21 April 2015

♥ Rumah Selangorku : Pangsapuri Azaria dan Asteria


Sila rujuk N3 saya ----> ♥ Istana Kecil Kami : Cara Memohon Rumah Selangorku untuk mengetahui tentang cara pendaftaran dan syarat-syarat. 

Untuk pendaftaran dan permohonan secara online anda boleh klik di sini


Untuk makluman pada 28 Mac 2015 yang lalu telah dilangsungkan acara pecah tanah di bersebelahan perumahan saya untuk pembinaan Rumah Selangorku Jenis C (800 - 899 kp). Acara tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali.

Pada kawan-kawan yang berminat boleh la memohon secara online. Berikut adalah sedikit info berkenaan pangsapuri-pangsapuri tersebut


Nama Projek
PANGSAPURI AZARIA, BANDAR PARKLANDS (JENIS C)
Jenis
RUMAH SELANGORKU JENIS C 800-899 kp
Lokasi
BANDAR PARKLANDS, KLANG
Tarikh Jangka Siap
30 / 04 / 2018
Daerah / Mukim
KLANG
Nama Pemaju
GABUNGAN EFEKTIF SDN. BHD.


Nama Projek
PANGSAPURI ASTERIA, BANDAR PARKLANDS (JENIS C)
Jenis
RUMAH SELANGORKU JENIS C 800-899 kp
Lokasi
BANDAR PARKLANDS, KLANG
Tarikh Jangka Siap
30 / 04 / 2018
Daerah / Mukim 
KLANG
Nama Pemaju
GABUNGAN EFEKTIF SDN. BHD.


Untuk memohon Rumah Selangorku Jenis C.. terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon iaitu :

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.

Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

Pada rakan-rakan yang berminat dan layak boleh memohon secara online. Semestinya ia adalah hartanah yang berbaloi untuk dimilik dan masih lagi boleh didapati dengan harga yang mampu milik dan mampu bayar hehe~ Nilai hartanah di kawasan ni memang sedang meningkat naik ekoran lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan lebuhraya-lebuhraya utama seperti KESAS dan SKVE.

Moga ada rezeki kita semua untuk mempunyai rumah sendiri. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



No comments: