22 November 2011

♥Alhamdulillah.. Sudah Tersurat Ia Milik Kita

Hoyehhhhhhh!!! Malaysia Menang!!!!

Credit to HMetro.com
Berbaloi malam tadi kami anak beranak berkampung selama hampir 5 jam kat port biasa kami untuk menyaksikan Final Bola Sepak Sea Game : Malaysia vs Indonesia. Pas citer Dhia kat TV3 abih kul 7.30.. terus shut ke kedai De' Red Chair Station, Wangsa Maju. Op kos dah ramai umat manusia.. member yang datang awal pon terpaksa cop kat belah dalam kedai [bagus gak sebab bawak bb huhuhu~]. 

Bermula kul 8 malam umat manusia dah memenuhi ruang parking depan kedai. Sampai jalan pon terpaksa ditutup huhu~ sumer bersemangat pakai jersi Malaysia. Saya jek pakai baju warna kuning sebab takde jersi huhu~ tapi pasnih nak g beli TShirt Harimau Malaya.. aummmmmm~

Memang cam nak tercabut la jantung nih sepanjang 90 minit + 30 minit + sepakan penalti = masa perlawanan huhuu~ Saspen gilesssssss!!! Berderau darah. Bila Indon score 1st goal penyokong-penyokong yang kat kedai nih terus bersorak memberi sokongan. Walaupun kami tau dorang yang kat Stadium GBK tuh tak dengar tapi tetap nak bersorak hihii~ semangat! semangat!

Bila Malaysia dapat samakan kedudukan.. apa lagi.. lagi gegak gempita la jadinya. Cam pengulas sukan tuh cakap "Tak kira la bagaimana cara para pemain kita nak menghasilkan gol.. yang penting GOL!!!" hahaha~ Mesti kiper Indon tuh tak biasa tangkap ayam idop agaknyer.

Abih masa perlawanan tamat sambung la plak ngan sepakan penalti. saya nih memang seriau kalo sepak-sepak penalti nih. Rasanya better la tau keputusan time full time game dari kena penalti. Tekanannya lebih teruk tapi apapun syabas pada pemain-pemain muda kita yang sentiasa cool jek [dalam hati sapa tau kan]. Lebih-lebih lagi bila berhadapan ngan hampir 100k penyokong tegar Indonesia.

Alhamdulillah.. kalo dah memang tersurat ia rezeki dan milik kita.. bola terkena kiper pon boleh bergolek masuk ke jaring.. yahoooooooooooooooooo!!! Memang meriah bila kita dah meraih kemenangan. Siap ada yang bako mercun cina tuh. Gegak gempita!

Pas game terpaksa la bertapa lama sikit kat kedai sebab jalan jam nak balik umah huhu! yer jam okeh cam baru kuar dari stadium huhuhu~ tapi takpe la leh layan Team Malaysia dikalungkan pingat emas. Lam kul 12 gak la baru sampai umah.

Now.. saya nak kongsikan beberapa citer menarik dan kurang menarik sepanjang game malam tadi. Credit to FB Malaysia National Football Team. Klik link tuk like dan support k!

Yang best gak.. Liverpool FC pon bagi uacapan tahniah pada Team Malaysia. Yang nih official FB Fanpage dorang k.


Berita TV3 malam tadi pon semangat bagi sokongan untuk Team Malaysia. Baca berita pakai jersi malaysia tuh muahahaha~ syabas!!!!



Tapi cam biasa la mesti ada citer tak best gak disebalik ke"best"an kita meraikan kejayaan tersebut. Player nek barakuda? Tuh dh biasa.. kan barakuda kenderaan rasmi team malaysia kalo men kat sana. Nih lagi teruk dan yang paling bangang juga memalukan pihak Indon sendiri as penganjur iaitu Ujian Doping Straight Away After Game Tamat! Tak menyempat! Apa motip pon tak tau. Kalo betul nak wat test pon patut b4 game. Pas game nak buat hapa dah. Ini lah antara taktik kotor pihak penganjur untuk menafikan kemenangan Malaysia. Padan muka kena marah ngan OKS huhuhu~



Lagi satu berita yang menyedihkan is kematian dua orang penyokong Indonesia masa perlawanan malam tadi. Khabarnya mati dipijak di kalangan penonton Indonesia yang ramai tuh huhuhu~ Sekiranya mereka muslim.. sedekahkan lah AlFatihah dan doakan la mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sekiranya bukan.. kita doakan juga yang terbaik untuk mereka. Info dari BolaKompas.com

Tapi apa-apa pun yang penting kita menang dan buat pertama kalinya nyanyian lagu Negaraku berkumandang tanpa gangguan penyokong Indon yang tak reti nak hormat lagu kebangsaan negara len. Iaitu pas kalungan gold medal pada para pemain. Syabas!



What ever it takes.. Bring it on! Go Harimau Malaya!!






No comments: