Antara masalah yang sering menghantui mak-mak yang ada anak sekolah --- KUTU !!!
Adoiiyaiii tak tau nak cegah camaner lagi dah.. mygirl ni jenis kes berulang. Dah puas ibu ayah dia bersihkan sampai ke lobang kutu.. kang selang seminggu dua dia ada balik.. hmmm~ Kami saspek dia dapat dari rakan-rakan sekolah tadika la kot sebab sekolah agama pakai tudung. Kat umah pengasuh pon takde kes kutu. So memang confirm mendapat dari sekolah pagi.
Macam-macam ubat dah guna sampai saya penah potong pendek rambut kakak awal tahun dulu. Takkan nak botakkan pulak kan? Kesian dia sebab tergaru-garu. Lagi-lagi kalo cuaca panas memang terkeruk-keruk la. Tido pon camtuh. So nak tak nak ibu ayah dia ni la yang kena rajin menggodek rambut dia tiap-tiap wiken. Hari kerja biasa memang tak sempat la kan. Nak hilangkan terus mungkin tak tapi usaha la agar benda tuh berkurangan dan sekurang-kurangnya takde kutu hidup atas kepala dia.
Bab kutu hidup takde masalah.. sikat je pakai sikat kutu tuh memang berlari-lari la dia atas tuh. Masalahnya skang tang telur tuh sebab tak sangkut kat sikat. So kami berdua kena gigih la cabut satu-satu dari rambutnya huhu~ Memang tak larat tapi gigih jugak cabut sebanyak mana yang boleh. Kalo tak sampai kesudah pon masalah takkan selesai huhu~
Skang ni saya guna ubat kutu nih yang saya beli kat farmasi. Ada dua botol dalam satu kotak iaitu gel dan syampoo. Lupa pulak berapa harganya. Tapi pharmacist kat kedai tuh sajes yang nih la. The best katanya. So kami try la. Boleh kata semua ubat kutu yang kami beli (ada la dua tiga jenis yang berlainan) sama je modus operandi nyer. Lumur kat kepala.. biokan beberapa minit.. then syampoo. Tapi tuh la semua berkesan kat kutu hidup je.. Telur kutu tuh still bergayut kat rambut.
Dalam kotak ada dua (2) botol, cara penggunaan dan sikat |
Haha~ saya balut ngan plastik pasar je.. dia memang berlenging bila proses membunuh kutu sedang dijalankan hehe~ |
Sedikit info berkenaan kutu pada kanak-kanak boleh dibaca di Baby Center. Bila baca cam menakutkan plak haha~ Cuba bayangkan kutu boleh hidup sampai 21 hari dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis. Gila banyak!!! pernah cabut kemuncup kat suar sukan time sekolah lu? camtuh la banyaknya huhu~
Setakat apa yang saya baca kebanyakan petua adalah untuk menghilangkan kutu (which is bukan masalah besar pada saya skang) bukan petua untuk menghilangkan atau menanggalkan telur kutu. Takpe saya akan terus menggugel hingga berjaya. Sambil itu still pratikkan cara manual iaitu sikat dan cabut huhu~
Kalo kawan-kawan ada petua atau cara paling senang nak tanggalkan telur kutu tuh boleh la share kat bahagian komen yer. No ridsect or petua minyak tanah. Takut merosakkan rambut. Hopefully ada petua-petua lain yang lebih mudah dan pratikal. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
2 comments:
Sama la kita....dok berulang je....letih la..kesia pala pun ye dok kena shampu dgn racun serangga je...kite rawat tp parent lain x buat..huhu
to eima
aah. tuh pon prob gak. kita beria godek rambut anak kita sampai bersih tapi nanti ada balik sbb parents lain x sedar or x buat apa pon bila tau anak dorang ada kutu huhu~
Post a Comment