♥ Malam Anugerah Popular Prosboc 2012

Cam biasa, setiap tahun kelab kereta saya Prosboc akan adakan event dinner akhir tahun. Tarikh keramat is on 31st December each year coz untuk sambut tahun baru sekali. Cam last year untuk tahun 2011 tema kami ialah Back To School, tahun 2010 tema Malam Pesta Muda Mudi [Takde N3 la plak huhuhu~] dan tahun 2009 tema Malam Aneka Ragam [pon xde N3 gak huhuhu~]

Tahun nih tema ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian haha~ sesuai la ngan kapasiti member kelab kami di seluruh Malaysia yang menjangkau ribuan ahli. Boleh la nak wat malam anugerah camnih. Pemenang semua berdasarkan undian dari rakan-rakan. Mana yang rajin turun TT, langgor TT zon len, post dan komen kat group FB dan senang citer yang mana muka memang bersepah kat mana-mana hahaha~ boleh la menang. Peringkat pertama.. setiap zon akan hantar senarai pencalonan lu. Boleh calonkan ahli zon sendiri atau zon luar. Bila dah di short-listed kan.. baru la bukak untuk undian dari semua ahli prosboc yang berdaftar sahaja. Kawan-kawan, pasangan, anak, jiran sebelah atau orang-orang yang lain tidak layak untuk mengundi huhuhu~ so maknanya yang boleh undi cuma hubby je la.

Peringkat kedua akan bermula pada awal bulan Disember. Keputusan pula akan dimaklumkan pada malam dinner nanti. Tuan tanah kedaung aka zon pengelola untuk event dinner tahun nih ialah zon CRS [Cheras / Pandan Indah]. Event akan diadakan di Pusat Belia Cheras. Harap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang sebab nampak zon pengelola amat berusaha untuk menjadikan event kali nih berjalan dengan lancar dan berjaya seperti event-event tahun lepas. Chaiyok!

Yang pening bagi kami laki bini is pakaian huhuhu~ tak tau nak pakai apa malam tuh. Tema malam anugerah mestilah glemer-glemer lip lap lip lap bagai. Hajat di hati nak pakai long dress tapi takut takde saiz huhuhu~ Nanti la bila nak dekat event nanti baru la mula mencari dan hopfuli akan jumpa yang berkenan di hati.

Tapi for my kids.. memang amat senang jumpa hahaha~ cuma sediakan ongkosnyer saja. Harga memang over budget dan hubby pon dah menjeling. Dia kata beli memahal tapi nak pakai sekali je.. pas-pas nih tak tau bila nak pakai lagi. Saya bagitau hubby takpe sebab saya ingat nak wat sewa pasnih. Baju-baju nih sesuai untuk pakai masa wedding kalo kanak-kanak jadi flower girl ke or any event yang dorang kena dress up like prince and princess. May b next year besday dorang leh wat tema tuh dan saya gak beri beberapa alasan lain yang saya rasa boleh diterima pakai hahaha~ [nak beli punya pasal kan hihihi~]. So inilah baju anak-anak saya nanti. Beli kat FB je. Bayo arinih sok dah sampai opis.. laju sungguh.. Picture taken from my instagram. Jemput folo ek juz search eraniza.



Long white dress with big red ribbon untuk kakak dan tuxedo suit untuk adik. Komplit set siap inner dan jacket. Bow tie pon dapat dua kaler merah ngan itam. Comel sangatttttt!



 Tak menyabo.. balik keje then amik anak-anak.. sampai umah terus soh dorang try hahahaha~ Now just nak cari kasut itam berkilat untuk both of them. Baru la sesuai digayakan dengan baju nih hihihihi~ eksaited sangat!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Nak citer pasal my parents yang baru pulang dari haji, citer pasal my small house dan banyak lagi. But for now nak setelkan keje opis lu. Tata 



0 comments:

Followers


up