♥ Sangkaya AEON Bukit Tinggi Klang


Nowadays eskrem kelapa ni dah jadi fenomena kan? Ramai dah bercakap so membuatkan saya pon nak merasa gak. Sebelum ni ada kawan bagitau dia dah penah try eskrem ni di cawangan Ampang Point, KL. Nak kesana semata nak merasa memang tak la kan. 

Cam biasa kita tanya kat encik serba tau iaitu Mr Gugel. Dok puas gugel pasal eskrem nih. Lack of information sangat. Susah nak dapat info. Tokey kedai sila take note. Laman web tak boleh dibuka. May b under maintenance. Dapat baca citer dari blogger lain yang penah try jer. Tapi semua citer try makan kat area KL. Dari bacaan saya ni gak baru saya tau dia ada cawangan kat AEON Bukit Tinggi, Klang. Tuh pon takde langsung info pasal kedai dia kat Aeon Bukit Tinggi ni kat tingkat mana.. celah mana.. Last-last jumpa gak akaun instagram dia iaitu @sangkayacreamery. Pon takde gak infonyer huhu~

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 4


Klik link di bawah untuk part yang lain

Alhamdulillah dah sampai ke part yang ter-last untuk Holiday Pulau Perhentian kami. Part ni saya nak promot pakcik yang dah bersusah payah menyediakan makanan untuk kami sepanjang kat sana. Kalo kawan-kawan baca dari part 1 dah tau la kan percutian kami ni dah jadi carca marba.. tido tempat lain.. snorkeling ikut pakej lain.. makan kat tempat lain. Tapi alhamdulillah semuanya memuaskan hati.

Sotong dia beso lengan huhu~ baru naik darat siang tadi
Pak cik ni is tukang masak di The Reef Chalet di Pulau Perhentian. The Reef Chalet ni berjiran je dengan The Barat (resort kami). So bila nak makan kami g ke tempat pakcik ni. lebih kurang 50 meter dari bilik. Memula ingat kami akan makan secara buffet cam time kat Pulau Redang lu. But nop! pakcik nih masakkan untuk kami sahaja cam jadi personal chef kami sepanjang kat sana. Memula tuh naik segan gak sebab dia prepare meja untuk kami bertujuh je dan rasa cam menyusahkan pon ada gak huhu~ Mengikut pakej kami dapat makan 2 x sarapan + 2 x lunch + 1 x dinner + 1 x bbq. Alhamdulillah semua sedap-sedap belaka.

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 3


Klik link di bawah untuk part yang lain

Part ketiga ni citer pasal snorkeling pulakss~ yeah! Amat puas hati dengan keadaan laut sepanjang holiday kami ni. Alhamdulillah cuaca amat baik dan mengizinkan kami melihat keunikan alam yang jarang-jarang boleh tengok.

Kalo anda mengambil pekej ke Pulau Perhentian.. kebanyakan pakej hanya menyediakan satu (1) kali trip snorkeling ke tiga (3) destinasi berlainan. So tiga (3) tempat ni memang akan ada ramai orang sebab tempat biasa untuk orang yang amik pakej pergi. Pakej ni pulak kebiasaannya dorang akan bawak pada pagi hari kedua. So hari pertama tuh more free and easy.

Oleh sebab semangat berkobar-kobar pada hari pertama. Bila dah sampai dan dah siap makan tak tau nak buat apa. Kami decide untuk amik satu (1) lagi pakej snorkeling tambahan dari resort. Tapi kena tambah bayaran la. Hubby kata takpe la bukan selalu datang hehe~ saya polo jerrr dah orang nak belanja kan. Jangan banyak songeh hehe~

The Barat Recreational Center  

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 2


Klik link di bawah untuk part yang lain

Untuk part kedua ni saya nak citer pasal penginapan kami lak. Lepas beberapa masalah yang timbul (cam yang saya citer kat Part 1) kami cuma tawakal saja rupa penginapan baru kami ni. Tapi alhamdulillah.... much better !!! love it !!!

The Barat Perhentian Resort
Sebahagian gambar di dalam N3 ini adalah dari laman web 

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 1


Pada 24 hingga 26 April 2015 yang lalu.. kami sekeluarga bersama-sama lagi tiga (3) orang rakan bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Percutian yang amat menyeronokkan walaupun pada mulanya terjadi perkara-perkara yang mengecewakan kami sedikit tapi alhamdulillah.. mungkin ada kebaikan kami pada masa lalu yang Allah balas dengan membantu kami yang sedang menghadapi masalah pada ketika itu. Nanti saya akan cerita lebih lanjut.

Im so excited. Rasa nak citer macam-macam. Banyak benda nak kongsi. Boleh dikatakan percutian kami kali nih lebih baik dari percutian kami ke Pulau Redang pada dua (2) tahun lepas. Yang tuh boleh baca kat N3 kami ♥ Holiday : Pulau Redang ya. Citer saya ni saya dah bayang nak citer banyak part. Pasal penginapan kami.. Pasal aktiviti.. Pasal makan kami hahaha~ coz there are so many thing yang nak diceritakan. Untuk Part 1 ni saya citer pasal perjalanan kami dan insiden yang berlaku kat kami masa memula kami sampai kat jeti ok.

♥ Drypers Cake From Cute Kiddy Kiddy


Iklan instashop sendiri jap hehe~

Memperkenalkan produk terbaru dari instashop saya iaitu Drypers Cake. Selain tuh kami pon buat baby hamper juga hehe~

Harga mengikut bajet anda

Percuma penghantaran sekitar Klang dan Shah Alam untuk nilai RM50 dan ke atas. Untuk kawasan lain di sekitar Lembah Klang boleh hubungi kami untuk perbincangan lanjut

Kat bawah ni adalah beberapa contoh Drypers Cake dan Hamper Baby dari kami




LIKE FB page kami iaitu Cute Kiddy Kiddy
FOLLOW instagram kami iaitu @cutekiddykiddy
EMAIL kami di cutekiddykiddy@gmail.com



♥ Rumah Selangorku : Pangsapuri Azaria dan Asteria


Sila rujuk N3 saya ----> ♥ Istana Kecil Kami : Cara Memohon Rumah Selangorku untuk mengetahui tentang cara pendaftaran dan syarat-syarat. 

Untuk pendaftaran dan permohonan secara online anda boleh klik di sini

Untuk makluman pada 28 Mac 2015 yang lalu telah dilangsungkan acara pecah tanah di bersebelahan perumahan saya untuk pembinaan Rumah Selangorku Jenis C (800 - 899 kp). Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali.

Pada kawan-kawan yang berminat boleh la memohon secara online. Berikut adalah sedikit info berkenaan pangsapuri-pangsapuri tersebut

♥ Prosboc Dinner 2015 : Box Office 1.. 2.. 3.. Action

Selepas berbulan lamanya.. dan sebab arini kena tunggu hubby datang jemput kat opis.. so jom kita isi waktu senggang ni dengan N3-N3 yang berfaedah hehe~ Kita mulakan dengan Dinner Prosboc 2015. Sebelum ni saya ada bagi tizer sikit dan cerita sikit-sikit pasal dinner-dinner kami tahun-tahun sudah. Boleh baca semuanya kat sini yer.

Dinner tahun ni berlangsung pada 3 Januari 2015 (gilerr lama dah baru nak buat N3 huhu~) bertempat di Hotel Brisdale, KL. Kami para AJK dah start berkampung di hotel dari pagi Sabtu tuh untuk siapkan deco-deco dan lain-lain. Kami siap check-in satu malam sebab berdasarkan pengalaman sudah memang abih event akan penat gilerr huhu~


♥ My Kids Start School


Dah masuk bulan kedua persekolahan baru la ibu ada masa nak up N3 pasal kakak dan adik stat sekolah huhu~ Tapi ibu gigih nak buat N3 gak supaya kakak dan adik boleh baca balik bila dorang dah besar nanti hihi~

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk kakak dan adik. Tahun ni kakak masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Convent (1), Klang dan adik stat sekolah tadika di Tadika Sri Ikhtiar Ilham, Taman Sri Andalas, Klang (selang dua baris rumah je dari rumah Ayahwe hehe~)

Tahun nih job description ibu dan ayah nek sekali ganda la huhu~ baju nak gosok nek sekali ganda.. tugas basuh kasut masuk lam fail meja ayah.. kejut dan siapkan adik pon tugas ayah gak.. ibu cuma siapkan kakak dan hantar kakak dan adik ke sekolah.

♥ AGM Prosboc 2014

Dalam sebulan tak beronline nih banyak yang berlaku. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya. So kita trobek satu-satu la ek. Fisrt.. saya nak citer pasal AGM Prosboc yang telah diadakan di Pulau Langkawi pada 12 - 14 Disember yang lalu. Setelah tamat AGM peringkat zon pada bulan November arituh.. skang kami akan berkumpul untuk AGM Sentral pula. Semua zon akan hantar wakil / perwakilan ke AGM ni termasuk la wakil dari Borneo iaitu Sabah atau Sawarak.

Followers


up