Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

17 January 2018

♥ Anak Darjah Satu

4:53 PM 0 Comments
Tahun 2018 bermula la rutin anak-anak dah mula bersekolah sesi sebenar. Adik dah darjah satu tahun ini huhu~ [ibu is sedih.. dont grow up too fast sayang]. Kakak Sekolah Convent so adik tak dapat la nak satu sekolah dengan kakak [of cos la kan]. 

Pada mulanya mengikut keputusan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) adik ditempatkan di SK Sri Andalas [which is bagus gak sebab dekat dengan rumah parents] walaupun dalam permohonan saya mintak ditempatkan di SK La Salle. Satu sebab sebab dekat dengan sekolah kakak dan satu lagi sebab sekolah ni sama dengan Convent.. hanya mempunyai dua (2) kelas sahaja untuk setiap darjah. Sekolah kecil dan saya harap cikgu boleh more concentrate pada student. 

Namun selepas beberapa proses rayuan [dan bantuan Ayahwe] adik berjaya juga ditempatkan di SK La Salle. Alhamdulillah. Memang susah nak masuk sebab sekolah kecil.. tak terima ramai murid.. Alhamdulillah.. rezeki adik.

Hari orientasi diadakan pada 29 Disember lalu. Hari terakhir sebelum hari sekolah sebenar. Ye lah muridnya sikit kan hehe~ Pagi tu.. selepas semakan nama.. adik terus masuk ke kelas yang ditetapkan. Ini bukan kelas sebenar.. cuma pembahagian bagi mengambil Ujian Diagnostik. Ibu bapa pula diminta ke dewan untuk sesi taklimat.

Kaki tak sampai.. hahaha~
Gambar dari FB Sekolah
 Selesai taklimat.. tengok adik masih belum selesai ujian. So parents diminta bayar yuran dulu. Kemudian adik menyusul. Selepas semakan ujian.. pembahagian kelas pon dilakukan. Adik ditempatkan di kelas 1 Success (tag merah). Kelas lagi satu nama 1 Radiant (tag biru).

Ya.. dia yang paling kecil dalam kelas
Seronok dah sekolah
 Selesai sudah Hari Orientasi pada hari tersebut. Cepat dan santai sahaja. Mungkin atas faktor kuantiti murid yang ada so guru pon senang nak kawal. Lepas abis.. adik get ready untuk hari persekolahan sebenar pada 2 Januari 2018 pula.

Hari pertama sekolah.. ibu bapa memang dah dimaklumkan tidak boleh menunggun anak-anak di tepi kelas. Kalo nak tunggu pon kena tunggu di kantin. Saya memang tak tunggu. Pagi tu cuma temankan dia sehingga kelas. Ajar turunkan kerusi dan letak beg. Kemudian lepaskan dia ke tapak perhimpunan. Sementara nak tunggu waktu rehat dia.. kami g sapan lu kat Chong Kok Kopitiam hehe~

Tersampai awal.. sempat la skodeng dia dari jauh
Untung jadi student paling kecil ni sebab confirm cikgu akan suruh duduk paling depan. Bebetul depan meja cikgu tempat dia haha~

Bawa bekal je.. makanan mahal huhu~
 Yang belah kiri dia tu.. classmate masa tadika. So dah ada geng la di sekolah. Setakat dah masuk minggu ketiga persekolahan ni.. adik masih bawa bekal. Simple je hari-hari dia nak roti planta letak gula dan bawa bekal air. Hari pertama tu cuba juga ajar dia beli makanan.. tapi leh tahan mahal.. RM1.50 sepinggan. Ada nasi lemak.. mi goreng dan mihun goreng huhu~ Kemudian sebab memasing pon masih terkial-kial nak membeli so kena beratur lama. Once dia baru nak suap je loceng dah berbunyi. So makan pon kena laju-laju. Then kami decide bagi dia bawa bekal je. Dia memang nak makan roti. Nanti balik tengahari baru makan nasi di rumah Awe. Dan sampai skang duit belanja sekolah pagi tak berusik langsung. Kumpul nak beli keta hotwilis katanya hehe~

Petang sekolah agama plak
 Sekolah agama ni kami tak risau sangat. Tak tunggu pon. Sebab kakaknya ada. Kelas pon sebelah-sebelah je.

Sekodeng adik sekolah petang plak
Alhamdulillah.. kedua-dua anak kami dah memulakan persekolahan sebenar. Cepat je masa berlalu. Rasa cam baru je kami sambut kelahiran dia. Sebagai ingatan juga yang ibu bapa ni dah tua hehe~ Untuk Kakak dan Adik.. Ibu doakan semoga kakak dan adik diterangkan jiwa dan dilapangkan dada untuk menerima ilmu yang diajar.. menjadi manusia yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Belajar rajin-rajin ya sayang ibu.. Ibu love u both soooo muchhhh~ ♥♥♥

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



10 February 2015

♥ My Kids Start School

4:55 PM 0 Comments

Dah masuk bulan kedua persekolahan baru la ibu ada masa nak up N3 pasal kakak dan adik stat sekolah huhu~ Tapi ibu gigih nak buat N3 gak supaya kakak dan adik boleh baca balik bila dorang dah besar nanti hihi~

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk kakak dan adik. Tahun ni kakak masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Convent (1), Klang dan adik stat sekolah tadika di Tadika Sri Ikhtiar Ilham, Taman Sri Andalas, Klang (selang dua baris rumah je dari rumah Ayahwe hehe~)

Tahun nih job description ibu dan ayah nek sekali ganda la huhu~ baju nak gosok nek sekali ganda.. tugas basuh kasut masuk lam fail meja ayah.. kejut dan siapkan adik pon tugas ayah gak.. ibu cuma siapkan kakak dan hantar kakak dan adik ke sekolah.

14 November 2014

♥ Takwim Persekolahan 2015

10:23 AM 0 Comments
Oleh kerana kedua-dua anak kesayangan saya dah nak memulakan sesi persekolahan tahun depan.. kakak Darjah 1 dan adik Tadika 4 Tahun. Takwim nih adalah salah satu keperluan penting untuk saya menyusun dan mengatur aktiviti kami sekeluarga bagi tahun depan. Maklumlah family jenis kuat berjalan cam kami ni.. memang tak reti dok diam. Aktiviti kelab lagi.. nak rancang percutian lagi.. nak book tiket air asia awal setahun lagi hehehe~ So kena la rancang agar tak bertindih dengan waktu persekolahan dorang lak.

Takwim nih untuk Negeri Selangor dan sewaktu dengannya sahaja.. untuk melihat takwim penuh boleh rujuk link laman web Kementerian Pelajaran nih ek. 


06 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 2

10:15 AM 2 Comments
Ada beberapa minit nak abih keje ni sesaja skrol bloglist.. then baru perasan citer pasal rumah saya terbengkalai rupanya haha~ beria la dulu buat N3 ada part 1 bagai alih-alih Part 1 je la sampai skang hahaha~

♥ Istana Kecil Kami : Part 1 @ 3.10.2012 (Klik Sini)

Haha~ setahun dah u ollsss~ hampeh tul. Ok skang saya sambung part-part yang berikutnya ek. Kalo rasa panjang kang saya pecah la ikut part-part yg seterusnya. Kalo tak ini je la part yang kedua dan terakhir hehe~

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah swt sesungguhnya perancangan Dia adalah yang paling baik dan hebat. Kita hanya mampu merancang yang kita rasa dah cukup baik untuk kita. Tapi kadang-kadang kita sedih bila yang terjadi tak seperti apa yang dirancang tanpa kita sedari sebenarnya Allah swt dah rancang yang lebih baik untuk diri kita.

Saya mula membeli rumah kami pada bulan Oktober 2012 dengan harga RM42,000 dan hanya merupakan flat kos rendah tiga (3) bilik. Tapi kami happy sebab rumah sendiri dan tak yah menyewa. Kami beli rumah ni dengan cara bayar sedikit-sedikit mengikut progress rumah. Memang senak dan payah sebenarnya tapi alhamdulillah dengan bantuan keluarga dan simpanan akhirnya rumah dah siap dan dah abis dibayar. In sya Allah boleh buat pelaburan untuk masa depan. Rancangan kami dalam tempoh 5-10 tahun lagi kami akan cari rumah yang lebih baik dan rumah ni boleh kami sewakan. Aminnn~

Mengikut perancangan pemaju masa tuh rumah akan siap pada bulan Februari 2014 so that kami dah buat perancangan awal untuk pindahkan dan mulakan sesi persekolahan kakak tahun 2014 di Klang. Dia akan duduk dengan parents saya di Taman Sri Andalas. Kami tak nak la bila bulan Februari tuh kami nak pindah dia kena start all over again di tempat baru di pertengahan tahun. Susah pulak dia nak catch-up kan? 

Motip lain yang kami nak dia dok di Klang ialah sebab kos persekolahan dia is waaaayyyyyyyyyyyyy much cheaper dari KL. Bayangkan duduk di KL saya perlu bayar RM280 sebulan untuk yuran tadika (+) RM50 untuk tambang pengangkutan ke rumah pengasuh selepas waktu persekolahan. So total kat situ je dah RM330 sebulan. Belum lagi bayaran pengasuh untuk adik dan kakak berjumlah RM500 sebulan. Kat situ je nearly RM 1,000 sebulan belum masuk lagi susu, pampers atau keperluan lain.

Tapi di Klang, total yuran kakak tuh saya boleh bayar yuran Tadika RM140, yuran Sekolah Agama RM100 (swasta), dan upah mengaji RM30. Transport ayah saya yang uruskan hehe~ ayah saya kan pesara berjaya dok lepak kat umah je tunggu duit pencen hihi~ semua tuh baru RM270. Skang tambah pengasuh adik RM200 sebulan total keseluruhan is RM470. Berbeza sungguh kan kos sara hidup di bandar KL dan bandar Klang? Di klang saya siap boleh anta kakak ke sekolah pagi petang. Oh ya sekolah agama tuh adalah sekolah swasta so dia boleh join kelas untuk Darjah 1. Mining pagi sekolah tadika 6 tahun petang pulak dia sekolah agama darjah 1. Alhamdulillah si kakak terang hati dan boleh terima kedua-duanya dengan baik.


My girl masa first day sekolah awal tahun arituh

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Rancangan nak berpindah ke Klang pada awal tahun ditentang oleh ibu saya sebab dia suruh saya tuka keje dulu baru pindah ke Klang. Dia tak nak saya penat hari-hari ulang alik keje KL tapi dapat pindahnya tak tau lagi. So dengan berat hati saya turutkan jugak. Tapi tuh la ibu kita kan? syurga kat bawah tapak kaki dia.. nasib baik saya tak pindah rumah awal sebab rumah saya tuh yang dijangka bulan 2 2014 siap terlajak sampai ke bulan 6 baru dapat kunci. Ada masalah CF pada mulanya namun dapat diselesaikan akhirnya. Alhamdulillah~

Then hubby cakap alang-alang dah tengah tahun dan dah nak puasa dan raya.. kita renovet la sesiap sebelum duduk. No rushing. Kami tak buat major renovation pon.. umah flat kan apa yang nak direnovet sangat. Kami cuma tambah tiles seluruh rumah, buat table top dapur, cat bilik anak-anak, electric works such as lampu kipas bagai dan power utk ekon dan water heater.. tuka pintu depan bagi yang kukuh sikit dan pasang grill. Siap! tuh pon sebulan gak baru nak siap huhu~ Ni pon nak dekat RM10k berabih huhu~ pejam je la mata tabahkan je la hati.

Macam terpanjang la plak N3 nyer hehe~ Nanti sambung kat Part 3 plak ek.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)