Nop! nih bukan N3 review. Saya belum tengok lagi hihihi tapi teringin sangat nak g tengok. Tapi semenjak ada anak kecik nih kan waktu senggang nak g tengok wayang amat lah terhad. Adik masih belum merasa pengalaman masuk wayang [ayahnyer belum terbukak hati nak bagi bawak lagi huhuhu~]. So terpaksa la pendam je hasrat kat hati nih.
Sebenarnya harinih dah menyuarakan niat kat hubby nak g tengok citer nih kat Wangsa Walk malam kang. Kakak still kat Port Dickson ngan Ayahwe dan Awenyer. Adik lak may b leh tinggal kat umah pengasuh but kami kena amik time yang paling awal la around pas maghrib camtuh. So dat takde la lambat sangat nak amik adik nanti. Dah search movie time kat Web TGV tapi yang ada cuma kul 7.10 malam. Bila bagitahu hubby dia kata tak konpom sempat ke tidak nak g tengok sebab may b dia lambat skit balik harinih huhuhu~ sedihnyerrr. Next movie lak kul 9.20 malam. Cam dah lewat sangat pulak hmmm~
Pas tengok Tomok jadi jemputan untuk promot citer nih kat citer Malaysia Hari Ini (MHI) harituh dah terasa nak sangat g tengok. Siyes saya ngaku yang paling buat saya nak tengok sesuatu citer or drama adalah sebab lagu temanyer. Yer betul.. Sebab tuh.. Sejak saya amalkan prinsip nih [lagu best.. citer konpom best] ia tak penah menghampakan hahaha~ leh lak camtuh kan? Cam citer Lagenda Budak Setan 1.. saya minat sangat lagu tema dia siap buat ringtone lagi tapi citer Lagenda Budak Setan 2 cam tak berapa minat lak huhuhu~ lagu cam tak best huhuhu~ tapi may b sedap pada pendengaran orang len la kan. Selera orang berbeza.
Lagipun saya suka citer-citer romantik komedi nih.. citer yang rileks dan tak berserabut. Citer adventure cam Lord of The Rings.. James Bond (siri yang baru).. trenpomer.. pon saya minat. Tapi citer bunuh-bunuh.. seram.. makan-makan orang memang out of list saya. Buang duit je g tengok.. lagi banyak pejam mata dari bukak mata masa tengok citer hahaha~
Now saya memang nak sangat tengok citer Istanbul Aku Datang nih. Must plan a good time with hubby nanti hihihi~ pujuk dia lagi sampai jadi hihihi~. Jom layan trailer dan lagu tema filem nih iaitu Aku Datang - Nyanyian Tomok
Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku
Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh
Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar
Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju
Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar
Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju
Aku datang kepadamu
Kepadamu
No comments:
Post a Comment