06 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 2

Ada beberapa minit nak abih keje ni sesaja skrol bloglist.. then baru perasan citer pasal rumah saya terbengkalai rupanya haha~ beria la dulu buat N3 ada part 1 bagai alih-alih Part 1 je la sampai skang hahaha~

♥ Istana Kecil Kami : Part 1 @ 3.10.2012 (Klik Sini)

Haha~ setahun dah u ollsss~ hampeh tul. Ok skang saya sambung part-part yang berikutnya ek. Kalo rasa panjang kang saya pecah la ikut part-part yg seterusnya. Kalo tak ini je la part yang kedua dan terakhir hehe~

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah swt sesungguhnya perancangan Dia adalah yang paling baik dan hebat. Kita hanya mampu merancang yang kita rasa dah cukup baik untuk kita. Tapi kadang-kadang kita sedih bila yang terjadi tak seperti apa yang dirancang tanpa kita sedari sebenarnya Allah swt dah rancang yang lebih baik untuk diri kita.

Saya mula membeli rumah kami pada bulan Oktober 2012 dengan harga RM42,000 dan hanya merupakan flat kos rendah tiga (3) bilik. Tapi kami happy sebab rumah sendiri dan tak yah menyewa. Kami beli rumah ni dengan cara bayar sedikit-sedikit mengikut progress rumah. Memang senak dan payah sebenarnya tapi alhamdulillah dengan bantuan keluarga dan simpanan akhirnya rumah dah siap dan dah abis dibayar. In sya Allah boleh buat pelaburan untuk masa depan. Rancangan kami dalam tempoh 5-10 tahun lagi kami akan cari rumah yang lebih baik dan rumah ni boleh kami sewakan. Aminnn~

Mengikut perancangan pemaju masa tuh rumah akan siap pada bulan Februari 2014 so that kami dah buat perancangan awal untuk pindahkan dan mulakan sesi persekolahan kakak tahun 2014 di Klang. Dia akan duduk dengan parents saya di Taman Sri Andalas. Kami tak nak la bila bulan Februari tuh kami nak pindah dia kena start all over again di tempat baru di pertengahan tahun. Susah pulak dia nak catch-up kan? 

Motip lain yang kami nak dia dok di Klang ialah sebab kos persekolahan dia is waaaayyyyyyyyyyyyy much cheaper dari KL. Bayangkan duduk di KL saya perlu bayar RM280 sebulan untuk yuran tadika (+) RM50 untuk tambang pengangkutan ke rumah pengasuh selepas waktu persekolahan. So total kat situ je dah RM330 sebulan. Belum lagi bayaran pengasuh untuk adik dan kakak berjumlah RM500 sebulan. Kat situ je nearly RM 1,000 sebulan belum masuk lagi susu, pampers atau keperluan lain.

Tapi di Klang, total yuran kakak tuh saya boleh bayar yuran Tadika RM140, yuran Sekolah Agama RM100 (swasta), dan upah mengaji RM30. Transport ayah saya yang uruskan hehe~ ayah saya kan pesara berjaya dok lepak kat umah je tunggu duit pencen hihi~ semua tuh baru RM270. Skang tambah pengasuh adik RM200 sebulan total keseluruhan is RM470. Berbeza sungguh kan kos sara hidup di bandar KL dan bandar Klang? Di klang saya siap boleh anta kakak ke sekolah pagi petang. Oh ya sekolah agama tuh adalah sekolah swasta so dia boleh join kelas untuk Darjah 1. Mining pagi sekolah tadika 6 tahun petang pulak dia sekolah agama darjah 1. Alhamdulillah si kakak terang hati dan boleh terima kedua-duanya dengan baik.


My girl masa first day sekolah awal tahun arituh

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Rancangan nak berpindah ke Klang pada awal tahun ditentang oleh ibu saya sebab dia suruh saya tuka keje dulu baru pindah ke Klang. Dia tak nak saya penat hari-hari ulang alik keje KL tapi dapat pindahnya tak tau lagi. So dengan berat hati saya turutkan jugak. Tapi tuh la ibu kita kan? syurga kat bawah tapak kaki dia.. nasib baik saya tak pindah rumah awal sebab rumah saya tuh yang dijangka bulan 2 2014 siap terlajak sampai ke bulan 6 baru dapat kunci. Ada masalah CF pada mulanya namun dapat diselesaikan akhirnya. Alhamdulillah~

Then hubby cakap alang-alang dah tengah tahun dan dah nak puasa dan raya.. kita renovet la sesiap sebelum duduk. No rushing. Kami tak buat major renovation pon.. umah flat kan apa yang nak direnovet sangat. Kami cuma tambah tiles seluruh rumah, buat table top dapur, cat bilik anak-anak, electric works such as lampu kipas bagai dan power utk ekon dan water heater.. tuka pintu depan bagi yang kukuh sikit dan pasang grill. Siap! tuh pon sebulan gak baru nak siap huhu~ Ni pon nak dekat RM10k berabih huhu~ pejam je la mata tabahkan je la hati.

Macam terpanjang la plak N3 nyer hehe~ Nanti sambung kat Part 3 plak ek.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



2 comments:

Unknown said...

K.era...cte la proses pembelian umah dri A smpai Z... blh bg inspirasi kt kami tuk bli umah nnt... =)

Mrs Faez said...

To FaizatulIzzaty

In sya Allah. Next N3 saya akan up pasal proses permohonan ya. Thanks for the idea =)