Saya ada menerima beberapa email, pm di FB dan komen di N3 berkenaan permohonan rumah kos rendah di Negeri Selangor ni. Rasanya saya bukan lah orang yang paling sesuai untuk menerangkan prosedurnya tetapi apa yang saya boleh bantu is saya akan kongsikan cara-cara permohonan dan proses sehingga saya dapat memiliki sebuah rumah seperti sekarang. Harap dapat menjadi panduan untuk rakan-rakan yang ingin memohon rumah seperti ini juga.
PERINGATAN !!!
N3 dan info ini adalah dari pengalaman saya sepanjang proses membeli rumah jenis tersebut. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya info tersebut tidak tepat atau telah dikemaskini oleh pihak yang berkaitan.
Sekiranya anda berminat untuk membeli dan memiliki kediaman di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor anda dikehendaki untuk mendaftar, mengisi borang yang berkaitan dan memajukan dokumen yang diperlukan ke Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, Satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menguruskan penawaran dan pengurusan hartanah di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor.
Pada ketika saya memohon dulu semuanya dilakukan secara manual iaitu kita perlu ke pejabat LPHS di Bangunan SUK Shah Alam untuk membeli borang (rasanya harga pada masa itu adalah RM2 untuk setiap borang) --- isi dan lengkapkan --- sediakan dokumen yang berkaitan --- majukan semula ke LPHS. Selepas itu kita akan menerima surat pengesahan bahawa pendaftaran kita telah berjaya dan pihak LPHS akan memaklumkan kepada kita melalui surat mana-mana projek perumahan yang telah siap atau dalam proses pembinaan sekiranya kita berminat untuk membeli hartanah tersebut. Sekiranya berminat kita perlu memaklumkan kembali ke pihak LPHS dan sekiranya masih ada kekosongan dan layak.. nama kita akan dimasukkan ke dalam mesyuarat untuk di-short list.
Renyah kan? tapi itu dulu. Seiring dengan perkembangan teknologi pihak LPHS telah menyediakan satu platform pendaftaran online bagi memudahkan orang ramai untuk mendaftar dan mendapat info yang lebih jelas tentang projek-projek yang telah.. sedang dan yang akan dijalankan oleh pihak mereka.So orang ramai boleh tengok dan mohon hartanah di kawasan-kawasan yang bersesuaian dengan mereka.
Untuk pendaftaran dan permohonan secara online anda boleh klik di sini
Kat situ telah disediakan manual dan FAQ untuk membantu anda dalam proses pendaftaran tersebut. Anda juga boleh semak status permohonan anda.. senarai projek yang tersedia dan lain-lain lagi.
PEMBERITAHUAN
Saya tidak pasti sekiranya sistem ini masih dalam tempoh percubaan atau telah berjaya dilaksanakan dan sedang diguna pakai. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dan inginkan sebarang info yang lebih tepat.. anda boleh menghubungi terus unit yang terlibat iaitu Unit Penawaran & Setinggan, LPHS
Berikut adalah sedikit info tentang Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku. Anda boleh lihat dan baca di laman web LPHS untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Info di bawah adalah dari sumber tersebut.
LATAR BELAKANG
Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik dikenali sebagai Rumah Selangorku
SYARAT PERMOHONAN
Selain boleh dibuat secara atas talian seperti yang saya maklumkan di atas.. pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di laman web LPHS. Sila ambil perhatian.. Borang Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah, Mampu Milik dan Kedai/Industri Kos Rendah bersama dokumen berkaitan hendaklah dihantar SENDIRI di Pejabat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor yang beralamat seperti berikut:
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (HQ),
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Selepas semuanya selesai... yang perlu anda lakukan adalah sabar menanti dan berharap ada rezeki untuk anda memiliki rumah kediaman. Walaupun mungkin bukan seperti yang diidamkan (saya idamkan rumah end lot dua tingkat dengan laman hehehe~) tapi ia adalah pelaburan terbaik untuk anda di masa depan dan peluang untuk memiliki rumah sendiri. Memandangkan harga rumah sekarang yang tak terjangkau dek akal.. at least kita ada hartanah untuk berteduh dan meneruskan kehidupan.
So saya harap perkongsian saya kali ini dapat serba sedikit membantu kawan-kawan untuk memiliki rumah sendiri. Cuma perlu diingat penjualan Rumah Selangorku ni adalah dikawal dan amat terhad agar dapat mencapai objektif utamanya iaitu untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment