06 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 3

♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)

Alhamdulillah.. bulan Mei 2014 kami dapat surat untuk datang kolek kunci rumah. Time tuh rasa lega tuh tak dapat nak bayang camner. Lega sebab tak lama lagi kakak dah boleh duduk balik dengan kami.. lega sebab akhirnya rumah tuh dah jadi hak mutlak kami dan yang pasti lega sebab akhirnya kami dah ada rumah sendiri (walaupun kecik) Alhamdulillahhhh~ yippiiiiii!!!!

Jom amik kunci umah
Tiada yang lebih menyeronokkan anak-anak selain taman menan sebelah umah je.. jengok kat tingkap dah nampak
Lepas dah selesai semuanya.. kunci pon dah dapat cuma nak tinggal proses renovet je.. so saya rasa inilah masa yang paling sesuai untuk saya mintak tukar. Al maklum la keje gomen mintak tukar kena lalu HRMIS bagai pastuh bukan mintak arini leh dapat esok. Setahun tunggu pon belum tentu leh dapat. Ikut rezeki masing-masing. Tapi takpe lah as long rumah dah siap bebila kena tukar pon saya dah ready.

Bismillahhirrahmannirrahim~
Alhamdulillah sebelum bulan puasa rumah kami dah siap renovet sepenuhnya. Skang mula pikir nak kena beli barang-barang keperluan rumah ekspeceli perabut huhu~ Maklum la dulu dok quarters tentera lima (5) tahun masuk berlenggang bawak beg baju ngan barang letrek je sebab fully furnished. Skang sumer nak kena beli balik huhuhu~ Tapi mustahil la kalo nak beli semua sekaligus kan huhu~ So saya beli yang penting-penting dulu. Cam sofa dan set bilik tidur kami je. Yang lain tunggu next gaji hehe~ Nasib baik kawan saya ada contact tukang kayu dari Muar. Saya beli set meja makan empat (4) kusi dengan harga hanya RM200 sahaja. Murah kan?

Maaf.. hubby cam seksi sikit hehe~ berpeluh-peluh pasang meja makan hehe~
Anak-anak berlengeng sebab panas umah takde langsir haha~
Tapi masa ni kami belum pindah umah lagi. Wiken je balik sini sebab nak bersahur dan buka puasa dengan kakak. Oh ya tahun ni kakak pertama kali berpuasa dan alhamdulillah dia berjaya berpuasa penuh sebulan. Walaupun kengkadang kesian tengok sebab rasa cam tak bermaya sangat ekspeceli time hari sekolah tapi hasil pujukan Awe dan Ayahwe dia berjaya jugak berpuasa. Tapi moral of the story untuk kakak time poser.. jangan bawak dia ke bazaar ramadhan sebab dia tak tahan hahaha~ Walaupun tinggal lagi berapa jam je nak berbuka. First day puasa arituh saya bawak dia ke bazaar konon-konon sebagai upah la dia berjaya puasa penuh untuk hari pertama so dia boleh pilih nak makan apa. Alih-alih balik sampai rumah terus nak makan sebab tak tahan sangat dah. Sampai nangis-nangis. Walhal time tuh nak kat kul 7 dah kot. At last my hubby bawak dia jalan-jalan naik motor keliling kawasan rumah sebab nak bagi dia leka hahaha~ lima minit nak buka baru balik pastuh terus soh dia mandi dan berbuka hahaha~ adoiyaiii kakak ni. Tapi alhamdulillah dia berjaya jugak berpuasa penuh sebulan. Syukur ya Allah.

Bila rumah dah siap dan semuanya makin lengkap makin kuat lak hasrat hati nak pindah. Time tuh dah tak pikir dah kalo saya pindah saya kena bangun kul 4.30 pagi.. keja train kul 6.00 pagi.. perjalanan dua jam pergi dan balik keje.. balik umah sampai kul 8.00 malam. Cam redha jer. Happy sangat kot dok umah sendiri kan. So dah bincang abis-abis ngan hubby kami tekad untuk pindah ke Klang pada 24 Ogos 2014. Ni kira fasa pertama la iaitu proses angkat barang. Tapi lepas tuh kami still tinggal seminggu kat quarters sebab ada proses-proses yang perlu dilalui sebelum keluar secara rasmi. 

Yang tuh nanti saya ceritakan di next N3 yer. Wah akan ada Part 4 laaa~ hahaha~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



No comments: