Pada 24 hingga 26 April 2015 yang lalu.. kami sekeluarga bersama-sama lagi tiga (3) orang rakan bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Percutian yang amat menyeronokkan walaupun pada mulanya terjadi perkara-perkara yang mengecewakan kami sedikit tapi alhamdulillah.. mungkin ada kebaikan kami pada masa lalu yang Allah balas dengan membantu kami yang sedang menghadapi masalah pada ketika itu. Nanti saya akan cerita lebih lanjut.
Im so excited. Rasa nak citer macam-macam. Banyak benda nak kongsi. Boleh dikatakan percutian kami kali nih lebih baik dari percutian kami ke Pulau Redang pada dua (2) tahun lepas. Yang tuh boleh baca kat N3 kami ♥ Holiday : Pulau Redang ya. Citer saya ni saya dah bayang nak citer banyak part. Pasal penginapan kami.. Pasal aktiviti.. Pasal makan kami hahaha~ coz there are so many thing yang nak diceritakan. Untuk Part 1 ni saya citer pasal perjalanan kami dan insiden yang berlaku kat kami masa memula kami sampai kat jeti ok.
Mengikut perancangan kami bercuti dengan menempah pakej yang kami jumpa di instagram selepas puas meriki-riki pakej yang paling terbaik dan berbaloi. Kalo kawan-kawan perasan.. kami biasanya holiday budget je. Asal selesa dan bersih shud be ok for us.
Pada mulanya kami menempah Pekej Libur Perhentian Budget dari @pakej_libur_termurah di instagram. Lepas puas meriki ini lah pakej yang lengkap dan paling murah. Ia murah sebab kami akan dok di budget hotel.. jauh sikit dari laut.. kena jalan ke dalam sikit. So kami yang memang mencari pakej yang bajet-bajet terus setuju dengan harga dan siap bayar deposit. Pasal berjalan dan kedudukan hotel yang sedikit jauh ke dalam tuh kami tak kesah.
Pada Khamis malam (23 Mei 2015) kami memulakan perjalan dari KL. Kami naik satu kereta bertujuh. Saya gerak dari Klang transit di rumah kawan di Ampang dan terus shut ke Jeti Kuala Besut. Gerak pada jam lebih kurang 10.00 malam dan kami sampai lebih kurang jam 5.00 pagi. Driver setia kami aka my hubby bawak rilek je. Banyak kali berhenti kat R&R gak rasanya. Saya tak perasan sangat sebab syok tido kat belakang ngan anak-anak haha~
Bila dah sampai di area jeti akan ada driver-driver moto yang akan kejo anda untuk sajes tempat parking. Jangan ingat dorang nak rompak lak haha~ dah la pepagi buta kan. Dorang akan tanya kita amik pakej dengan sapa dan dorang akan bawakkan ke agensi pelancongan yang berkenaan. Kami turunkan barang dan dia akan bawak ke tempat parking pulak. Saya tak folo g tempat parking tuh tapi hubby kata tempatnya elok siap berbumbung dan berpagar. Kira selamat la. Rate parking lak RM10 sehari so kami kena RM30 la untuk tiga (3) hari. Mat moto tadi akan bagi resit siap dengan no phone dia. Nanti bila balik ari Ahad juz call him dan dia akan datang ke jeti.
Dari kul 5.00 pagi nak tunggu bot kul 9.00 pagi memang bercinta la kan. Tapi jangan risau.. agaknya memang dah jadi kebiasaan orang sampai awal pagi cam kami kat situ so kedai-kedai makan dia dah mula bukak subuh-subuh tuh. So boleh dok sarapan lu.. segarkan mata dan badan. Lepas sarapan kami berehat lak di agensi pelancongan tuh sementara tunggu bot. Hubby yang dah drive sepanjang perjalanan bantai tido. Kesian dia. Tapi selesa la gak sebab ada sofa empuk untuk kami rehat-rehat.
Sementara nak ke jam 9.00 makin ramai orang berkumpul kat situ. May be dorang pon datang dengan agensi pelancongan yang sama. Jam 8.00 pulak kami gerak ramai-ramai ke jeti. Sampai kat sana kami diminta duduk dan tunggu jap sementara dia setel grup by grup.
Tapi dah lebih jam 9.00 dia masih tak panggil-panggil kami masuk untuk naik bot. Kalo ikut tentatif jam 9.00 pagi sepatutnya kami dah gerak dari jeti. Kami ni dah la penat datang dari jauh nak menunggu pulak. Memang membara je la kan. Bila lambat sangat saya panggil orang yang incas kami dan dia maklumkan tempahan kami ada masalah. Gilerr~ bukan dekat kot. Takkan nak patah balik KL semata.
Secara ringkasnya masalah kami ialah bilik kami telah dibagi kepada orang lain. Pastuh yang bertambah anginnyer pihak Pakej Libur tuh kata dia dah dapatkan hotel lain tapi mahal sebab resort dan dia soh kami tambah bayaran. Itu takpe lagi tapi yang kami bengang dia kata DEPOSIT TAK DIPULANGKAN. WTF. Salah dia tapi nak burn deposit kami lak. So berganda-ganda la kami kena bayar. Bengong ke apa.
Memang mintak maki la kot. Tapi saya sabarkan lagi sebab malas nak matikan mood holiday. Dia kata ada bilik tadi syukur alhamdulillah tapi op kos kami nak deposit kami balik. Lepas abih bincang dalam keadaan marah yang terkawal so kami setuju untuk bayar fully pakej baru pada harga RM340 seorang dewasa dan RM 170 kanak-kanak. Dan dia pulak akan pulangkan sebahagian deposit kami iaitu RM40. So kira kos kami ke sana is RM 320 la. RM340 - RM40 (pulangan deposit) + RM20 (burn deposit). Malas nak pikir banyak kami amik je. Sumpah seranah memang dah berbakul dah pergi kat dia. Tapi kami syukur gak sebab dia tak lari dari tanggungjawab. Still uruskan kami sampai selesai. Tapi time marah kan memang tak pikir apa la.
Kira cam kami datang tak bayar deposit.. kena kuar lagi duit untuk bayar semuanya. Dah la ATM takde. So kami kolek antara kami untuk cukupkan bayaran. Frust giler time tuh. Budget nak belanja kat pulau memang abih la. Bila kaki dah jejak dalam bot dan dah mulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.. angin laut tuh sedikit sebanyak dapat la kurangkan api kemarahan dalam diri kami masing-masing hahaha~ At lis holiday kami dapat diteruskan walau ketika tuh kami tak tau camner la bilik kami dapat nanti.
Perjalanan ke pulau mengambil masa lebih kurang tiga puluh hingga ke empat puluh minit menaiki bot laju. Rasa nak patah tulang punggung bila bot melambung-lambung. Terentak-rentak kami huhuu~ Perut pon rasa geli-geli hahaha~ Memang tak digalakkan la kepada ibu mengandung dan orang tua. Tapi kalo orang tua yang adventure boleh kot. Tahan tak tahan je la. Tapi anak saya ok. Dak adik siap gelak-gelak ngan menceceh apa ntah sepanjang perjalanan. Tapi best sebab sepanjang perjalanan kita leh tengok banyak bot-bot lain yang tuju ke pulau yang sama. Cam nak g serang pulau je hehe~ Tengok view yang sungguh indah ciptaan Allah swt. Nak amik gambo? memang takde la. Punggung pon kengkadang tak jejak kat kusi camner nak amik haha~ Dok pegang anak je takut tercampak lam laut huhu~
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi. Pasni pasal penginpan kami pulak.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment