♥ Sangkaya AEON Bukit Tinggi Klang


Nowadays eskrem kelapa ni dah jadi fenomena kan? Ramai dah bercakap so membuatkan saya pon nak merasa gak. Sebelum ni ada kawan bagitau dia dah penah try eskrem ni di cawangan Ampang Point, KL. Nak kesana semata nak merasa memang tak la kan. 

Cam biasa kita tanya kat encik serba tau iaitu Mr Gugel. Dok puas gugel pasal eskrem nih. Lack of information sangat. Susah nak dapat info. Tokey kedai sila take note. Laman web tak boleh dibuka. May b under maintenance. Dapat baca citer dari blogger lain yang penah try jer. Tapi semua citer try makan kat area KL. Dari bacaan saya ni gak baru saya tau dia ada cawangan kat AEON Bukit Tinggi, Klang. Tuh pon takde langsung info pasal kedai dia kat Aeon Bukit Tinggi ni kat tingkat mana.. celah mana.. Last-last jumpa gak akaun instagram dia iaitu @sangkayacreamery. Pon takde gak infonyer huhu~

So alang-alang dah cuti isnin lepas.. saya dan hubby try la round AEON tuh cari kedai eskrem ni. Berdasarkan gambar-gambar kat instagram ngan gugel.. saya bayangkan kedainya adalah kedai lot. So dok la meround kat area tempat makan tapi langsung tak jumpa. Sampai penat la round n nak give up pon. Then tetiba datang idea soh hubby tanya kat pak gak. Tunjuk gambo eskrem tuh (apsal la tak leh terpikir lebih awal huhu~)

Pas kami tunjuk je gambo tuh kat pak gad.. dia terus pusing belakang sambil tunjuk.. taraaaaa~

 Lorrr~ awat la hang dok terperuk kat celah tin biskut nih.. patut la tak nampak. Puaslah saya cari kat belah depan shopping mall tuh dekat dengan kedai-kedai makanan yang lain.. rupanya kat sini dia duduk huhu~ dekat area groceries. Kedudukannya yang sedikit terkebelakang pon memang membuatkan orang tak pasan pon kewujudan dia kat situ.

gambar dari twitter @farisjimbo
Teruja sangat nak makan sampai lupa nak snap gambar menu hihi~ menu dia simple je. Kedai eskrem la katakan. Boleh pilih nak makan lam kon ke.. mangkuk ke.. lam bekas kelapa tuh ke. Harga berbeza mengikut bekas. Tapi yang paling hot mestilah signature dia kan. Berharga RM 9.90 termasuk GST.

Untuk signature tuh kita akan dapat empat scoop eskrem dan boleh pilih filling dia cam kat bawah

Sukati nak letak semua ke or pilih mana suka je. Dan akhirnya begini la rupa eskrem saya..

Hahaha~ beso tapak tangan je.. tapi sedappppp~
Tak dinafikan rasanya memang sedap. Rasa cam nak beli lagi pastuh. Tapi oleh kerana harganya yang sedikit mahal so terbantut la hasrat hahaha~ kata nak rasa je tadi kan? huhu~ overall ok la. taste was so good. Makan kadang-kadang boleh la. Tak leh la selalu. Kecik tuh je nearly RM10 kot huhu~

So pada sapa yang dok area Klang leh la g try ek. Dia kat area barang dapur tuh. So tak yah la mencari sampai ke area Secret Recepi sana huhu~ Next time nak g makan lagi la. Tak puas arituh huhu~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi. Pasni pasal penginpan kami pulak.. XoXo =)



1 comments:

Mrs Faez said...

To Pka :
Aah kat ground floor dekat area jual barang dapo tuh. Belakang sushi

Followers


up