♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 4


Klik link di bawah untuk part yang lain

Alhamdulillah dah sampai ke part yang ter-last untuk Holiday Pulau Perhentian kami. Part ni saya nak promot pakcik yang dah bersusah payah menyediakan makanan untuk kami sepanjang kat sana. Kalo kawan-kawan baca dari part 1 dah tau la kan percutian kami ni dah jadi carca marba.. tido tempat lain.. snorkeling ikut pakej lain.. makan kat tempat lain. Tapi alhamdulillah semuanya memuaskan hati.

Sotong dia beso lengan huhu~ baru naik darat siang tadi
Pak cik ni is tukang masak di The Reef Chalet di Pulau Perhentian. The Reef Chalet ni berjiran je dengan The Barat (resort kami). So bila nak makan kami g ke tempat pakcik ni. lebih kurang 50 meter dari bilik. Memula ingat kami akan makan secara buffet cam time kat Pulau Redang lu. But nop! pakcik nih masakkan untuk kami sahaja cam jadi personal chef kami sepanjang kat sana. Memula tuh naik segan gak sebab dia prepare meja untuk kami bertujuh je dan rasa cam menyusahkan pon ada gak huhu~ Mengikut pakej kami dapat makan 2 x sarapan + 2 x lunch + 1 x dinner + 1 x bbq. Alhamdulillah semua sedap-sedap belaka.

Alhamdulillah pakcik ni baik layan kami. Masak pon sedap. Kami makan sentiasa bertambah. Lapar sebab snorkeling pon yer gak agaknya haha~ tapi memang sedap dan highly recommended. Pakcik nih pon jenis melayan kalo ada penginap kat The Reef tuh nak makan kat bilik ke.. makan tepi laut candle light dinner ke.. dia akan hantar. Casnyer tak tau la plak saya. Tapi nanti saya akan bagi nombor phone so leh contact pakcik ni tanya.

Dia siap tanya kami nak makan apa. Kami selalu jawab tak kesah je. Ikut pakcik la haha~ nanti dia citer la tadi ada baru bawak naik ikan ke sotong ke.. nak masak tuh la.. ni la.. yes! semua hidangan kami seafood fresh baru kuar laut. Pagi tuh baru tangkap tengahari or malam tuh kami makan huhu~ Tuh yang rasa bertambah-tambah sedap tuh huhu~ manis je rasa.

Selepas sarapan pagi dia bekalkan air mineral wat g snorkeling. Nanti haus katanya. Siap bagi roti untuk bagi ikan makan. Kat sana takde jual roti ek. Orang selalu bawak dari tanah besar. Malam lepas tersandar kekenyangan dia buatkan lak air panas siap tanya nak air apa. Memula ingat dia nak buat by cawan cam kat kedai mamak so semorang request la air masing-masing. Last-last nah ko setiap air kami order tuh dia buat satu jug hahaha~ kembong perut. 

Siyes kami tak tau berapa yang dibayar kepada pakcik tuh dari jumlah pakej kami berharga RM360 tuh. Kalo duduk di chalet berdekatan dengan The Reef Chalet di Pulau Perhentian atau duduk di chalet tuh boleh la request pakcik tuh. Yer la kengkadang ada orang suka datang a-la-kat. Dia bayar sendiri tak amik pakej kan. Boleh kontek pakcik tuh : Pak Cik Mat 014 3060783

Amik gambar dengan Pak Cik Mat lepas sarapan pada hari terakhir.. nak balik dah huhu~
Untuk perjalanan balik.. bot ada pada jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari dan 4.00 petang. So boleh pilih mengikut kesesuaian perjalanan masing-masing. Kami amik jam 12.00 tengahari sebab tak mau rushing sangat. Anak-anak pon sempat lagi mandi pantai pagi tuh.

Lepas check out apa lagi.. sesi bergambar la sementara bot tiba

With my holiday buddy.. kawan-kawan sekepala dalam bab-bab bercuti ni
Hubby with kiddos
Family picture on day 3
Babai Pulau Perhentian.. kami nak balik dah.. till we meet again
Singgah alas perut sebelum teruskan perjalanan balik ke KL
 Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Pas transit turunkan kawan-kawan di KL. Isnin esoknya cuti cuma anak-anak je yang bersekolah hehe~ ok la kan dorang dah sedap tido sepanjang perjalanan so takde alasan tak nak g sekolah.

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)


1 comments:

Iela Fazielah said...

bestnyer... xpernah smapai lg ke sana

Followers


up