29 December 2011

♥ Prosboc :: AGM 2011

Pada 24hb Disember lalu bertempat di Hotel Laman Seri, Shah Alam.. Member-member kelab keta saya, Prosboc dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia beserta dari negeri Sabah dan Sarawak telah berkumpul beramai-ramai. Seperti tahun-tahun sebelumnya.. pada akhir tahun kami akan adakan Annual Ganeral Meeting (AGM) kami dan Dinner. 

Pada tahun pertama penubuhan Prosboc, AGM kami diadakan di Center of Excellent (COE) Proton di Shah Alam dan Dinner di Plaza RAH, Kampung Baru KL. Tema pada tahun tuh adalah "Pakaian Beragam" meaning semua yang hadir bebas nak pakai kostum apa. Tuh yg ada polis, tentera, Penyamun, Mafia dan sebagainyer hihihi~

Second year kami buat AGM dan Dinner kami di Hotel Brisdale, KL. Kali nih tema lak "Malam Pesta Muda Mudi". Sakit pinggang twist bagai. Macam-macam kerenah la leh tengok hihihi~ Pak Maun telah menjadi pilihan ramai malam tuh. Ramai yang nak jadi tua gatal hahahah~

Dis year kami teruskan lagi tradisi nih dan alhamdulillah ianya bertambah baik dari sebelumnya. AGM Prosboc tahun nih telah diadakan di HQ Edaran Automobil Nasional Berhad (EON) di Glenmarie Shah Alam. Pada majlis itu juga telah diadakan sesi menandatangani MOU antara Prosboc dan EON sebagai rakan kerjasama. Sebagai permulaan EON telah menaja dan menyumbang kos penyelenggaraan forum dan laman web Prosboc bagi tahun 2012. Selain itu EON juga membenarkan ahli-ahli Prosboc diseluruh Malaysia menggunakan pusat servis EON di seluruh Malaysia sebagai markas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.  

Selain itu bagi ahli Prosboc yang telah mendaftar sebagai sahabat EON akan menikmati diskaun untuk semua alat ganti, servis dan perkhidmatan lain yang diterima di Pusat Servis EON di seluruh Malaysia. 

Op kos dis is win-win situation antara pihak kami dan EON kan? From our side, kami akan membantu EON dalam usaha untuk melariskan dan meningkatkan jualan kereta-kereta saga di bawah kendalian mereka. Kami akan memberi sokongan dalam semua event yang diadakan oleh pihak EON seperti majlis pelancaran pusat servis mereka, event-event kebajikan yang dikendalikan oleh EON dan pelbagai lagi. Moga kerjasama ini akan memberikan kebaikan dan keuntungan pada kedua belah pihak.

Hahahaha~ ayat taip cam ayat lam minit miting lak huhuhu~ Pas sesi tandatangan MOU dan macam-macam lagi pagi tuh.. kami rehat untuk makan-makan hihihi~ then sambung balik untuk sesi kedua iaitu AGM Prosboc. So pada AGM kali nih telah diadakan pemilihan untuk Jawatan Kuasa Sentral Prosboc bagi sesi 2012/2013.



Ini adalah barisan JK Sentral bagi tahun 2010/2011. Saya yang ngah gigih menulis minit miting tuh huhuhu~ Tahun nih adalah tahun terakhir saya jadi member Prosboc. Jangan salah paham.. saya tak kuar Prosboc cuma servis bertukar tangan sahaja hihi~ Saya dah plan ngan hubby untuk dua tahun sebelum nih saya jadi member dan dia jadi PSC (Prosboc Supporter Club). Then stat next year saya akan jadi PSC dan dia lak jadi member. So saya takleh la pegang jawatan penting lam Prosboc lagi. Dok je tepi jaga anak-anak hihi~

So selepas menggulingkan diri.. JK Sentral sesi 2012/2013 pon dilantik. Inilah barisannya..



Takde apa yg beza sangat pon. Cuma tukar SUK dan Timbalan Presiden je. Yang len kekal hahaha~ SUK baru yang gantikan saya pon bukan orang len.. LAKI SAYA GAK.. hampeh tul! Konpom lantik bukan sebab memang nak hubby saya jadi SUK.. tapi tau kalo lantik hubby saya.. so keje2 SUK tetap saya yang kena wat gak.. huhuhu~ Nak harap hubby taip minit? Jangan letak harapan la huhuhu~

Pssttt.. yg ngah cakap kat mikropon tuh Presiden kelab saya hihihi~ 4 tahun berturut-turut takde sapa berani lawan kusi dia hihihi~

Cam panjang lak nak nyambung citer pasal dinner. Nak turun kantin lu mentekedarah. Nanti saya sambung balik k.. stay tuneeeee~ Chewahhhh!





4 comments:

mama leen said...

hye..
prosboc ni club ape ye?? tq

Mrs Faez said...

Proton BLM Owner's Club - Kelab Pemilik Proton Saga BLM ^___^

mama leen said...

oooo... waja tak ley join la yer.. huhu

Mrs Faez said...

Waja ada kelab sendiri.. WPC - Waja Performance Club