Alhamdulillah rezeki anak-anak dan bisnes.. ada rezeki untuk kami sekeluarga upgrade pengangkutan seharian daripada Saga BLM kepada Produa Alza SE. Lebih luas dan selesa untuk kami sekeluarga dan yang penting auto haha~ baya-baya skang ni dah tak larat nak layan manual car lagi huhu~
Sebagai rezeki tambahan pula.. sekarang ni pihak Produa tengah giat mempromosikan tawaran terbaru mereka iaitu Jom Beli : Rebate RM2,500* Promosi ini terhad kepada beberapa model terpilih sahaja dan tawaran sah sehingga 31 Disember 2014. Untuk maklumat lanjut boleh ke showroom Produa yang berdekatan dengan anda yer.
Lepas puas bincang suami isteri kami sepakat memilih Produa Alza SE 1.5L Automatic warna Passion Red (Metallic). Untuk makluman kawan-kawan.. harga On The Road (OTR) untuk Alza SE Auto Metallic adalah RM59,913.50 dan untuk solid adalah RM59,413.50. Boleh klik link kat atas untuk maklumat lanjut yer.
Untuk nampak lebih sporty dan bergaya.. beberapa ciri-ciri baru telah ditambah ke model Produa Alza yang terbaru ni. Boleh usha kat sini yer ---- Exterior Produa Alza SE. Memang ossem sangat-sangat dan lawa la berbanding Alza versi lama.
Untuk maklumat tambahan, Produa Alza SE ni datang dalam lima kaler yang berbeza dan kesemuanya memang amat menawan kalbu.
Ok.. mesti kawan-kawan tertanya-tanya kat mana rebate RM2500 tuh? Ok rebate tuh akan ditolak dari bayaran pendahuluan keta. Tapi untuk Produa Alza.. harga rebate berbeza mengikut variant iaitu RM1,500 untuk Produa Alza Standard, RM2,000 untuk Produa Alza SE dan RM2,500 untuk Produa Alza Advance. So sebab kami amik variant SE kami dapat rebate RM2,000 la.
Skang masih dara lagi kereta tuh. Lum sempat buat apa-apa pon lagi. Tinted pon terang. Kawan-kawan dok bahan keta cam akuarium hehehe~ Nanti la tunggu ada rezeki lebih sikit kami tambah la apa yang
Now plan nak g daftar kelab lak hahaha~ Jom daftar MAOC (Malaysian Alza Owners Club) hehehe~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment