♥ Futsal Tonemen : Inter Saga Club

Pada hari Ahad (23.11.2014) semalam telah berlangsung Pertandingan Futsal Antara Kelab-Kelab Saga di KSL Sports (Setapak) atau dahulu dikenali sebagai Centermart Futsal (Setapak). Pertandingan yang melibatkan 7 (tujuh) kelab kereta saga blm ini dianjurkan oleh kelab FLOC (FL Owner Club). Kelab-kelab yang mengambil bahagian selain dari FLOC sebagai penganjur adalah 
  • Prosboc (op kos masuk kalo tak.. takde la saya nak buat N3 ni hehe~)
  • Saga Tegarianz Owner Club (STOC)
  • X-Treme BLM FL Club (X-Treme)
  • Malaysia Saga SV Owners Club (Mysvoc)
  • Saga Stylo Owners Club (Styloc)
  • G.S.O.C (tak jumpa stand for what huhu~)  
Nama pon blog ahli Prosboc op kos la citer dan gambar lebih menjurus kepada kelab kereta saya sahaja hahaha~ Jangan marah haaaaa~

Tonemen yang dijadualkan bermula jam 9.00 pagi katanya terbabas sampai ke kul 10.00 lebih huhu~ Dah la dok jauh skang.. gerak dari Klang kul 7 lebih kot sebab kena sampai kat sana jam 8.30 pagi katanya tapi nan hado huhu~ Sebab ingat dah lambat sempat beli roti ngan air je kat petronas. Kebulur sehari suntuk.. Last-last kami hanya dapat makan kat event graduasi kakak je. Yang tuh nanti saya citer kat next N3.

Sedikit info tentang event ni.. setiap kelab akan menghantar dua (2) team so total 14 team la kesemuanya. 14 team ni pula dibahagi kepada empat (4) kumpulan dan akan bermain secara liga. So lepas dibahagikan.. dua (2) kumpulan akan ada empat pasukan (4) dan dua (2) kumpulan akan ada tiga (3) pasukan. But still top two (2) setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir. Untung la yang satu kumpulan tiga (3) team je tuh huhuhu~ Untuk Prosboc.. kelab saya diwakili oleh Zon STS (Sentul / Setiawangsa / Setapak) dan Zon SBK (Serdang / Bangi / Kajang).

Zon SBK
Hensem sungguh player no 30 tuh hehe~
Zon STS
Prosboc's Team
Sesi memanaskan badan
Alhamdulillah kedua-dua team Prosboc berjaya menjadi johan di peringkat kumpulan dan mara ke peringkat suku akhir.. wooohoooo~

Road to FINAL !!!
Selepas melepasi peringkat suku akhir dan separuh akhir.. akhirnya kedua-dua wakil Prosboc melangkah ke peringkat akhir. Berjumpa sesama sendiri huhu~ mengimbau kembali kenangan perlawanan futsal di tonemen Interzone Prosboc hehe~ Akhirnya pada kali ini kemenangan berpihak kepada Zon SBK dan Zon STS muncul sebagai Naib Juara.. tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Yang sedihnya hubby tak dapat tunggu sehingga penyampaian hadiah sebab kami nak kena bergegas balik untuk menghadiri Majlis Graduasi kakak. tapi takpe la ada rezeki lain rupanya malam tuh hehe~

Tahniah kepada semua pemain yang mengambil bahagian.. tak lupa juga kepada penyokong-penyokong (termasuk saya) yang dok terjerit-jerit memberi sokongan dari tepi gelanggang hehe~ sakit tekak sebab dedua nak kena sokong hehehe~ Tapi alhamdulillah kemenang berpihak kepada Prosboc. So kita jumpa di tonemen futsal interzone pulak next year ok!

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

0 comments:

Followers


up