30 April 2015

♥ Holiday : Pulau Perhentian Part 2


Klik link di bawah untuk part yang lain

Untuk part kedua ni saya nak citer pasal penginapan kami lak. Lepas beberapa masalah yang timbul (cam yang saya citer kat Part 1) kami cuma tawakal saja rupa penginapan baru kami ni. Tapi alhamdulillah.... much better !!! love it !!!

The Barat Perhentian Resort
Sebahagian gambar di dalam N3 ini adalah dari laman web 

Bot laju dari tanah besar akan berenti kat tetengah dan akan ada bot lain dari resort datang jemput kita kat tengah
Bila tengok dari tengah laut tuh cam tak percaya lak kami akan dok resort bebetul tepi laut. Alhamdulillah mungkin ada kebaikan kami pada masa lalu yang Allah balas pada hari tuh. Dia beri kami sedikit dugaan dan beri balasan yang lebih baik.

Ops! lupa nak bagitau since my kids dah besar. No more pampers or bekas susu bagai.. so percutian kali nih kami dah prektis konsep backpacking. Hubby galas satu beg beso dan saya galas satu beg biasa untuk barang-barang yang senang capai. Sebagai tambahan sebab bercuti ke pulau kami bawak satu waterproof bag yang kami lipat-lipat masuk lam beg beso. Nak guna time snorkeling je nanti. So memang amat memudahkan pergerakan sebab nak pindah-pindah bot bagai. Senang nak pegang anak pon sebab beg dah galas kat belakang kan. Oleh sebab konsep kali nih berjaya so percutian lain pasnih leh la kami ber backpacking sajerrrr yahooo~



Ada pelbagai jenis penginapan yang disediakan. Boleh tengok kat laman web dia ek. Kami duduk di Garden Chalet Standard.


1 chalet standard ada tiga (3) bilik. Saya bilik yang tengah dan kawan saya bilik belah depan. Lagi satu tuh ada minah mat saleh dok
Keadaan bilik.. Alhamdulillah selesa. Hubby tambah extra bed untuk anak-anak. Kos RM30 semalam. Set lengkap dengan bantal + cadar + selimut
Toilet yang bersih 
Kami dapat layanan yang amat baik dari staff resort ni. Ramah tamah semuanya. Bila sampai tuh kami dihidangkan air untuk melegakan tekak sementara proses check in selesai. Pastuh siap angkatkan dan hantarkan beg kami ke bilik lagi. Very recommended. Mahal sikit dari pakej biasa tapi masih berbaloi. Harga-harga pekej boleh tengok kat sini.

Resort ni di Pulau Perhentian Besar dan mengadap Kampung Nelayan di Pulau Perhentian Kecil
Lepak-lepak tepi pantai
Restaurant dan Reception
Pada yang amik pakej full board lengkap dengan meals akan makan di sini. Tapi sebab pakej kami dah bercampor adok.. kami makan kat chalet sebelah iaitu The Reef. Tapi lagi heaven dan amat-amat recommended. Nanti saya citer kat part lain.

Next N3 saya akan citer pasal aktiviti snorkling lak. Oleh sebab dalam pakej cuma ada satu kali je snorkling iaitu pada keesokan pagi.. so kami tambah satu sesi sendirian berhad. Next N3 kita jamu mata dengan gambar je la ek hihi~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

2 comments:

Unknown said...

Hai nk tanya awak ambil pakej tu berapa harga? sbb sy try booking dr website dia.. kat pakej dia tulis RM383/person include 2mlm stay n bla bla bla. tp bila nk book, jumlah RM383 tu jd double (means dia cas utk 2 mlm/2kli).. then bila fill number of adult.. dia cas plak kat extra adult.. zzzz

Mrs Faez said...

To Nur Asyikin

Cam yg sy citer di Part 1 pekej kami ni dah jd carca marba dh sebenarnya. Due to kelalaian agen kami. Sepatutnya dengan harga begitu x leh dapat pon dok kat The Barat ni. Tp sbb chalet lain dah penuh agen kami terpaksa ganti dengan chalet ni. Pasal bayaran plak tak tau la kami sebab dorang yang deal