh nek keta.. nak nek moto ngan ayahnyer] pastuh sesama anta anak kat umah pengasuh. Kuar umah kul 7.30 pagi pon takde hal. Skang saya kena paking lu keta kat opis, pastuh nek moto ngan hubby anto anak-anak. Pastuh hubby anto balik saya kat opis b4 dia gerak g Shah Alam. Memang kul 7 pagi dah kena kuar umah kalo tak memang lambat la. 

Skang nih ngah usaha nak mencarik pengasuh baru. Try tanya staf-staf opis, mintak tolong dorang carikan.. try gak tanya memember yang mak dorang mengasuh budak gak tapi lum konpom.. try gak carik tadika untuk kakak tahun depan but sumer dah penuh.. yang ada pon yuran beriban-riban tak mampu dibayar oleh saya yang gaji seadanya nih. Ukur baju di badan sendiri yer tak? Tepuk dada tanya purse.

So wat masa skang kena la tabahkan diri dengan apa yang ada. Dari takde pengasuh langsung kan? Lagi haru! terpaksa la impot adik tolong jaga bebudak nih. Seb bek gak ada dia.. time emergency tuh leh la tolong-tolong jaga. Dah la pengasuh anak-anak saya skang nih selalu gak cuti huhu~ tuh pon masalah gak. Nih dia nak cuti dari Jumaat 16hb Doblas sampai selasa 20hb Doblas. Nak balik kampung. Saya paham la sebab ngah cuti sekolah kan. So redha je la.

Nih pon ngah tungguh hubby dapat tak cuti ari senin or selasa next wik. Kalo dia cuti ari selasa so saya cuti ari senin. Hari Jumaat tuh tak kesah sangat sebab tengahari rehat lama so saya leh balik tengok anak-anak. 

Adehhh laaaaa~ demi anak-anak.




♥ Seharian Berdating Wif My Hubby


Hahaha~ Benda dah dua tiga ari lepas tapi baru arinih nak citer.. huhuhu~ mak bz noks ngan final pojek + assignment + bla.. bla.. biasa la stendet la student wat las minit kan? Baru rasa feel student tuh hahaha~ alasan!

So cam yang sumer maklum ari senin arituh 12hb Disember is hari cuti umum untuk negeri Selangor sempena besday Sultan Selangor a day before. So hubby pon cuti la. Saya? saya tanpa segan silunyer mencutikan diri sendiri hehe~ Opis saya jenis yang senang bangat nak approve cuti. Cuti lu sok baru isi borang pon ok. Siap bos back dated kan lagi tarikh sign borang tuh hihihi~ 

Tapi kalo hubby.. masyallahhh.. punyer la payah nak mintak cuti. Nak masuk lambat sebab nak bawak anak g cekap pon payah apatah lagi nak cuti waima sehari. Sebab tuh la anak dah nak g cekap untuk 3rd time but dia tak penah folo. Cekap time pegnan lu jangan cakap la.. lagi wat sakit hati. Seb bek dapat wife jenis yang berdikari cam saya nih kalo tak lagi haru huhu~

K dah kelaut dah. So kami berdua bercuti la pada ari tersebut. Anak-anak anta kat pengasuh la sebab pengasuh ikut cuti KL hihi~ Pagi tuh time nak sesiap anta anak ke pengasuh si kakak dah dok heran.. dia tau kami tak g opis sebab memasing pakai suar jeans hahaha~ Mula lah dia wat konset melalak dia sebab nak ikut kami. Jenuh la kata ibu ngan ayah nak g keje kakak kena g umah Ibu Ana. Dia leh reply cakap "Ibu tak g keje.. ibu tak pakai baju kurung pon!" erk! tul gak hahaha~

Pas puas memujuk ngan segala jenis jajan diam la si kakak. Adik? Wat selamaba dia je la dok nunggu sambil isap jari [his feberet now]. Udah la harituh first time anta kat umah baru pengasuhnyer. Aah pengasuh anak saya dah pindah kuar dari kuarters. Nanti la next N3 saya citer lak pasal tuh huhu~ Melilau la gak mencarik apatmennyer.. dengan takde paking lagi. Seb bek time sampai tuh orang dah kuar g keje. So hubby pakai blok je keta kat bawah tuh tinggal no phone.

Pas anta si kakak dan adik.. kami stat la menjalankan xtvt-xtvt yang telah dirancang. Bekpes - basuh keta - bayo bil - anto order customer kat Pejabat Pos K4 Wangsa Maju [dah la pejabat pos ramai orang sebab lupa arituh Selangor kan cuti huhu~] - beli tiket citer Ombak Rindu kat Wangsa Walk.

Tuh sumer pon abih nak kat kul 1 tengahari. Pastuh terus shut ke Kedai Nasi Ayam Kampung Hj Hassan kat Velodrome Cheras. Ala kat area Downtown Cheras tuh. Fofular gak tempat makan tuh kan? Rasa ramai yang tau sebab setiap kali saya makan kat situ umat manusia mesti ramai. Plan lunch kat situ sebab dah janji ngan memember Prosboc nak lunch sesama. 

Abih makan kami gerak balik g Wangsa Walk. Oleh sebab amik tiket wayang kul 4.30 petang [slot b4 dat sumer dah full okeh.. kalo ada pon baris depan yang tengok mendongak tuh], kami g layan lu karok sejam kat Superstar Karaoke. Amik bilik beso [yang sebenarnya tak beso mana pon] untuk 8 orang sebab g ngan memember Prosboc tadi. Tanpa disangka-sangka my hubby pon galak sakan menyanyi sekali haha~ bio la dia. Dia yang bayo bilik yer tak hihi~


Pastuh terus sambung ngan sesi menengok citer Ombak Rindu yang ngah sakan member-member blogger dok citer kan. Saya dah baca novel dia lama dulu so tuh yang nak tengok versi filem lak [selain nak tengok Aaron Aziz op kos! hihi~]. Citer dia? Ok la.. best sebab ada Aaron Aziz la kot haha~ Lisa Surihani pon menjadi la watak jahat tapi baik dia tuh. Takut gak tengok time dia marah Hariz tuh. Tapi apsal cara jalan dia cam lain macam kan? huhu~ Maya Karin lak.. hmmm~ memang tak berapa sesuai la dia jadi Izzah. Muka mix tambah lak ngan pelat-pelat omputih dia tuh. Saya terbayang kan best kalo Rita Rudiani yang jadi Izzah. Sebab dia kan muka melayu. Tapi takpe la dah buat pon filemnyer kan. Over all citernyer.. ok la~~ Tak membuatkan saya menangis cam saya tengok citer Lagenda Budak Setan huhu~ [sebab tuh nama anak saya Qasya hihi~]

Dah abih tengok wayang sambung lak sesi melepak kat pot kami iaitu Red Chair Wangsa Maju. Member-member saya g lepak lu saya ngan hubby g kolek dua buah hati kami tuh la lu. Kalo pas lepak baru amik mau tengah malam kang. Dan betul la seperti sangkaan saya.. dok berborak bagai kul 11.30 baru balik. Sampai umah penat sangat then terus bum-bum. 

Penat but seronok sebab dah lama tak kuar berdua je ngan hubby kan? Jalan pon pegang-pegang tangan hahaha~ Kalo biasa kuar satu family memang tak dapek la dek non. Si kakak memang pantang kalo saya nak manja-manja ngan ayahnyer. Cepat je dia datang mencelah kat tengah-tengah. Soh ayah dia dokong la apa la huhu~ Takpe la dia manjakan anak pompuan dari dia manjakan pompuan lain yer tak? huhuhu~ zassssssssss!



♥ N3 Pertama Pas Demam 7 Hari 7 Malam


Assalamualaikum.. [bagi salam sambil sapu-sapu sawang kat blog nih]. Lama takde N3 baru kan? huhuhu~ selain faktor kebizian ngan esemen + final project + kelas.. saya sebenarnya baru bek demam. Demam yang paling lama pernah saya alami sampai saspek Denggi huhuhu~ But alhamdulillah now dah ok.. dah leh menaip seperti biasa hihihi~

Ingat tak N3 b4 dis saya ada bagitau yang saya nak g wedding kat Muo? ditakdirkan oleh Allah swt ianya menjadi perjalanan yang paling tak best bagi saya. Sebab saya demam teruk dari pagi sabtu tuh sampai la ari Jumaat las wik huhu~ cukup 7 hari. Memang tak hep fun langsung sepanjang berada di Muo. Asik terbaring je kat katil dan tak larat nak bangun. Anak-anak pon hubby yang jaga. Plan balik dari Muo nak singgah kampung kat Melaka pon kensel. Ari ahad tuh terus shut balik KL sebab dah tak larat sangat.

Saya demam yang jenis sakit-sakit sendi tuh. Memang sakit sangat. Sampai nangis-nangis. Tido pon tak boleh. Puas la hubby urut, picit, letak yoko-yoko, letak kulfever, sumer tak jalan. Dalam kepala otak dah pikir denggi je la dan dah mula rasa cuak. Yerla sakit denggi nih bukan leh dibuat main, leh bawak maut kan? cam kes arwah adik KFC. Kesian.. takziah diatas pemergian adik kesayangan beliau tuh.

Time tuh gak kes denggi memang ngah hot kat blok kediaman saya. Time N3 nih ditaip dah ada 2 kes. Huhuhu~ Sebab tak larat sangat saya g dulu klinik swasta kat Setiawangsa sebab klinik gomen kat umah tutup sebab cuti umum. Dari simtom-simtom yang saya alami tuh doktor memang saspek denggi la tapi tak leh wat ujian darah lagi sebab still baru. Katanya perlu lebih kurang 4 hari demam baru leh konpom denggi ke tak. So dia bagi ubat demam je la.

Hari Selasa pepagi saya dah tercongok kat klinik umah. Anak-anak dah anta dulu then hubby teman g klinik. Pas amik darah sumer alhamdulillah saya negatip denggi. Cuma doktor pesan kalo still demam after 7 days.. dia soh datang balik amik darah. Saya siap mintak doktor ubat nak kasi saya tido sebab badan nih rasa sakit sangat dan sepanjang 3 harituh saya rasa cam tak tido pon sebab sakit. 

So doktor kasi la saya ubat batuk untuk tiga kali makan sebab saya tak batuk cuma demam jek dan MC selama dua hari. Kasi rehat cukup-cukup kat umah katanya. Balik saya terus makan ubat dan percaya atau tidak saya terus tido dan hanya bangun balik pada tengahari hari Khamis! Maknanya saya tido stret 48 jam lebih kurang huhuhu~ Memang tak sedar langsung. Hubby kata dia kejut soh bangun makan dan mandi pon saya tak sedar. Dan dia pon tak sampai hati nak paksa gak saya bangun. So dia bio kan je la saya tido.

Bila bangun tuh masih lagi rasa mamai tapi badan rasa dah kebah. Berpeluh-peluh rasanya. Hubby kata bagus la berpeluh bagi cepat baik. Dan alhamdulillah.. hari Jumaat keadaan saya bertambah baik  walaupun masih tak lalu makan. Memang nih la pengalaman demam saya yang paling teruk. Kesian hubby kena urus rumah dan anak-anak sengsorang. Seb bek anak-anak pon cam paham keadaan ibunyer nih huhuhu~

Cuma satu je la yang best bila demam nih.. saya turun 10kg okeh! muahahaha~ suka-suka tapi azab sangat huhuhu~ kalo leh tak moh la demam camnih lagi.. setakat demam lite-lite tuh ok la hihihi~ Leh lak pilih-pilih yer tak..

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Hectic Day!


Harinih dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Bermula kerja di pejabat hingga tengahari.. tengahari kang ada lunch date ngan member Peska, Syaz and Anis kat KLCC. Syaz nak bagi hadiah besday kakak time kenduri arituh which is dia tak dapat hadir sebab anak tak sihat. Tak sabar rasanyer nak bergosip-gosipan hihihi~ Still lum decide nak g nek LRT or bawak keta huhu~

Then bila abih rehat terus balik umah untuk packing baju.. tak masuk opis kot hihihi~ Malam nih pas kelas nak terus shut ke Muar untuk hadiri majlis perkahwinan best pren Prosbocian Miss Leeya [insyallah malam kang akan bertuko ker status Mrs]. Kul doblas tengah malam kang kumpul kat Azhar Maju, Serdang then lam kul 1 pagi terus shut ke Muar. 

Naper g tetengah malam? Naper tak tunggu pepagi sok? Hihihi tau mesti ada kengkawan yang tanya kan [ada ke?] Yer la sebab saya ada bb so katanya tak bek kuar memalam. Tapi bagi saya biar la bertolak malam ni so sok tak terkejar-kejar. Anak-anak pon leh tido je lam keta. Hubby leh bawak keta rileks-rileks tak kejo masa. Saya leh tido gak.. ops temankan hubby gak hihi~ Dan yang penting tak panas. 

Kalo bertolak sok mesti kena kuar pepagi.. kalo saya n hubby je it should b ok tapi kesian kat anak-anak kena bangun pepagi. Time dorang kekecik nih memang saya bagi kesempatan dorang nak tido sampai tengahari pon takpe. Especeli bb. Bio la saya dah siap berkemas sumer.. siap sapan.. baru dia bangun so saya leh tumpu kat dia lak. Dan biasa la bebudak kecik nah kalo dia ngah sedap tido kita kejut mau ngamuk [si kakak la]. Lagi payah. Selalu kalo situasi nih berlaku saya pas kat ayahnyer la sebab tahap kesabaran saya tak tinggi huhuhu~ Ayahnyer rajin melayan.

Petang nih lak ada presentation [yang tak present-present dari dulu tuh]. Kalo tak konpom memang tak pergi la kelas. Dah la las wik tak g sebab ada kursus kat PD.. tapi seb bek gak kelas kensel sebab lecturer tak sihat [katanyerrr~] so pospon lagi ke dis wik. Rasanyer nih dah kali ke-4 agaknyer pospon. Kalo pospon lagi bek tak yah wat terus. So Nett, chaiyok! chaiyok! untuk present petang nih. Hopfuli kita 1st group so pastuh aku leh terus shut balik umah hihihi~. 

K nak abihkan keje before cuti 3 hari.. Tata


♥ Masih Tak Dapat Terima Kenyataan

Rumah dah siap pahat masih berbunyi.. hurmmm~ rupa-rupanyer Indonesia masih lagi tak dapat nak terima kekalahan kat sea game harituh. Kali nih salahkan pengadil lak sampai nak wat repot kat FIFA dan AFC

GAGAL MEMPEROLEHI EMAS , PENGADIL ATAU WASIT AKHIR ACARA BOLASEPAK SEA GAMES JAKARTA 2011 AKAN DI LAPORKAN KEPADA FIFA DAN AFC



JAKARTA, KOMPAS.com — Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan melaporkan kepada 
FIFA dan AFC terkait kinerja wasit yang memimpin pertandingan final cabang sepak bola SEA Games 
XXVI. Hal itu karena badan sepak bola tertinggi di Indonesia itu menilai Tojo Minoru mengeluarkan 
beberapa keputusan aneh saat memimpin pertandingan Indonesia melawan Malaysia, Senin 21/11/2011.

Ketua Umum PSSI Djohar Arifin Husin.

Hal itu disampaikan oleh Ketua Umum PSSI Djohar Arifin dalam acara syukuran di kediaman Arifin
Panigoro, Selasa (23/11/2011) malam. "Ada yang aneh atas kepemimpinan wasit. Ada dua gol kita 
yang dianulir. Malaysia juga melakukan hand ball di kotak penalti," kata Djohar.

Dalam pertandingan yang berakhir untuk kemenangan Malaysia, Minoru menganulir dua gol yang 
diciptakan Egi Melgiansyah dan kawan-kawan. Gol Titus Bonai pada menit ke-17 dianulir karena 
penyerang asal Papua itu sudah berdiri dalam posisi offside sebelum menciptakan gol. Toju kembali 
menganulir gol Indonesia yang diciptakan Ferdinand Sinaga saat kedua tim melakoni babak tambahan.

Djohar menyatakan, PSSI tidak ingin mencari-cari alasan atas kekalahan yang dialami Indonesia. 
Namun, menurut dia, fair play harus ditegakkan dalam setiap pertandingan. "Fair play telah dirusak. 
Pelajaran dan peringatan jika dipimpin wasit yang merugikan tim mana pun. Jadi, kita akan 
melaporkan ke FIFA dan AFC untuk mempelajari rekaman pertandingan. Kita sangat menginginkan 
emas tetapi dirampas oleh wasit," tegas Djohar.

Indonesia dipaksa harus puas meraih medali perak setelah kalah dari Malaysia lewat adu penalti (3-4) 
setelah imbang 1-1 hingga perpanjangan waktu. Meski kalah dan harus puas dengan medali perak, Egi 
Melgiansyah dan kawan-kawan telah menunjukkan spirit bertarung yang membanggakan bangsa.

Pencapaian tim asuhan Rahmad Darmawan yang sukses melaju ke final itu layak diapresiasi, 
dibandingkan pencapaian pada SEA Games Thailand 2007 dan Laos 2009, di mana "Garuda Muda" 
selalu tersisih dalam penyisihan grup.


Credit To Kompas.com

Biarkan... biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.. Lantak p la depa yer tak?


♥ Young Worrior

Nazmi Faiz (Jersi 21) & Syahrul Azwari (Jersi 18)
Yeah! he is only 17 years old. Dah ada 9 caps. Masih boleh men untuk 3 lagi sukan sea. Hasil dari Sekolah Sukan Bukit Jalil. Siapa dia? Dia la Nazmi Faiz


Moga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang berbakat seperti dia. Tapi tak tau la citer lanjut pasal tak amik SPM tuh. Memang betul dia tak amik sebab berkorban untuk beraksi dia Sea Games. Tapi may b kerajaan dan kementerian yang terlibat leh decide something untuk masa depan dia. Skill wif brain is important rite? Moga ada peluang untuk dia duduki peperiksaan penting tuh pas nih.

Keep it up ok.. Jangan terbuai ngan pujian plak pas nih. Jadikan ia pembakar semangat untuk terus berjaya. 
Chaiyok! Chaiyok!





♥Alhamdulillah.. Sudah Tersurat Ia Milik Kita

Hoyehhhhhhh!!! Malaysia Menang!!!!

Credit to HMetro.com
Berbaloi malam tadi kami anak beranak berkampung selama hampir 5 jam kat port biasa kami untuk menyaksikan Final Bola Sepak Sea Game : Malaysia vs Indonesia. Pas citer Dhia kat TV3 abih kul 7.30.. terus shut ke kedai De' Red Chair Station, Wangsa Maju. Op kos dah ramai umat manusia.. member yang datang awal pon terpaksa cop kat belah dalam kedai [bagus gak sebab bawak bb huhuhu~]. 

Bermula kul 8 malam umat manusia dah memenuhi ruang parking depan kedai. Sampai jalan pon terpaksa ditutup huhu~ sumer bersemangat pakai jersi Malaysia. Saya jek pakai baju warna kuning sebab takde jersi huhu~ tapi pasnih nak g beli TShirt Harimau Malaya.. aummmmmm~

Memang cam nak tercabut la jantung nih sepanjang 90 minit + 30 minit + sepakan penalti = masa perlawanan huhuu~ Saspen gilesssssss!!! Berderau darah. Bila Indon score 1st goal penyokong-penyokong yang kat kedai nih terus bersorak memberi sokongan. Walaupun kami tau dorang yang kat Stadium GBK tuh tak dengar tapi tetap nak bersorak hihii~ semangat! semangat!

Bila Malaysia dapat samakan kedudukan.. apa lagi.. lagi gegak gempita la jadinya. Cam pengulas sukan tuh cakap "Tak kira la bagaimana cara para pemain kita nak menghasilkan gol.. yang penting GOL!!!" hahaha~ Mesti kiper Indon tuh tak biasa tangkap ayam idop agaknyer.

Abih masa perlawanan tamat sambung la plak ngan sepakan penalti. saya nih memang seriau kalo sepak-sepak penalti nih. Rasanya better la tau keputusan time full time game dari kena penalti. Tekanannya lebih teruk tapi apapun syabas pada pemain-pemain muda kita yang sentiasa cool jek [dalam hati sapa tau kan]. Lebih-lebih lagi bila berhadapan ngan hampir 100k penyokong tegar Indonesia.

Alhamdulillah.. kalo dah memang tersurat ia rezeki dan milik kita.. bola terkena kiper pon boleh bergolek masuk ke jaring.. yahoooooooooooooooooo!!! Memang meriah bila kita dah meraih kemenangan. Siap ada yang bako mercun cina tuh. Gegak gempita!

Pas game terpaksa la bertapa lama sikit kat kedai sebab jalan jam nak balik umah huhu! yer jam okeh cam baru kuar dari stadium huhuhu~ tapi takpe la leh layan Team Malaysia dikalungkan pingat emas. Lam kul 12 gak la baru sampai umah.

Now.. saya nak kongsikan beberapa citer menarik dan kurang menarik sepanjang game malam tadi. Credit to FB Malaysia National Football Team. Klik link tuk like dan support k!

Yang best gak.. Liverpool FC pon bagi uacapan tahniah pada Team Malaysia. Yang nih official FB Fanpage dorang k.

Berita TV3 malam tadi pon semangat bagi sokongan untuk Team Malaysia. Baca berita pakai jersi malaysia tuh muahahaha~ syabas!!!!


Tapi cam biasa la mesti ada citer tak best gak disebalik ke"best"an kita meraikan kejayaan tersebut. Player nek barakuda? Tuh dh biasa.. kan barakuda kenderaan rasmi team malaysia kalo men kat sana. Nih lagi teruk dan yang paling bangang juga memalukan pihak Indon sendiri as penganjur iaitu Ujian Doping Straight Away After Game Tamat! Tak menyempat! Apa motip pon tak tau. Kalo betul nak wat test pon patut b4 game. Pas game nak buat hapa dah. Ini lah antara taktik kotor pihak penganjur untuk menafikan kemenangan Malaysia. Padan muka kena marah ngan OKS huhuhu~


Lagi satu berita yang menyedihkan is kematian dua orang penyokong Indonesia masa perlawanan malam tadi. Khabarnya mati dipijak di kalangan penonton Indonesia yang ramai tuh huhuhu~ Sekiranya mereka muslim.. sedekahkan lah AlFatihah dan doakan la mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sekiranya bukan.. kita doakan juga yang terbaik untuk mereka. Info dari BolaKompas.com

Tapi apa-apa pun yang penting kita menang dan buat pertama kalinya nyanyian lagu Negaraku berkumandang tanpa gangguan penyokong Indon yang tak reti nak hormat lagu kebangsaan negara len. Iaitu pas kalungan gold medal pada para pemain. Syabas!


What ever it takes.. Bring it on! Go Harimau Malaya!!





Followers


up