30 August 2010

♥ Baju Raya Dellisya

7:56 AM 3 Comments
Rasanya dah cukup kot baju raya untuk my princess. My hubby dah geleng-geleng pale dah tuh hihihi~



Yang nih my hubby yang beli.. dia kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dia tak dapat bayangkan kalo Dellisya membesar sebagai penyokong Liver-fool huhuhuhu~

Kata jek dah cukup tapi taim jenjalan kat Melaka siang tadi TERbeli lagi baju dia. Yerlah baju budak pompuan nih kan lelawa dan comei-comei belaka. Geram tul hihihihi~ K K promise cukup dah nih hehehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Buka Puasa Bersama Officemate Hubby @ Sunway Hotel

7:46 AM 0 Comments
 Tempat wajib berbuka setiap tahun hihihi~ Sunway Hotel sebelah Pyramid. Yang seronoknyer sebelum ngan selepas berbuka leh shopping dan cuci-cuci mata kat situ hehehehe~

Sesuai sangat tahun berbuka di sana pada hari dapat gaji. Yippiiiiiii~ dapat la baju dua lai untuk saya hihihi~

 Berbalik pada citer buka poser.. buka kat sini memang heaven la.. lauk bapak banyak.. dan semuanya memang Gred A la.. sesuai la ngan status hotel yang 5 star tuh. Saya memang tak larat nak makan semua. Amik sesikit je la. Nak rasa. Tapi yang herannya saya tengok keliling orang amik makanan sorang macam amik untuk 2 3 orang. Abih ke tuh? Wallahua'lam. Kalo tak habis kan dah membazir huhuhu~ Tau dorang baya mahal tapi bukan alasan untuk membazir makanan kan? Membazir kan amalan syaitan. Wallahua'lam.

I ♥ my family

Cam biasa budak nak makan sendiri huhuhu~ Penat la staff hotel tuh nak mengemas tempat si kecik nih makan. Cian dorang. Tapi ramai yang kata.. bawak dia ke majlis buffet nih paling berbaloi sebab dia akan makan dari jejak kaki sampi la balik. Maknanya berbaloi la baya mahal-mahal hihihihi~


Alhamdulillah berjaya di abihkan dengan jayanya. Patut ada banyak lagi pinggan tapi pekerja hotel yang efisen tuh dah angkat hehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Buka Puasa Bersama Family @ Puteri Garden Hotel, Klang

7:12 AM 0 Comments
Huhuhuhu~ blog dah lama tak berhapdet. Penat nak sapu sawang hihihihi~ very bz lately ngan bisnes. Alhamdulillah adalah skit menjelang aidilfitri nih. Terima kasih kepada semua pelanggan Cute Kiddy Kiddy. Harap-harap berpuas hati ngan CKK Collection ek.

Banyak cerita yang ingin dikongsi dengan kawan-kawan. Semestinya cerita-cerita sepanjang bulan puasa nih la kan. Oleh sebab saya dah menetap di KL so mmg limited time la boleh dapat bebuka bersama family di Klang. Balik Klang pon rasa cam balik kampung. Sebulan sekali jek. Setelah sekian lama menunggu masa yang sesuai.. akhirnya dapat gak berbuka dan bersahur ngan family di Klang.

Time berbuka lak my SIL belanja di Puteri Garden Hotel, Klang. Hmmm~hotel baru nih. Rasa cam takde la lama sangat tak balik Klang.. bila masa lak timbul hotelnyer.. ishk! ishk! ishkkkkkkk!



 Tapi takpe la makan punyer pasal perasaan kehairanan tuh tolak ketepi hihihi~ Hotelnya kira ok la gak. Besar. Deretan kedai diubahsuai jadi hotel. Buffet Ramadhan dia pon murah je dan sesuai la ngan kuantiti lauk-pauk yang disediakan. Tapi jangan tak percaya walaupun harga buffet hanya RM20++ tapi ada kambing panggang okey! huhuhuhu~ kuahnyer pon sedap. My hubby yang memang kipas-susah-mati lamb chop nih apa lagi.. heaven la dia huhuhu~ jangan pening dh sapa nak drive balik KL nanti.

Jom kita layan gambo-gambo yang sempat disnap-snap k





Gamba yang belah atas is my SIL's Family. Baju pink ngan lelaki hensem baju ijo gelap tuh my ibu and ayah ek hihihihi~


Gamba yang belah bawah is my siblings. Yes! memang takde yang muka serupa walaupon adik beradik and of kos saya yang paling putih muahahaha~


Menyebok jek budak kat belakang tuh. Thas my big bro yang tak berapa big muahahaha~


My ayah with cucu-cucunya

Thanks to my SIL sebab banjer berbuka kat sini. Len kali leh banjer lagik ek muahahaha~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



25 August 2010

♥ Wit Raya

11:46 AM 0 Comments
Alhamdulillah.. dah selamat tiba ke hari yang ke 15 puasa. Maknanya separuh dari bulan rahmat nih telah kita lalui. Hanya ada separuh lagi sebelum ia meninggalkan kita.

Dan hari nih gak bagi orang gomen mesti tengah tersenyum lebar sebab gaji dah masuk hihihii~ Beringat-ingat la kita ek. Jangan sebab nak raya sangat sampai langsung takde simpanan sambil nak menunggu gaji bulan depan huhuhu~

Pinjam Pakcik Gugel

 Rasa cam tak meriah lak raya kalo takde satu elemen nih iaitu WIT RAYA heheh~ Mungkin sebab semangat sangat.. saya dah pon selamat menukar duit ke wit raya. Wangi jek bau duit baru heheheh~ Tapi masalahnyer sampul lak takde. Vey limited ok. Mintak lebeh katanya dah takde stok. Aik baru bapa hari poser. Hmmmm~~~ kena la carik alternatip lain camnih. Salah satunya ialah dengan mengendeng kawan-kawan yang keje bank hihihihi~

Tima kekanak lu time nih la sonok. Sebab memang tugas saya masukkan wit dalam sampul. Keluarga belah ibu dan ayah saya besar. Sepupu belah ibu jek almost 50++ orang. Tuh kira taim tahun 2000 [tahun akhir terima wit raya huhuhu~]. Skang rasanya dah bertambah la kot. Ngan cucunya lagik. Alhamdulillah meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.

Berbalik pada citer saya tuka wit tadi. Yang bagus tuka awal-awal nih sebab tak ramai orang + tak yah beratur panjang. Pastuh wit yang kita dapat tuh memang baru la.. wangi.. kira kalo terhiris kat tepi wit tuh leh luka la jari.

Jumlah tukaran? hihihihi~ biar lah rahsia. Yang penting ia ikut kemampuan dan masih dapat menggembirakan hati kanak-kanak yang menerimanya. Ulang sore KANAK-KANAK ek.. mak bapak kanak-kanak tak yah nak nyebok huuhu~

Pasnih proses memasukkan wit dalam sampul lak. Taim proses nih la penting agar kita menyediakan sampul yang berlainan ye kawan-kawan. Untuk membezakan jumlah wit dalam sampul tuh hehehe~ Macam saya.. jumlah terimaan berlainan bagi kanak-kanak, anak buah, adik beradik, mak bapak, makcik-makcik, dan anak kawa-kawan.

Thats all for today.. insyallah nanti jika proses memasukkan wit berjalan saya akan update lagi. Tata

23 August 2010

♥ Bu.. Cha Nak Mam Iri [Ibu... Lisya Nak Makan Sendiri]!!!

3:30 PM 1 Comments
Hari khamis las wik saya diberi cuti rehat memasak oleh Mr Hubby.. heheheh~ cam keje gomen lak. Kami ingat nak berbuka di Chiken Rice Shop, K4 Wangsa Maju tapi alangkah sedihnya rasa hati sebab tempat tuh dah fully booked seawal jam 6 petang huhuhu~ tak dapat mamam ayam bbq.

Bila tempat yang diingini dah penuh kami ronda-ronda la dalam K4 tuh cari tempat len untuk berbuka. Tetiba my hubby teringin lak nak makan kat Laksa Shake. Kami tak pernah makan kat kedai nih sebab laksa bukan la feberet kami. Tapi rupanya ada gak jual nasi-nasi ngan pelbagai jenis laksa yang len. Oleh sebab pilihan tempat berbuka adalah terhad so kami terjah je la.

My hubby order nasi kerabu ayam percik dan saya order laksa johor sahaja. Ala.. ala.. diet nasi la konon-kononnyer heheheheh~ Bersama nasi tuh ada side dishes iaitu sup ekor yang telah dilantak dengan jayanya oleh my baby. Hmmm~ my baby skang memang dah tak nak sesi suap menyuap lagi. Sumer nak wat sendiri. Memang la bagus tapi azabnya.. abih ngan baju.. rambut.. muka.. sumer makan sekali..

Kalo kita pujuk nak tolong suapkan.. dia tepis-tepis tangan kita.. huhuhuhu~ So kami sebagai ibu bapa redha je la ngan semangat kendiri anak kami nih walaupun saba je la ngan kekotoran dan kesepahan yang berlaku selepas itu.

Ini lah aksi my baby makan sup ekor..



Itu la resmi kanak-kanak kan? walaupun comot tetap nampak comel hehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

18 August 2010

17 August 2010

♥ Suspected Malware

8:42 AM 0 Comments
Alhamdulillah... akhirnya berjaya gak menyetelkan masalah blogshop saya. My blogshop suspected malware. So kalo komputer kawan-kawan ada pasang anti virus or spyware [kebanyakannya memang ada] dia akan kuar satu security warning yang mengatakan blogshop saya tuh ada virus or mungkin boleh memberi virus sekiranya dibuka. Dan saya akui ia memang memberi kesan yang buruk pada perniagaan online saya.


Tapi alhamdulillah berkat bersabar membaca dan memolo arahan dari google saya berjaya gak menyetelkannya dan sekarang blogshop saya boleh dilayari tanpa keluar warning tuh. Dan pengajaran yang saya dapat dari masalah nih ialah

Sekiranya anda mendonlod gambar atau apa-apa link yang anda search di google atau dimana-mana agen carian yang lain, sila pastikan gambar atau link tersebut telah diakui selamat untuk dilayari oleh google [selalunya akan ada tanda rait kat tepi link].
Sekiranya anda ingin mengopi link gambar.. anda hendaklah memastikan yang anda telah "view full size image" untuk gambar tersebut dan bukan hanya copy link dari thumbnail. Dan pastikan setelah anda copy dalam blog anda.. anda preview untuk 2 3 kali. Sekiranya gambar tersebut kekal di tempatnya dan tidak hilang..insyallah gambar tersebut selamat

Perenggan di atas adalah dari pemerhatian saya dan tips yang diberi oleh pihak google. Pada kawan-kawan yang lebih arif.. sekiranya pendapat saya ini kurang tepat boleh la bagi komen ek.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ No More Pacifier

8:11 AM 0 Comments
Alhamdulillah... percubaan telah masuk hari ketiga dan nampaknya berjaya. Percubaan apa? hikhik~ percubaan untuk memisahkan my baby with his pacifier. My baby dah nak masuk 2 tahun bulan seploh nih.. dan rasa cam tak manis lak dah beso gedabak pon mulut masih melekat puting. Alhamdulillah takde masalah besar seperti mengamuk dan sebagainya. Saya beruntung gak sebab pengasuhnyer very supportive. Akak tuh yang soh saya bentikan puting for my baby sebab katanya nanti gigi tak elok a.k.a halimah jongang.

Yerlah 1st baby kan? kita nampak cam comel jek bila tengok dia tido berputing and tido dia pon cam lena sikit tapi bila pikir-pikir balik yer tak yer gak. Huhuhuhuhu~ tak moh la my baby gigi tak elok.

Dari pemerhatian saya from last wik. Saya perasan my baby kalo benda takde dia tak kesah. Jangan ada depan mata. So saya sorokkan puting dia di dalam laci dan tengok kalo dia mencarik tak time nak tido nanti. Dan hasil dari pemerhatian saya, benda yang paling penting yang leh wat dia tido ialah bantal busuk yang diberi oleh my MIL dan juga my hubby. Dia tak kesah pon puting dia takde.

Hehehe~ yes my baby kalo nak tido dia carik ayahnyer. May be sebab saya jarang tidokan dia. Yer la malam saya kelas. Bila saya balik dia dah nyenyak tido. Sejak dia kecil camtuh so jadilah anak manja ayah.

Koleksi puting dia tuh akan saya simpan hingga end of this wik sebelum saya campakkan ke tong sampah huhuhu~ yerlah takkan nak simpan untuk next baby lak kan. Saya nih memang pantang menyimpan barang-barang yang tak guna nih. Tak mau umah bertukar jadi muzium unless ia memang diketahui akan diperlukan kemudian hari nanti huhuhu~ biasalah student record management la katakan hikhikhik~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata.

13 August 2010

♥ Cerita Di Hari Ketiga Puasa

9:08 PM 1 Comments
Pinjam pakcik gugel punyer


Alamdulillah.. dah selamat menjalani poser hari ketiga. Rasa cam kejap ler plak kan hikhikhik~ Dan hari nih gak hari kedua saya berbuka di kelas bertemankan rakan-rakan sekelas huhuhu~ My hubby berbuka di rumah bersama permata hati kami. Pening la pale ayahnyer nak melayan my princess. Dia tuh waktu berbuka or sahur ngalahkan orang yang puasa hihihihi~

Sepanjang 3 hari nih gigih dia bangun sahur. Tengah-tengah siap kan makanan sahur tetiba pasan dia ada kat belakang ngan puting n peluk bantal busuk. Tau je ibu dia dah bangun. Kengkadang tengah-tengah siap makanan dengar tv terbukak. Tuh tak lain dia la tuh. Then pas abih sahur.. tido balik ngan ayahnya.. Saya kebiasaannya tak tido balik. Time nih la masa nak mengabihkan esemen dan buat keje-keje umah. Kalo ari biasa memang tak dan la sebab dah bz ngan kelas n bila balik pon dah penat.

Bulan puasa nih sempat berbuka ngan family time 1st day jek. Semalam dan harinih berbuka di kelas. Cam biasa menu di kelas very the simple mimple.. kuih singgit ngan air. Beli kat depan kampus jek. Time bulan poser nih kat depan kampus akan bertukar cam bazar ramadahan. Biasa lah sini kan ramai student. Memang harapan la dorang nak masak kan? Tiap-tiap hari makan makanan kolej pon leh mabuk [menaip berdasarkan pengalaman huhuhu~]

 Harinih ada presentation di kelas. Beria nih datang awal dengan harapan leh la nanti balik awal. Tapi hampeh jek. Lecturer tak lepas kitorang yang dah present nih balik dulu. Soh tunggu sampai abis. So melangut la memasing menunggu. Adehhhhh~

Skang dah kul 9 malam n masih ada lagi dua group nak present. Adehhh~ nak balik kul bapa nih wei.. umah bukan dekat. Hmmmmm~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Jemputan Pertama Berbuka Puasa

11:42 AM 0 Comments
Alhamdulillah.. rezeki murah bulan poser nih. Apa lagi kalo tak jemputan berbuka poser hikhikhik.. Sejak kawin kalo bulan poser jek mesti ada jemputan berbuka di hotel. Saya punya tak selalu sekali dua jek.. tapi my hubby very the banyak ok! kengkadang sampai lima enam tempat ajak berbuka. Biasalah kerja ngan bahagian perumahan harus lah banyak kontek. Yang bestnya saya leh ikut muahahaha~

Gambo dari pakcik gugel


Tapi first jemputan berbuka tahun nih adalah saya punyer. Very da awal dah dapat jemputan. Yang menjemput adalah Syarikat Sapura Thales Electronic (STE) Sdn. Bhd. ~~~ Terima kasih Sapura ^_^ ~~~

Jemputannya adaah pada hari Selasa depan [12 Ogos] di Hotel Konkod, KL. Yang bestnya leh bawak Mr Hubby tapi Dellisya kena tinggal kat umah pengasuh la sayang. Dia kan ngan very da aktip. Pastuh majlis ngan tentera nih very the protokol. So untuk memudahkan segalanya.. terpaksalah puteri sya itu ditinggalkan. Jap jek pas buka amik balik hikhikhik~

Seb bek gak bulan poser nih saya takde kelas ari Selasa hingga Khamis [sebab dah ganti ari sabtu huhuhuhu~]. So boleh lah memenuhi jemputan berbuka nih. Dan jugak ada alasan ngelat masak hihihihihi~

Seb bek dapat hubby yang very sporting n tak banyak kerenah. Yerlah kita pon penat keje pastuh kalo masak pon untuk makan berdua je. Tapi seboleh-bolehnya di bulan poser nih memang saya akan usaha untuk masak sebab kalo hari biasa jangan harap la sebab kuar pagi balik malam. Mana dan nak masak.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

10 August 2010

♥ Suprise Birthday Party :: Picture

2:21 PM 0 Comments
Akhirnya... gamba time Suprise Besday Party Hubby saya dah ada.. yippiiii~ Oleh keran potograper nyer adalah bakal PM bagi masa akan datang.. tahap kebiziannya amat melampau ek huhuhu~ baru skang leh pas gambo. Xpe la nama pon potograper tak berbayo hikhikhik~ Thanks Paie...



Perjalanan majlis tersebut telah saya ceritakan pada N3 yang lalu. So kita berkongsi kemeriahan melalui gambar la plak ek hihihihi~



Tempat Kejadian : Just K, The Mines

Get ready.. mangsa dah sampai..

Nyorok sumerrrr~

SUPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kawan-kawan pasan tak sapa yang paling terperanjat kodok? hahahaha~ bukan besday boy... tapiiiiiiii~



Hahaha~ cian my baby.. terlalu fokus on besday boy.. terlupa lak pasal dia
My hubby masih lagi dalam mud terpanjat ekekekeke~
Yeay! Besday boy dapat adiah dari Dragon.. adiahnya? potret family kami hasil lukisan beliau.. thanks a lot
Kapkek Besday Boy.. Yummyyyyyyy~


Kapkek adalah hasil tangan Kak Lea. Very nice hingga kami sumer tak sampai hati nak makan.. tapi akhirnya selamat gak dalam perut masing-masing muahahaha~



Besday boy wif my special adiah hikhikhik~
Besday Boy
Pas sumer kenyang melantak kepsi.. bermula lah sesi men'SUMBANGKAN' sore hihihihihi~

Gelagat rakan-rakan yang hapPENING
Me & my hubby pon karok gak.. saya mmg dah slalu karok.. tapi my hubby nih la 1st time.. happy sangat sebab sporting sungguh dia
hehehehe~ mastermind


Pas memasing dah puas berkarok.. 3 jam ok!!! tuh pon benti sebab time dah abih n sok kena kerja.. hahahaha~ Kalo tak mau meletop mesin karok tuh sebab dah tak tahan dengo suara-suara emas kami nih hikhikhik



Sebelum balik amik gambo reramai lu..




LU KENA BEBBBB!!!! HAHAHAH~
My Hubby : Nih sapa punyer keje nih? >><< Yang Lain : Dia.. Dia.. Dia..


Ok lah memasing dah penat.. so kami balik dulu.. sok nak keje huhuhu~ babai






Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata