♥ Prosboc :: Dinner 2011

Burppppp~ alhamdulillah hihihi~ dah kenyang. So sambung balik citer tadi.

Pas je abih AGM kami dari pagi sampai ke tengahari.. Kami gerak pulak ke majlis kawin member Prosboc di Jalan Kebun, Shah Alam. Makan free dan jimat ongkos hahaha~


Pas abih makan.. mata dah berat la kan then penat lagik.. memasing tak penah bangun awal hari-hari cuti huhuhu~ Kami sumer pon balik la ke hotel penginapan iaitu Hotel Laman Seri, Shah Alam. Kat Seksyen 13 sebelah PTPL. Get rest sampai petang. Petang kang nak bersiap lak g Dinner.

Tiba la masa yang ditunggu-tunggu hahaha~ Dinner Prosboc 2011. Tema kami tahun nih ialah.. "Back To School" muahaha~ sumer berangan jadi budak sekolah balik. Layannnn~



Budak-budak sekolah Zon SBK [Serdang / Bangi / Kajang] tapi untuk dinner nih kami kasi tukar SBK = Sekolah Bikin Keta hihihi~ 




Me and hubby.. hihihi~ Pasan cam budak-budak sekolah yang ngah di alam cinta monyet muahahahah~ Tak sedor diri anak dah berderet hihihi~



Nih budak zon saya ngah membuli budak zon len. Budak yang kai songkok tuh repot kat cikgu.. dorang nih merokok lam toilet. So bebudak nih tak puas hati g gegar budak tuh. Soh dia sap rokok then amik gambo [pasan tak member saya tuh ngah pegang henpon hihi~] pastuh tunjuk kat cikgu hahaha~

Bila sesi persekolahan dah nak start.. sumer "murid" dikehendaki beratur untuk menyanyikan lagu Negaraku dan ikrar sekolah. Nih la gayanya bila mak pak masuk sekolah balik.. hahahaha~





Antara ikrar sekolah kami adalah :

  • Kami berjanji tidak akan bawak keta laju-laju dan akan mematuhi had laju yang dibenarkan
  • Kami berjanji akan mengikut arahan abang polis dan JPJ serta mengikut undang-undang jalanraya 
  • Kami berjanji tidak akan modified kereta berlebih-lebihan


Yang lawaknyer time kami nyanyi lagu negaraku.. pelanggan-pelanggan yang ada kat kedai mamak Restoran Kampung Pandan tuh pon ikut sama berdiri hihi~ Pas perhimpunan selesai.. sumer "murid" jalan ke "kantin" mengikut kelas memasing.


Sepanjang dinner tuh banyak la game yang dibuat dan memang happening giler. Antara gamenyer ialah Kumpul Tali Pinggang [game nih saya menang.. dapat hamper beso hihihi~], Kumpul Kasut [game nih pon zon kami menang], Game Singgit Lima Ploh Sen dan lain-lain lagi. Banyak sangat payoh nak citer satu-satu hihihi~

Pas abih dinner.. acara wajib ialah sesi bergambo.. inilah gambo kelas kami.. ^___^



Hihihi~ memang kami sumer hep fun malam tuh. Tahniah pada Zon penganjur iaitu Zon SAC [Shah Alam / Klang / Banting]. Tak sabar nak tunggu tahun depan. Tema apa pulak nanti. But anyway after 3 tahun penganjuran saya salute member-member kelab saya yang memang sporting datang ikut tema dalam sumer majlis makan malam yang Prosboc anjurkan. Tahniah sumer dan jumpa lagi next year!!!






3 comments:

mama leen said...

cute la

mrs puex said...

mmg sangat kelakar entry nih..bace smbil ade sinyummmm!!!..

comey jek korangkan..sangat la sporting!!

Mr and Mrs Faez said...

Hihihi~ thanks

Followers