26 November 2012

♥ Airasia Birthday Bash : Johor

5:41 PM 2 Comments
Tiba tepat pada masanya.. hoyehhhhh!!! Bulan Januari dah plan untuk ke Legoland then boleh pulak Airasia bukak promo 11 sen nih. Terus sambar la apa tunggu lagi kan. Pergi balik sorang RM55.22 je hoyehhhhh!!! Saya amik untuk 4 dewasa + 2 kanak-kanak + 1 baby total tak sampai RM500 untuk g balik. Saya bawak my parents je naik flight. Adik-adik saya soh drive bawak alza dr Klang hahaha~ Kalo tak nanti kat sana takde transpot lak kan.

So dis will be first experience untuk adik dan kakak nek flight. Hope they behave themselves la lam pesawat nanti. Mesti dorang suka. Hopfuli adik dah leh jalan so dat tak yah usung keta sorong dia. Leh soh adik saya bawak nek Alza je nanti.


Cant wait for our family vacation next year. Dis time saya dan adik lelaki saya yang sponsor all the family members g bercuti. Sebelum nih my father je yang asik kuar duit. Nih pon tak bagitau dia coz we know kalo bagitau dia mesti dia takmoh kami kuar belanja. So this will suprise him la nanti. Tapi konpom makan sepanjang disana nanti ayah yang nak bayar huhuhu~ dia tak sedap hati kalo anak dia yang kuar belanja sumer kot huhuhu~


So pada kawan-kawan yang ada plan nak bercuti tuh.. jadual cuti sekolah dan cuti umum pon dah tau.. jadual gaji pon dah tau.. boleh lah start plan kan? Hope you guys pon dapat abihkan masa bergembira dengan family member masing-masing. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata~




♥ Prosboc Calendar For 2013

3:46 PM 0 Comments
 Jadual gaji next year dah kuar. Jadual aktiviti kelab keta saya a.k.a Prosboc pon dah kuar. Penuh aktiviti sepanjang tahun depan dan vanue nyer wallahhhhhhhhh~ dari utara ke selatan. Start dengan tonemen bowling interzone di Kedah & Perlis [Zon KPC & RPC] + Chinese New Year & Futsal di Sentral + AGM di Genting Highlands + Megaraya di Kelantan dan diakhiri ngan Dinner akhir tahun di Melaka huhuhu~ Puas la berjalan tahun depan.




♥ Review : Bayou Lagoon

11:04 AM 2 Comments
 Kami sampai kat Bayou Lagoon (BL) lam kul 5 petang terus check in. Yap memang resort baru so dat ia amat bersih dan staff amat frenly dan cekap. Siap ada staff yang tolong bawak beg kami g bilik hihihi~ Orang pon leh tahan ramai sebab pasan Maybank Muar pon ada wat family day kat situ. Staff ramai melayu so memang semuanya bercakap polite je dan helpful hihihi~



Picture taken from my #HolidayBuddy Instagram ---> @missleeya

So seperti yang dah diceritakan kat sini, kami amik apartment 2 bilik. Ok lah selesa.. takde la besar sangat dan tak pulak kecik sangat. Sedang elok la. Dedua bilik ada katil queen. TV ada Astro Ria + Supersport. Which is what makes our hubbies very happy coz malam tuh ada game MU. As record.. we ols sumer MU Fans hihihi~ [errr~ not me kot.. saya lalang hahaha~]

Dok rilek-rilek jap kat bilik.. jenguk kat tingkap dah nampak sipi-sipi kolam renang dia. My hubby siap tarik langsir tutup tingkap tuh coz takmoh bagi my girl nampak. Kang tak nyempat ayah dia nak rehat jap dah menjerit ajak mandi. But then she is clever as usual.. dia dok kuar kat balkoni [place where my hubby had forgotten] and wallahhhhh~ dah nampak dah rahsia yang baru beberapa minit cuba disorokkan oleh si ayah hahaha~ Dah dok sibuk ajak ayahnyer mandi and si ayah as his little girl wish is his command so turutkan je la hihihi~



Picture taken from my #HolidayBuddy Instagram ---> @missleeya

Kolam amat besar dan amat sesuai untuk kanak-kanak. Dia tak dalam dan kalo nak lepas je anak g mandi rasanya masih selamat la tapi mesti dibawah jagaan gak la kan. Dah macam taman tema kolamnyer. Siap ada gelongsor yang pelbagai jenis. Yang bestnyer it is free for penghuni apartment. Yeay!





Kakak ala-ala berenang tapi tak pon hahaha~ berlakon je lebih

Puas mandi around kul 6 petang dah nak maghrib. Dat nite kami juz kuar makan kat area BL je. Kat area situ banyak kedai makan so its not a big problem at all. Niat memula nak g makan sifud kat Umbai tapi kensel sebab memasing dah penat huhuh~ Nak g join TT Prosboc Zon Melaka pon tak jadi huhuhu~

Pas makan terus balik BL sebab the boys nak tengok game. Si adik saya letak je atas katil.. saya baru sempat bukak tudung dah tido huhu~ kakak pon sama. Dah anak-anak tido.. ibu dia pon terpolo sekali hihihi~ Tinggal hubby dan my friends je gigih tengok tv hahaha~

Esoknyer kami brekpes kat hotel. Brekpes ok la.. sentiasa ditopap so dat makanan sentiasa ada. Macam-macam menu gak stendet hotel biasa dan sedap gak la. Dat morning my kids tak turun kolam sebab si adik dah start selsema. Ayah berusaha sedaya upaya untuk melekakan kakak dan melupakan hasrat nak g mandi kolam hihihi~

Kami check out kul 12.00 tengahari dan gerak ke Mahkota Parade (MP). My friends Leeya and hubby gerak g wedding their family's friend kat area situ gak. Diangkutnya kakak sekali. So kami je la gerak dulu ke MP. Niat nak cari kasut kakak.. tak bawak orang so bawak kasut je la sebagai contoh hihihi~ Kat situ sempat gak my hubby sambar sepasang kasut bowling. For me takde sebab design tak berkenan di hati huhuhu~ Then lepak fudkot sementara menanti my friend dan pasangan pengantin baru sampai. Hari wedding lupa nak pas duit koleksen kami-kami kat dorang so paksa gak la dorang datang amik kat MP hahaha~

Puas ronda-ronda.. haripon dah menjelang petang so kami pon gerak la pulang ke KL. Alhamdulillah perjalanan lancar. Tuh pon tak balik umah terus.. singgah lak kat Azhaar Maju tengok bola Malaysia vs Singapore. Takde mood nak citer sebab kalah huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



♥ Che Mat & Zaza Wedding

10:32 AM 0 Comments
Last wiken mengabihkan masa di Melaka attend wedding dan try new place untuk mandi-manda di Melaka. Beli offer kat Groupon yang saya dah citer kat sini arituh. My first try beli offer kat Groupon and everything going smoothly. Tak banyak kerenah dan takde masalah. So pas nih leh beli lagi hihihi~

Niat ke Melaka untuk attend my Prosboc's friend wedding iaitu Che Mat dan Zaza. Dedua Prosboc member. Sorang zon saya SBK [Serdang / Bangi / Kajang] sorang lak zon jiran PCD [Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil ]. Alhamdulillah.. satu lagi pasangan yang bertemu jodoh sesama ahli hihihi~



Sabtu pagi kami kumpul di Port biasa iaitu kat Restoran Azhaar Maju, Serdang. Sapan lu dan set kul 10 pagi gerak. Sebab pantin berarak awal dalam kul 12 camtuh. Lambat tinggal katanya.. tapi las-las kul 10.30 gak gerak huhuhu~



Ready nak gerak ke Melaka. Anak dah siap awal-awal.. adik dah belemuih dah walaupon baru kul 10 pagi huhuhu~



First check point kat Sungai Udang Melaka. Berkumpul dengan rakan-rakan dari Zon PCD.
Dari sepuluh bijik keta dah jadi nearly 20 kot hihihi~



Cam biasa walaupun tetiap minggu jumpa muka yang sama.. tapi tiap kali jumpa salam mesti ada.. hahaha~ tuh je dah amik masa 10 minit nak salam sumer orang. Sila abaikan muka yang tak semenggah di gambar atas belah kanan hahaha~



Nih la pengantinnya.. tema ijo. Selamat Pengantin Baru Che Mat dan Zaza

Pas makan sumer tiba la agenda wajib bila serbu rumah orang kawin iaitu amik gambo reramai ngan pengantin




Pose tunjuk pengantin adalah pose wajib! tak tau bila start hahaha~



Kami dan pengantin



Pastuh kami gerak la polo pantin untuk sesi outdoor. Buat kat Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Melaka. Patriotik sungguh pasangan pengantin ini hahaha~ saya cakap ngan pantin laki "kalo PM tengok nih mesti dia bangga ngan ko hahaha~"



 Girls with Bride



Boys with Groom



Everybody together! Konpius disitu apsal yang lelaki lak pos cekak pinggang cam masuk Miss World huhuhu~

Dah puas berpanas kat situ kami pon pulang la ke arah tujuan memasing. Saya dan kawan gerak ke Bayou Lagoon (BL) untuk check in. Yang len gerak pulang ke KL. Stop lu N3 kat sini. Jap g sambung N3 pasal BL lak ek hihihi~ Tata.


 

16 November 2012

♥ Part Time Maid

9:37 AM 4 Comments
 I tot benda nih dah well known seantero dunia huhuhu~ tapi rupanya bila saya up kat FB arituh ramai lak menanya info-info pasal Part Time Maid (PTM) nih. So meh kita berkongsi info.

Sebulan sekali saya akan koling PTM untuk datang kemas umah. Biasa lah kita nih bukan pemalas tapi tak cukup masa hihihi~ Dengan keje dan anak.. dulu ngan kelasnyer lagi.. memang service PTM nih amat-amat diperlukan oleh ibu-ibu yang bz bee cam saya nih huhuhu~


Before dis saya gunakan perkhidmatan PTM dari CLC Pacific Sdn Bhd. Contact Person is Irwan. Boleh dihubungi di talian 017-2338086. Senarai pekej yang disediakan leh tengok kat sini ek. Saya selalu amik pekej ad hoc iaitu yang kira per visit RM60. Untuk 2 jam dan 2 cleaners. Cukup la sebulan sekali.. umah bukan kotor nau pon. Apa kerja yang dorang buat? Keje biasa mengemas umah cam sapu + mop lantai + lap tingkap + basuh bilik air + lap segala bagai meja kusi dll. Lipat baju dorang tak buat hokeh! hahahaha~ [soalan yang paling banyak ditanya oleh kawan-kawan]. Cam umah saya ada 2 ruang tamu + 4 bilik tidur + 4 bilik air [bukan umah saya.. umah gomen huhuh~] memang teramat besar la bagi saya kalo nak menyental sengsorang. So disinilah perkhidmatan mereka amat diperlukan. Dalam masa 2 jam umah akan bersih dan lantai pon akan berkilat hihihi~


Tapi last wik saya tertengok lak satu offer kat MyDeal untuk cleaning services nih [now dah sold out dah huhuhu~] Offer RM45 dari harga sebenar RM60 [memang stendet harga kot.. sumer agensi sama je harga]. Tapi yang nih katanya 3 jam kerja + 1 cleaning staff. Boleh laaaa~ saja nak try service yang baru kan.




Dorang datang kemas umah pada hari kelmarin [Cuti Deepavali]. Selain time management yang sucks skit [janji kul 10.00 pagi alih-alih kul 1.30 baru sampai umah saya.. banyak nau alasannyer.. seb bek saya memang takde plan nak g memana so ok la boleh la bersabar] yang lain sumer tip top. Apa yang lebihnya dorang dari PTM yang saya amik before.. nampak cam lagi bersih yang nih kemas umah saya. Dalam offer kata sorang staff untuk 3 hours kan? tapi may b sebab dah tau lambat dia bagi 2 staff untuk 3 hours tuh. No additional cost. Ok la sejuk sikit hati banyak la benda yang saya leh soh dorang buat muahahaha~ dan dorang buat tanpa banyak songeh.. senyummmmm je~


PTM yang nih gak nampak lebih profesional sikit. Siap bawak Borang Kepuasan Pelanggan lagi untuk saya isi hihihi~ ok la.. yang lambat tuh saya kira halal je la.. sumer saya tick good sebab memang good pon hihihi~ Staff dia pon baik. Yang sorang saya rasa Philippines yang sorang Indon. Yang Philippines tuh tak reti cakap melayu so berabuk speaking ngan saya hahaha~ Yang Indon tuh rasa cam staff baru.. senyap je.. dok tunggu arahan dari Philippines tuh nak buat apa sumer. Masih training kot huhuhu~ Saya pasan gak pas Indon tuh wat keje si Philippines tuh akan datang tengok dan kalo cam tak berapa bersih dia soh Indon tuh bersihkan. 


Tepat 3 jam dorang pon stop dan sememangnya sumer dah siap dibersihkan. Pandai dorang budget time. Time nak balik tuh dah macam Jepon pon ada gak. Si Philippines tuh asik dok tunduk hormat kat saya hahaha~ dari pintu umah sampai ke grill. Asik tanya "everything good? good?" saya jawab yes je la. dan thank you hihihi~


So kesimpulannya.. HIGHLY RECOMMENDED! pada yang berdekatan dan di dalam kawasaan tanah jajahan syarikat nih leh la try call untuk tanya pasal service. No contact ada kat atas dan kat bawah nih. Saya pon akan panggil dorang lagi next month.

Selamat mencuba yer.....



14 November 2012

♥ Dellisya's Annual Concert & Graduation 2012

10:44 AM 2 Comments
Seperti sekolah-sekolah yang lain, sekolah kakak pon tak ketinggalan untuk adakan konsert akhir tahun dan graduation day. Sebab kakak baru 4 tahun so belum la grad hihihi~ tapi kakak terlibat dalam dua persembahan tarian.

Sepatutnya hari Sabtu arituh kami anak-beranak dah gerak Permaisuri Resort, Port Dickson untuk bercuti tapi terpaksa tangguh gerak pas even sekolah kakak abih. Memula saya ingatkan event akan start pagi so after event leh shoot terus ke PD tapi rupanya petang. Terpaksa soh my parents g dan check in lu. Dah confirm and inform hotel yang my parents akan check in on behalf of me. Sebab booking atas nama saya. Nasib bek hotel tak banyak songeh and bagi kebenaran. Kalo tak mau malam baru lah boleh masuk hotel.



Majlis yang sepatutnya stat kul 5 petang dah membawak ke pukul 6 petang. Tak tau la apa masalahnya.. may b nak siapkan anak-anak [kita yang anak sorang dua nih pon kengkadang pening apatah lagi cikgu-cikgu yang nak kena handle berpuluh anak-anak yang macam ragam] or may b ada masalah ngan sound system. Ditambah pulak ngan tetiba hujan lebat selebat-lebatnya huhuhu~ Nasib baik saya sampai awal iaitu tetepat kul 5 dapat lah duduk tetengah. Parents lain ada yang kena berdiri pegang payung. Saya tak tau la event untuk tahun-tahun sudah tapi the Principal nampak cam terharu sangat sebab ramai parents yang datang sampai tempat duduk tak cukup. Nampak cam dia hiba sangat huhuhu~ May b before dis sambutan tak segalak dis year huhuhu~

Sebab lambat stat.. lambat jugak la abihnya. Ada sepuluh persembahan kesemuanya dan kakak buat persembahan yang pertama dan kelima. First lagu Taxi [lagu korea] huhuhu~ tak tau la sapa penyanyi asalnya.



Seken song lak lagu Oppa Gangnam Style! hahahah~ kiut sangat!



Dah macam robokop lak dak kakak hihihi~ yg seken song videonyer elok sikit so jom layannnnnn~



Kul 7.30 masih belum abih eventnyer. Time benti rehat jap untuk solat maghrib saya mintak kebenaran cikgu dia untuk bawak kakak balik lu sebab nak g Port Dickson kan. Dah la sengsorang drive nak kesana. Risau lak nak bawak memalam. Highway  PD tuh pon leh tahan gelap memalam huhu~ Hubby pon dah keep calling tanya bila nak gerak. So terpaksa la gerak gak tanpa tunggu event tamat huhu~

Alhamdulillah saya selamat sampai ke Port Dickson lam kul 8 lebih camtuh. Kakak pengsan sepanjang perjalanan. Adik la behave sepanjang saya drive ke sana. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


12 November 2012

♥ Istanbul Aku Datang

10:41 AM 0 Comments

Nop! nih bukan N3 review. Saya belum tengok lagi hihihi tapi teringin sangat nak g tengok. Tapi semenjak ada anak kecik nih kan waktu senggang nak g tengok wayang amat lah terhad. Adik masih belum merasa pengalaman masuk wayang [ayahnyer belum terbukak hati nak bagi bawak lagi huhuhu~]. So terpaksa la pendam je hasrat kat hati nih.

Sebenarnya harinih dah menyuarakan niat kat hubby nak g tengok citer nih kat Wangsa Walk malam kang. Kakak still kat Port Dickson ngan Ayahwe dan Awenyer. Adik lak may b leh tinggal kat umah pengasuh but kami kena amik time yang paling awal la around pas maghrib camtuh. So dat takde la lambat sangat nak amik adik nanti. Dah search movie time kat Web TGV tapi yang ada cuma kul 7.10 malam. Bila bagitahu hubby dia kata tak konpom sempat ke tidak nak g tengok sebab may b dia lambat skit balik harinih huhuhu~ sedihnyerrr. Next movie lak kul 9.20 malam. Cam dah lewat sangat pulak hmmm~

  Pas tengok Tomok jadi jemputan untuk promot citer nih kat citer Malaysia Hari Ini (MHI) harituh dah terasa nak sangat g tengok. Siyes saya ngaku yang paling buat saya nak tengok sesuatu citer or drama adalah sebab lagu temanyer. Yer betul.. Sebab tuh.. Sejak saya amalkan prinsip nih [lagu best.. citer konpom best] ia tak penah menghampakan hahaha~ leh lak camtuh kan? Cam citer Lagenda Budak Setan 1.. saya minat sangat lagu tema dia siap buat ringtone lagi tapi citer Lagenda Budak Setan 2 cam tak berapa minat lak huhuhu~ lagu cam tak best huhuhu~ tapi may b sedap pada pendengaran orang len la kan. Selera orang berbeza.

Lagipun saya suka citer-citer romantik komedi nih.. citer yang rileks dan tak berserabut. Citer adventure cam Lord of The Rings.. James Bond (siri yang baru).. trenpomer.. pon saya minat. Tapi citer bunuh-bunuh.. seram.. makan-makan orang memang out of list saya. Buang duit je g tengok.. lagi banyak pejam mata dari bukak mata masa tengok citer hahaha~

Now saya memang nak sangat tengok citer Istanbul Aku Datang nih. Must plan a good time with hubby nanti hihihi~ pujuk dia lagi sampai jadi hihihi~. Jom layan trailer dan lagu tema filem nih iaitu Aku Datang - Nyanyian Tomok



Aku datang kepadamu 
Aku datang mencarimu 
Tapi kau pergi dariku 
Bagai bayu di jari jari ku 

Aku datang dengan rindu 
Aku datang dengan pilu 
Tapi kau terus membisu 
Bagai bintang dingin menjauh 

Ke manakah perginya kasih kita 
Ke manakah hilangnya erti setia 
Berlari ku mengejar 
Namun cahayanya makin pudar 

Ke manakah harusku bawa cinta 
Ke manakah harus ku cari syurga 
Andai bukan kepadamu 
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita 
Ke manakah hilangnya erti setia 
Berlari ku mengejar 
Namun cahayanya makin pudar 

Ke manakah harusku bawa cinta 
Ke manakah harus ku cari syurga 
Andai bukan kepadamu 
Ke mana lagi harus ku tuju 

Aku datang kepadamu 
Kepadamu


09 November 2012

♥ Risau My Son Belum Berjalan

11:59 AM 6 Comments

My little hero will be 1 year 3 month dis month but untill now dia belum berjalan huhuhu~ Memula lu saya tak berapa risau sangat sebab anak-anak saya sumer tumbuh gigi cepat so cam yang orang selalu cakap kalo tumbuh gigi awal nanti jalannyer lambat. Kakak pon jalan masa umur setahun dua bulan. So saya dah memang agak adik akan lambat dapat kaki tapi takde lah selambat nih huhuhu~

Now dia just suka meniti tepi baby cot dia. Which mean dia takde la masalah lutut ke kaki ke hapa kan. Cuma berjalan je dia taknak. If kita pimpin di sebelah tangan dia takmoh jalan. Dia longgar kan lutut dia takmoh berdiri. Tapi kalo kita pimpin dedua tangan nak gak la dia berjalan beberapa tapak. Hasil pembacaan saya dari blog kawan-kawan blogger kat intenet majoriti kata ia bukan satu masalah sebab lebih baik anak-anak kita meneroka kelebihan mereka sendiri. Masanya akan sampai. Tapi saya risau dan nak tahu pada tahap umur berapa ia dah dikira serius? Mining kalo dah setahun setengah tak berjalan-jalan gak its mean ada samting wrong ngan my baby (minta la dijauhkan). 


Antara pendapat yang saya temui di intenet ialah dari blog Mummy Aishiey. Dia pon dapat hasil bacaan dari sumber lain tapi tak dimaklumkan pula sumber tersebut. Pada masa N3 tersebut ditulis, anaknya dah umur 17 bulan (mining setahun lima bulan la kan) but still lum berjalan gak.


Salam pembaca ibu, saja nak kongsi pengetahuan. kalu anak anda lambat berjalan jangan risau coz sebenarnya kalu stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran tuk anak anda bagus. Sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Antara kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana di tulang belakang kita terletaknya spinal cord or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke bahagian otak. 


Apabila anak kita merangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik. Ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari ahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. Sebelum ini saya sendiri tidak mengetahui akan hal ini tetapi bila saya bertukar kerja ke tempat sekarang barulah saya tahu bahawa setiap perkembangan fizikal perlulah dilalui oleh anak-anak kita tanpa meninggalkan satu perkembangan pun. Mmg org tua kita cakap berjalan cepat tu bagus. Tapi sebenarnya kalu nak anak kita pandai.. biarlah dia merangkak selama yang boleh. Kalu puan semua nak tahu, sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara tuk mengatasinya ialah dengan merangkak. Semoga apa yang saya sampaikan ini dapat memberi manafaat kepad semua kaum ibu... insya allah.


 Saya berfikir positif je la dan hopfuli ia benar. Adik memang laju merangkak dan memanjat tapi berjalan takmoh lagi. Next wik ada chekap untuk setahun 3 bulan nak tau pulak opinion dari nurse kat klinik camner.


Hasil pembacaan saya kat Baby Center gak mendapat maklumat yang sama. Sampai pada bab "bila harus bimbang?" ini jawapanya..


Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. 


Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang. Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.


Kalo kawan-kawan ada pendapat or pernah alami perkara ni.. boleh la kongsi ngan saya kat bahagian komen yer. Mana tau dengan izin Allah dan bantuan dari rakan-rakan anak saya cepat berjalan nanti. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




08 November 2012

♥ Malam Anugerah Popular Prosboc 2012

11:08 AM 0 Comments
Cam biasa, setiap tahun kelab kereta saya Prosboc akan adakan event dinner akhir tahun. Tarikh keramat is on 31st December each year coz untuk sambut tahun baru sekali. Cam last year untuk tahun 2011 tema kami ialah Back To School, tahun 2010 tema Malam Pesta Muda Mudi [Takde N3 la plak huhuhu~] dan tahun 2009 tema Malam Aneka Ragam [pon xde N3 gak huhuhu~]

Tahun nih tema ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian haha~ sesuai la ngan kapasiti member kelab kami di seluruh Malaysia yang menjangkau ribuan ahli. Boleh la nak wat malam anugerah camnih. Pemenang semua berdasarkan undian dari rakan-rakan. Mana yang rajin turun TT, langgor TT zon len, post dan komen kat group FB dan senang citer yang mana muka memang bersepah kat mana-mana hahaha~ boleh la menang. Peringkat pertama.. setiap zon akan hantar senarai pencalonan lu. Boleh calonkan ahli zon sendiri atau zon luar. Bila dah di short-listed kan.. baru la bukak untuk undian dari semua ahli prosboc yang berdaftar sahaja. Kawan-kawan, pasangan, anak, jiran sebelah atau orang-orang yang lain tidak layak untuk mengundi huhuhu~ so maknanya yang boleh undi cuma hubby je la.

Peringkat kedua akan bermula pada awal bulan Disember. Keputusan pula akan dimaklumkan pada malam dinner nanti. Tuan tanah kedaung aka zon pengelola untuk event dinner tahun nih ialah zon CRS [Cheras / Pandan Indah]. Event akan diadakan di Pusat Belia Cheras. Harap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang sebab nampak zon pengelola amat berusaha untuk menjadikan event kali nih berjalan dengan lancar dan berjaya seperti event-event tahun lepas. Chaiyok!

Yang pening bagi kami laki bini is pakaian huhuhu~ tak tau nak pakai apa malam tuh. Tema malam anugerah mestilah glemer-glemer lip lap lip lap bagai. Hajat di hati nak pakai long dress tapi takut takde saiz huhuhu~ Nanti la bila nak dekat event nanti baru la mula mencari dan hopfuli akan jumpa yang berkenan di hati.

Tapi for my kids.. memang amat senang jumpa hahaha~ cuma sediakan ongkosnyer saja. Harga memang over budget dan hubby pon dah menjeling. Dia kata beli memahal tapi nak pakai sekali je.. pas-pas nih tak tau bila nak pakai lagi. Saya bagitau hubby takpe sebab saya ingat nak wat sewa pasnih. Baju-baju nih sesuai untuk pakai masa wedding kalo kanak-kanak jadi flower girl ke or any event yang dorang kena dress up like prince and princess. May b next year besday dorang leh wat tema tuh dan saya gak beri beberapa alasan lain yang saya rasa boleh diterima pakai hahaha~ [nak beli punya pasal kan hihihi~]. So inilah baju anak-anak saya nanti. Beli kat FB je. Bayo arinih sok dah sampai opis.. laju sungguh.. Picture taken from my instagram. Jemput folo ek juz search eraniza.



Long white dress with big red ribbon untuk kakak dan tuxedo suit untuk adik. Komplit set siap inner dan jacket. Bow tie pon dapat dua kaler merah ngan itam. Comel sangatttttt!



 Tak menyabo.. balik keje then amik anak-anak.. sampai umah terus soh dorang try hahahaha~ Now just nak cari kasut itam berkilat untuk both of them. Baru la sesuai digayakan dengan baju nih hihihihi~ eksaited sangat!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Nak citer pasal my parents yang baru pulang dari haji, citer pasal my small house dan banyak lagi. But for now nak setelkan keje opis lu. Tata 



05 November 2012

♥ Boot For Sale

4:47 PM 0 Comments
 Al kisah leh dapat free gift lak masa shopping kat wolsel Al Ikhsan arituh huhuhu~ so pada yang berminat dan saiz sesuai.. leh la angkat.. kami jual murah je sepasang RM50. Kalo berminat email saya ek kat era_niza@yahoo.com prefer area Setiawangsa dan Wangsa Maju atau area-area yang berdekatan sebab malas nak pos-pos. Nak COD je. Thanks


Saiz : UK5


Saiz : UK6




♥ Al Ikhsan Jumbo Wholsale

4:23 PM 0 Comments
 Seperti biasa every wik akan balik ke Klang. Tapi dis wik yang paling teruja nak balik Klang sebab tak sabo nak g wolsel Al Ikhsan kat Stadium Melawati, Shah Alam.. yeay!



Yes! its true kebanyakan barang adalah memang murah dari harga sebenar [kata-kata dari orang yang selalu masuk kedai Al Ikhsan paling kurang sebulan sekali huhuhu~]. Memang berbaloi la nak shopping dan barang-brangnyer pulak memang elok sangat-sangat. Takde la cam sesetengah wolsel tuh.. barang-barang yang zaman bila ntah dia bawak kuar.. bagi free kat orang pon tak nak huhuhu~ Even orang memang ramai tapi management amat bagus. Nak shopping pon cam tenteram la jiwa raga walaupun dibagi masa untuk berada dalam tuh [yer la kena beringat gak kat orang yang ngah menunggu kat luar]. Pengunjung akan masuk sikit-sikit dan kuar pon sikit-sikit. So takde la huru hara lam tuh.. kalo bawak anak pon insyallah masih selesa [tapi tak digalakkan la].

Berdasarkan pengalaman yang lepas.. so memang saya tak bawak anak-anak tapi its ok saiz memang ada dalam kepala hihihih~ Kasut sukan nih kan memang stendet saiz. Hubby searching for his boot dan saya lak takde aim nak apa-apa. Tengok la kot mana yang berkenan. So pas puas meraun dalam tuh.. hanya tshirt je la yang berkenan di hati. Kasut pulak banyak yang saya tak berkenan designnyer [tapi mungkin berkenan pada orang lain]. Sama gak la ngan hubby. Tak jumpa apa yang dicari but its ok.. banyak benda lain yang kami jumpa muahahaha~



Hasil tuaian kami hihihi~ Boleh kata semua di atas adalah 50% off. Memang amat puas hati hihihi~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.