♥ Review : Chong Kok Kopitiam Klang

N3 kalini saya nak memperkenalkan tempat sarapan popular di tempat saya iaitu Chong Kok Kopitiam --- Since 1940. Kalau orang Klang tapi tak tau kedai ni must b something wrong somewhere la hehe~

Waze :  Chong Kok Kopitiam
Jalan Stesen, Klang, Selangor

Kedai ni dah lama dibuka sejak saya tadika kot. Tu tahun 1988 lebih kurang. Tempat feberet untuk saya bersarapan dengan ibu dan ayah sebelum saya ke Tadika Islam --- sebelah istana dan ibu saya memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Klang -- tepi jambatan tu.

Now sampai skang umo saya dah 34 tahun pon kedai ni masih kukuh. Masih sama seperti saya jejak bertahun sudah. Nasi lemak kat depan kedai ni dah berapa generasi dah. Pinggan pon masih sama hehe~

♥ Resepi : Buah Melaka @ Onde Onde

Semalam sempat la buat kuih melayu untuk minum petang. Kuih buah melaka atau ada gak panggil onde-onde. Kalo beli kat luar kebanyakannya penuh tepung pastu gula cenonet je. Ada tu kelapa pon takde rasa.. cam hampas je rasanya huhu~ Kalo buat sendiri nah kau sukati la nk letak isi gula melaka tu beso mana.. kelapa banyak mana.. sedap dan mudah. 

Jom kita share rasepi

♥ Diaper Cakes By Cute Kiddy Kiddy

Online shop saya masih aktif hingga kini. Alhamdulillah hampir 5 tahun dan telah mengumpul lebih kurang 4k followers di instagram. Pada kawan-kawan semua jemput follo instagram online shop saya @cutekiddykiddy ya sebagai tanda sokongan dan juga FB Page saya Cutekiddykiddy Cuteshop 

Skang saya more fokus dalam penjualan Diaper Cakes by CKK. Barangan lain seperti permainan.. stroller.. pakaian dan lain-lain pon masih dijual dan berjalan seperti biasa. Cuma DC by CKK  ni spesel skit sebab saya buat atas permintaan atau order. Tapi diaper cakes saya tiada diaper di dalamnyer hihi~ saya hanya letak atas permintaan. 

Sebab diaper ni renyah skit dan ia bergantung pada kesusaian si pemakai. Takut jenama yang saya gunakan tak sesuai dengan baby tu then membuang saja. So saya hanya letak berdasarkan permintaan. Lagipon tak baik membazirkan? baik bagi barang keperluan yang sememangnya bayi gunakan. Barulah full of use DC saya tu hehe~

DC by CKK ada tiga (3) pilihan set yang boleh dipilih mengikut bajet pelanggan. Saya juga terima tempahan berdasarkan bajet pelanggan dengan minima pembelian RM60. Barangan dalamnyer pon boleh diubahsuai mengikut bajet dan kehendak pelanggan.
 
 
Di instagram anda boleh search design-design DC by CKK saya menggunakan hestek #ckkdiapercake atau #ckkhamper Disini saya share sebahagiannya
 
 
 
 
Anda tidak sempat untuk melawat baby baru?
Jauh dari lokasi anda?
Jgn risau kami boleh hantarkan - melalui pos atau tangan - di sekitar Lembah Klang

Caj penghantaran sekitar Lembah Klang & Putrajaya adalah antara RM10 - RM30 bergantung kawasan. dan percuma untuk self collect di sekitar Bandar Bukit Tinggi, Klang
.
Bagaimana nak order?
Msg / Wasap : 018 22.98.33.0
Email : cutekiddykiddy@gmail.com
FB Page : CuteKiddyKiddy
Instagram : @cutekiddykiddy

♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 3

Klik link di bawah untuk part yang lain

Fuh! panjang jugak saya menaip untuk N3 Family Day KKS LPHS ni yer. In sya Allah ini adalah part yang terakhir hehe~

Jam menunjukkan jam 5 petang kami pon bersiap nak keluar sebab nak check in hotel dan berehat. Sebab malam tu kami akan sambung dengan Lost World Hot Springs & Spa By Night pula. Bebudak ni kalo tak dikerah memang tak reti nak naik. Sebagai ibu memang saya paham sangat tentang anak-anak saya ni. Dorang ni kalo dah sehari bermain.. naik hotel.. dah bersih-bersih sure akan tido kepenatan. So saya tak nak la dorang tido dan rehat lama-lama sampai ganggu plan untuk malam nanti. So we decide by 5 petang kita dah mesti keluar dan check in hotel untuk berehat.

Cam yang saya maklum sebelum ni.. sebab kami memang nak masuk hotel so saya tak soh anak-anak mandi beria di toilet LWT. Cuma bilas dan salin baju kering sahaja. Bila sampai hotel baru mandi dan bersihkan diri betul-betul.

 Di depan hotel penginapan kami Lost World of Tambun Hotel and Spa. Hotel ni bebetul berdepan dengan LWT. Jalan kaki lebih kurang 200 meter je rasanya.

♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 2

Klik link di bawah untuk part yang lain

Ok now kita sambung part 2. Part 1 saya dah citer macam-maca info tentang LWT ni. Now kita citer pasal persekitaran dalm LWT ni plak. Kami kalo masuk mana-mana taman tema memang benda alah ni lah kami cari dulu

Peta Taman Tema LWT
Peta di setiap taman tema adalah WAJIB ya kawan-kawan. Supaya kita tak tertinggal satu pon benda dalam tu hehe~ Tengok peta nampak cam besar kan? Rasa cam 3 hari 2 malam pun tak abih pusing. Tapi sebenarnya kecik sajorrr~ Lama memusing kalo singgah di satu tempat tuh lelama.

♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 1

Klik link di bawah untuk part yang lain
♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 2
♥ Family Day KKS LPHS 2017 Part 3

Setiap tahun memang menumpang family day hubby je la. Keje gomen memang takde la bajet untuk Family Day bagai. Berkhidmat untuk negara la katakan.

Tahun ni Kelab Kebajikan Sukan LPHS (KKSLPHS) telah adakan family day di Lost World of Tambun (LWT), Ipoh, Perak pada 21 hingga 22 Januari yang lalu. Kalini pon konsep sama di Legoland JB dulu. Lepas bebas sukati la nak buat apa hehe~

dari laman web LWT
Tentatifnya bermula dengan pendaftaran pada 21hb pagi. Tapi kami gerak awal sehari sebab nak rilek-rilek dulu.. taknak kelam kabut perjalanan dan yang paling penting sebenarnya malas nak gerak awal-awal pagi.

♥ Review : The Lepaking Port

Saya ni jenis kalo satu tempat makan tu memang sedap dan kena dengan tekak.. memang selalu la berkunjung ke situ. Kalini saya nak promot satu tempat makan berdekatan dengan rumah saya iaitu

Menu utamanya adalah SHELL OUT dan STEAMBOAT & GRILL. Steamboat saya tak pernah makan. Tapi shell out dia memang marbeles. Harga pon murah dan sesuai la dengan bajet orang-orang kebanyakan yang cam saya ni yang bajet-bajet nak merasa makan shell out ni hehe~

♥ Holiday Pulau Redang 2016 Part 2

Sejenis #throwback

Klik link di bawah untuk part yang lain

Kalini bercerita tentang pulau pula. Memang amat berbeza semasa saya datang tiga (3) tahun dulu. Kalo dulu kami perlu berjalan kaki jauh untuk naik bot ke tempat snorkeling. Now naik depan tempat penginapan sahaja. Lebih banyak kedai untuk melepak tengah-tengah malam dan suasana semakin meriah

Kali ni pon kami masih menginap di Redang Lagoon. Alhamdulillah.. pengalaman pertama dulu menyeronokkan begitu juga dengan pengalaman kalini. Mungkin harga yang ditawarkan masih murah dan berbaloi sehingga kini so ia menjadi pilihan rakan-rakan hubby juga. Chaletnya tidak mewah pakej bajet sahaja. Hanya ada satu (1) katil single dan satu (1) double dan sebiji kerusi tapi kami tak kesah asalkan selesa dan bersih. Berpatutan la dengan harganya.

Apa yang saya suka di Pakej Pulau Redang ni sebab dia menawarkan tiga (3) kali trip snorkeling ke tempat-tempat yang berbeza dan harga sudah termasuk dalam pakej. Berbanding dengan Pulau Perhentian.. hanya satu (1) trip snorkeling sahaja disediakan. Kalo nak pergi senorkeling hari pertama dan hari akhir kena bayar sendiri. So memang puas la berenang tengok ikan kat sini.


Pakej kami ni termasuk bot transfer pergi dan balik dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang + dua (2) kali sarapan + dua (2) kali makan tengahari + satu (1) makan malam + satu (1) bbq + tiga (3) kali trip snorkeling + penginapan.

Harga mengikut promosi dan tarikh kita nak g tu. Selalu waktu pulau awal bukak dalam bulan Mac dan time pulau nak tutup dalam bulan Oktober tu harga pakej murah. Waktu terbaik ke pulau-pulau di pantai timur ni adalah pada pertengahan tahun iaitu bulan Mei hingga Julai camtu. Orang kata waktu ni laut tengah cantik dan clear. Ambil gambar dalam laut memang lawa la nampak jelas ikan dan coral semua. Best !!!

♥ Holiday Pulau Redang 2016 Part 1

Sejenis #throwback

Al kesah last year tak dan nak up cerita sangat sebab bz ya amat (mood berblog pon takde). So dis year kita qada' la yer citer-citer menarik tentang family. Seronok bila baca time dah tua-tua nanti hihi~

Bulan Oktober 2016 lalu saya berkesempatan bercuti ke Pulau Redang untuk kali kedua. First time dulu tahun 2013. Boleh baca kat sini --->
♥ Holiday : Pulau Redang. Dat time g ngan kawan-kawan Prosboc.. Kalini g dengan kawan-kawan opis hubby. Hubby dan kengkawan yang arrange so kita folo sajer. 

Dis time kami try idea untuk ber-backpacking pula. No bag roda-roda lagi. Sebab anak-anak dah besar tak yah angkut bag susu pampers bagai semua. Lagipon bercuti ke pulau ni payah kalo angkut bag gitu. Lebih senang bag sandang sebab nak lompat-lompat bot bagai nanti. Alhamdulillah misi berjaya!!! Saya berjaya susun keperluan satu family di dalam satu backpack (tepuk bahu sendiri banyak kali). Keperluan untuk 2 dewasa + 2 kanak2. So pasnih boleh try idea travel bagpacking lagi.. hoorayyy~

His and hers.. hers tu not mine tapi my girl punya. Ayahnya beli untuk diorang berdua je.. so adik ngan ibu jalan melenggang yeay!
Kalo bercerita bab bercuti ni mesti kena banyak part. So tengok la nanti kalo panjang sangat saya pecah la ikut part masing-masing. Masuk semua dalam satu N3 dan tulis panjang-panjang pon kang korang boring plak baca muahaha~

♥ Resepi : Oreo Cheesecake (No Bake)

Resepi ni saya dah buat beberapa minggu lalu. Baru ada masa nak share di blog. Resepi ni resepi yang saya olah lepas beberapa kali percubaan. Rasanya ini lah yang the best dan yang paling elok kejadiannya hahaha~


RESEPI
--------------

1 paket oreo
2 sb mentega

Hancurkan sepeket biskut oreo tu. Saya hancurkan sekali dengan krim tengah dia. Boleh juga kalo nak asingkan. Satukan dengan mentega yang dah dicairkan dan kacau rata. Pastu mampatkan dalam bekas / loyang yang sesuai. Saya guna loyang bulat diameter 10". Kemudian masukkan dalam peti ais bagi keras. Sementara tu boleh buat step yang seterusnya.

250 g cream cheese (philadelphia)
200 ml susu full cream (dutch lady)
2 sb gula
1 sk esen vanila
secubit garam
1 bekas yogurt natural
2 sb gelatin (cairkan dalam cawan air panas)

Dalam kurungan tu adalah brand yang saya gunakan. Nak gunakan yang lain pon boleh. Semua bahan atas tadi saya blend je. Saya blend ikut urutan dari atas ke bawah.

Pastu patah-patahkan 1 paket oreo dan campurkan dalam campuran tadi. Sukati la nak patah berapa pon. Atau ikut kreativiti memasing la nak buat camner muahahaha~ Kacau-kacau jangan sampai hancur plak. Bagi sebati dah cukup.

Pastu tuang dalam bekas / loyang tadi. Masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. Esoknya dah boleh makan dah.

Ops lupa lak. Untuk hiasan atas kek sukati la ye. Boleh susun oreo tu satu-satu atau cam saya - saya hancurkan 4 kepng oreo tu guna lesung dan taburkan atas kek tu. 

Tips bagi yang ada anak kecik yg over exited cam saya ni. Selalu kek ni saya buat memalam sebelum tido. Sebab bio dalam peti sejuk dan esok boleh dimakan. Kalo buat siang time anak-anak saya berjaga.. memang banyak bersabar je la. Jap-jap dia g tekan atas kek tu nak tengok dah leh makan ke tak. Abih berlubang-lubang. Jap-jap bukak peti ais tengok.. bukak tutup bukak tutup peti ais tu je la. So buat la malam sebelum tido. So anak-anak takkan kaco kek tu sampai esok pagi hahahaha~

Tu resepi saya.. kalo kawan-kawan ada cara atau tips yang lebih baik.. boleh share di ruangan komen ya.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

Followers


up