09 January 2015

♥ AGM Prosboc 2014

Dalam sebulan tak beronline nih banyak yang berlaku. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya. So kita trobek satu-satu la ek. Fisrt.. saya nak citer pasal AGM Prosboc yang telah diadakan di Pulau Langkawi pada 12 - 14 Disember yang lalu. Setelah tamat AGM peringkat zon pada bulan November arituh.. skang kami akan berkumpul untuk AGM Sentral pula. Semua zon akan hantar wakil / perwakilan ke AGM ni termasuk la wakil dari Borneo iaitu Sabah atau Sawarak.

Program sepatutnya bermula pada hari Jumaat (12.12.2014) tapi kami skip sebab memasing cuti dah abih hahaha~ so ari Jumaat tuh pas keje balik umah sesiap.. malam tuh baru gerak ke Pulau Langkawi. Kami naik BMyRed (nama timangan alijah saya hehe~) all the way ke sana. Kapul ngan kengakawan. Anak-anak? tinggal ngan atuk neneknyer sebab penat je kalo dorang ikut huhu~ aktiviti pack.. pergi semalam je.. tak sempat nak berjalan pon huhu~

My lovely hubby bawak keta sepanjang Klang - KL - Jeti Kuala Perlis huhu~ Kami bertiga teman dia sepanjang jalan. Kawan yang kat belakang sekali nunnn~ bantai tido sepanjang perjalanan hahaha~ Kami selamat sampai di Jeti Kuala Perlis jam 6.00 pagi. Sarapan dan rileks jap sementara nak tunggu first feri jam 7.00 pagi. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Kat dalam feri kami bantai tido jap. Tuh pon tido-tido ayam je takde la nyenyak mana pon huhu~

 Sampai-sampai terus ke hotel penginapan rakan-rakan kami yang dah tiba lebih awal.. Hotel Geo Park Inn di Pekan Kuah. Hanya beberapa minit je dari jeti. Kami tak stay hotel sini sebab kami stay hotel lain kat Pantai Chenang.. beli voucher kat Groupon hehe~ Plan asalnya senang nanti memalam nak jenjalan sepanjang pantai. Tapi al kisahnya nan hado! huhu~ malam tuh pas dinner balik hotel terus pengsan huhu~

Lepak kat hotel member kami ni sementara nak tunggu time check in hotel kami. Siap tumpang mandi dan bersiap kat bilik member tuh hehe~ Untuk makluman semua perwakilan Prosboc stay kat hotel ni. Kami je saja menggatal nak dok hotel lain haha~ Tapi hotel ni ok.. bilik selesa sesuai la ngan status hotel bajet tapi still selesa dan bersih. Recommended untuk yang datang bukan sebab nak mandi pantai semata hehe~ sebab dia takde pantai. Kalo datang sebab kerja atau nak jenjalan saje digalakkan dok sini. Pekan kuah seberang jalan je. Kira kalo ada benda lupa nak beli kat kedai Ismail tuh rokok ke cekelat ke.. leh je jalan g kedai tuh balik haha~

Tengahari tuh kami gerak ke hotel penginapan kami yang sebenar iaitu Hotel Bella Vista Express. Unfortunately hotel tuh tak la seperti apa yang saya bayangkan pada mulanya huhu~ nasib baik dok semalam dan dok situ pon cam touch n go je. So takde la ralat sangat. Not recommended sangat kat korang. Bilik memang besarrr sangat.. tapi fasiliti sedikit poor. Pantai jauh. Ada kolam renang tapi time saya sampai tuh kolam dia dipenuhi oleh daun-daun berguguran. Tapi kolam nyer cam bersih cuma bila ada daun tuh cam mencacatkan pemandangan sikit la. Tapi ni semua dari sudut pandangan saya tau. Overall dia win sebab still murah pada harga sebab RM128 je semalam. Wiken di masa cuti sekolah lak tuh. So consider boleh laaaa.

Gambar dari intenet.. saya pon tengok gambar ni memula hehe~
Lepas check in.. lepaskan lelah jap terus kuar untuk join kawan-kawan yang len nek kabel car kat Gunung Manchincang. Info pasal tiket dan tarikan-tarikan lain leh view website Panorama Langkawi. Jom layan gambar

Beratur nak nek cable car
Yeay.. dah naik cable car hehe~
Kawan-kawan Prosbocian
Sekejap je kat atas tuh.. layan pemandangan je kan. Lagipun aktiviti kami memang amat padat so tak leh nak stay lama-lama. Semua nak kena balik dan bersiap untuk majlis makan malam pula. Sebenarnya dinner ni la yang menjadi pencetus or penyebab utama kenapa kami sanggup datang jauh-jauh ke Pulau Langkawi walaupun hanya semalam. Nak tau sebab apa? Jap g kat bawah saya citer hehe~

Turun dari gunung tuh kami pulang ke hotel penginapan masing-masing. Time ni baru sedar saya dan hubby dah lebih 24 jam tak tido huhu~ so ingatkan nak tido jap. Bangun kul 7 malam siap-siap pastuh nak ke Pekan Kuah balik. Last-last nah kau kul 8 baru terjaga huhu~ tuh pon sebab kawan bilik sebelah call cakap nak gerak dah haha~ kami plak baru bangun tido. Apa lagi cam lipas kudung la g mandi dan bersiap huhu~

Alhamdulillah.. seb bek sempat sampai sebelum majlis bermula. Majlis yang dijadualkan bermula jam 8.00 malam tuh terganjak kul 8.30 malam sebab tetamu VIP terlewat sikit. Seb baikkkk~ huhuhu~

Muka lega sebab sempat sampai haha~
 Kemudian.. yang ditunggu-tunggu telah tiba.. taraaaaaa~

Ya.. Majlis makan malam kami bersama dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan Perdana Menteri Malaysia. Bangga giler dapat jumpa face to face. Acara makan malam kami santai je.. takder sangat protokol. Siap leh selpi ngan Tun lagi hahaha~ Demi dia la kami sanggup redah perjalanan yang lebih lama dari kami dok kat Pulau ni hihih~

Tun ni senyum je kat semua kamera dan henpon yang amik gambo dia. Takde pon gambo yang nampak dia masam ke hapa. Betul-betul murah dengan senyuman. Kami nak bergambar ngan dia pon takde masalah. Cuma dia kata jangan berebut je hihihi~

Selesai sudah majlis malam tuh. Pas Tun beredar kami pon beredar la ke hotel penginapan masing-masing. Hajat di hati yang nak g berjalan kat Pantai Chenang tuh dalam mimpi je la hahaha~ sebab masing-masing dah tak larat dan penat. Esoknya pepagi dah nak check out dan hadiri majlis AGM Prosboc pula.

Esok paginya seawal jam lapan kami dah turun sarapan kat lobby hotel. Makanan dia kira ok la. Sedap gak. Lepas check out kami terus gerak ke Proton Edar Pekan Kuah tempat dimana berlangsungnya AGM Prosboc dan majlis selesai lebih kurang jam 12 tengahari.

Perwakilan dari Zon SBK (Serdang / Bangi / Kajang). Gambar kat banner tuh adalah Presiden Prosboc yang baru dilantik iaitu Saudara Faiz Comei hehe~ Comei tak presiden kami? Comeiii kannnnn~ (sebutan ala Kak Ton)

Aktiviti wajib.. bergambar beramai-ramai
Udah selesai semuanya kami pon bergerak shopping moping kat Pekan Kuah then terus ke Jeti untuk perjalanan pulang. Alhamdulillah selamat sampai di Klang jam 2.00 pagi lepas transit kawan-kawan kami di KL. Memang pengalaman berharga la sebab jumpa Tun M. Kira salah satu wishlist hidup saya untuk berjumpa dengan idola saya tuh dah tercapai hehe~

Beberapa hari lepas tuh.. berita majlis makan malam kami keluar di akhbar Kosmo. Tapi muka saya tak nampak.. sedih~ Dem yuhhh Abang Jai hehehe (lelaki kacak berbaju biru kat depan saya tuh)

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



No comments: