♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 3


Klik link di bawah untuk part yang lain

Part ketiga ni citer pasal snorkeling pulakss~ yeah! Amat puas hati dengan keadaan laut sepanjang holiday kami ni. Alhamdulillah cuaca amat baik dan mengizinkan kami melihat keunikan alam yang jarang-jarang boleh tengok.

Kalo anda mengambil pekej ke Pulau Perhentian.. kebanyakan pakej hanya menyediakan satu (1) kali trip snorkeling ke tiga (3) destinasi berlainan. So tiga (3) tempat ni memang akan ada ramai orang sebab tempat biasa untuk orang yang amik pakej pergi. Pakej ni pulak kebiasaannya dorang akan bawak pada pagi hari kedua. So hari pertama tuh more free and easy.

Oleh sebab semangat berkobar-kobar pada hari pertama. Bila dah sampai dan dah siap makan tak tau nak buat apa. Kami decide untuk amik satu (1) lagi pakej snorkeling tambahan dari resort. Tapi kena tambah bayaran la. Hubby kata takpe la bukan selalu datang hehe~ saya polo jerrr dah orang nak belanja kan. Jangan banyak songeh hehe~

The Barat Recreational Center  
Pakej yang disediakan
Normal trip adalah trip biasa yang dah termasuk lam pakej. So kami amik Rawa Trip. Kalo tengok kat gambar tuh dia akan bawak ke empat (4) tempat dan dikenakan bayaran RM50 tidak termasuk equipment. Bila campo-campo dah RM60. Kakak lak kena bayaran separuh so total dah RM150. Cam mahal pulak rasa. Tengah dok tengok-tengok dan berkira-kira tuh staff kat center nih ngah melayan mat saleh nak pergi Rawa Trip gak. So dengar la sekali. Bila kira-kira hubby rasa cam mahal kami pon nak beredar masuk bilik. Tetiba orang snorkeling tuh panggil sambil kecek Kelantan.. "Abe tunggu dulu... sek-sek kito harge lain.. leh bincang.." 

Cam tetau je orang tuh hahaha~ pas dia abih ngan mat saleh tuh baru dia terang kat kami.. kalo amik Rawa Trip tuh dia bawak g lima (5) tempat.. lagi satu tempat g tengok penyu.. pastu equipment tak payah tambah.. dah kira sekali dalam RM50 tuh.. kanak-kanak sebab kami pergi lima (5) dewasa so adik ngan kakak dia kira free.. wahhhh~ so penjimatan RM50 disitu siap ada tambahan trip lagi hehe~
  
Pas mencapai kata sepakat ngan kawan-kawan kami pon setuju la. Ready utk snorkeling trip kul 2.30 petang hoorayyyy!!! Pasni kita layan gambo je la ek

Adik dan kakak ready nak snorkeling.. life jacket saya beli di GM Klang
Yes we are ready !!!
Family picture di Pulau Rawa
Clear water.. clear sky.. alhamdulillah
Bergerak ke tempat seterusnya
Fish love my hubby hehe~
 Time ni kat tempat ikan nemo. Anak-anak saya tengah bagi ikan makan dan kat tepi tuh brother bot tengah ready nak tangkap nemo sekor untuk tunjuk kat my kids. Abang bot tuh really friendly dok melayan anak-anak saya. Bila nak balik dedua tak nak lepaskan ikan tuh balik kelaut. Pas puas pujuk dan bagitau nanti mak ikan tuh sedih anak dia tak balik-balik baru la dorang nak lepaskan huhu~ 

 Dari atas memang nampak cam tak dalam sebab air jernih.. Bila tengok gambar ni mau 2 or 3 meter gak kedalamannya huhu~ Dak kakak memang lepas bebas la.. dia sonok berenang sorang-sorang tengok ikan.. tapi saya dan hubby ada pantau dari belakang. 

Family kami dari mata ikan
Bagi ikang makang.. speaking ghanu skit hehe~
 Tips untuk ikan-ikan ni mai dekat seperti yang kami belajar dari Pulau Redang.. botol air mineral + roti hehe~ Kalo nak bergambo ngan ikan.. nak panggil ikan mai ramai-ramai kat kita so guna la taktik ni. Kalo kita bawak roti sekeping masuk laut dia akan berderai.. tak sampai berapa saat dah ilang. Pakai botol mineral kita leh kuarkan sikit-sikit. So air kat sekitar kita pon tak keruh sebab roti tadi. Lagipon leh bajet roti yang tinggal sebab banyak tempat nak g kan. Bagus ikan-ikan ni makan roti je hehehe~ 

Dugong terdampar
Setiap tempat dia akan berhenti dalam 30 minit camtuh. Bergantung pada kita la. Kalo nak lama.. lama la dia tunggu. Kami tak dapat singgah ke Rumah Api (tempat orang dok terjun-terjun tuh) sebab keadaan ombak dan air bergelora. Bahaya nak ke sana so kami terus skip ke tempat penyu.

Adik dah tido kepenatan
 Rezeki kami arituh dapat gak tengok penyu live depan mata hehe~ kakak dan my hubby turun berenang. Saya kat bot sajer sebab adik dah tido huhu~ tapi still nampak penyu tuh dari atas bot dok berenang kat dasar. Sempat tengok bila dia naik ke permukaan air untuk amik napas. Besor kot penyu dia. Ada la beso meja makan kedai mamak. Abang bot tuh cam biasa.. turun bawah amikkan gambo penyu nak tunjuk kat anak-anak.


Dah nak maghrib.. jom balik.. penat dah~
Keesokan harinya kami polo trip yang termasuk dalam pakej. Trip nih memang trip yang biasa orang g so tempat-tempat yang dia bawak pon memang akan ramai orang.

First trip.. Taman Laut Malaysia
Kakak ngah ajo adik terapong
Kakak bagi makan ikan.. kenyang ikan-ikan kat sini orang dok bagi makan
Kakak dari mata ikan
 Kat taman laut ni sesuai la untuk yang ada anak-anak kecik sebab dia pesisir pantai je. Kalo taknak berenang ngan ikan leh biar dorang men pasir. Kalo nak tengok ikan pon tak perlu berenang sampai ketengah sangat bawak anak-anak. Kakak ngan adik memang ikut kami ke tengah sikit sebab belah tengah lagi banyak ikan dan kakak boleh handle herself. Kami cuma tengok-tengokkan je jangan bagi dia berenang jejauh sangat

Lokasi kedua.. adik nak bagi ikan makan gak.. asik kakak je
Family picture on second day
Lastly kami g tempat jerung.. saya tak nampak jerungnya tapi kawan saya nampak baby shark tuh. Bila saya nak tengok hilang pulak dia huhu~ Tempat ni bahaya sikit bagi saya. Arus dia tak deras tapi tetiba kita dah pergi jauh dari bot. Bila dah abih dan nak berenang balik ke bot azab giler. Penat sangat. Bayangkan kita berenang sedaya upaya tapi tak bergerak-gerak. Ombak makin tolak kita lagi jauh ada la. Ada time tuh saya dah give up. Seb bek hubby ada. So kami berenang gak la pelan-pelan. Kakak dah selamat berenang sendiri naik bot huhu~ camner dia leh laju pon tak tau. Adik lak saya dan hubby gilir-gilir pegang (kebanyakannya hubby la pegang sebab saya tak larat) sambil pegang dah adik sambil tolak saya ke depan hahaha~ Love u hubby hehe~ Bila dapat naik bot tuh rasa lega sangat. Seb bek last point untuk hari tuh. Then terus balik ke resort.

Petang tuh kami tak buat apa.. just rileks tepi laut. Minum coconut shake dan makan fries. Memanfaatkan masa yang terluang sebab sok nak balik dah huhu~ Kawan-kawan saya dah merayau g amik gambo kat batu la.. jalan-jalan dengan adik dan kakak.. kami cuma chill tepi laut tengok matahari terbenam. Senang rasanya hidup tak ada benda nak pikir hehe~

Next part which is the last part saya akan citer pasal pakcik yang sediakan makanan kami sepanjang kami kat sini. Terbayekkkkkk~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



3 comments:

eima said...

ok best gile ....
tp cam seram sbb kite tak pandai berenang ... nak pulak2 budak tu ... tak takut wlupun tak jejak dasar...

sya_ira said...

bestnye snorkling..
cntk jer gmbr2 dgn ikan tu..
guna kmera ape yea?

Mrs Faez said...

To eima
Aah. Best giler. Kita pon x tau berenang dear tp ada life jacket kan tinggal nk kuak je tangan tuh dengan gerak2 kaki skit hehe~

To sya_ira
Kita guna gopro hero 4 =)

Followers


up