17 August 2010

♥ Suspected Malware

Alhamdulillah... akhirnya berjaya gak menyetelkan masalah blogshop saya. My blogshop suspected malware. So kalo komputer kawan-kawan ada pasang anti virus or spyware [kebanyakannya memang ada] dia akan kuar satu security warning yang mengatakan blogshop saya tuh ada virus or mungkin boleh memberi virus sekiranya dibuka. Dan saya akui ia memang memberi kesan yang buruk pada perniagaan online saya.


Tapi alhamdulillah berkat bersabar membaca dan memolo arahan dari google saya berjaya gak menyetelkannya dan sekarang blogshop saya boleh dilayari tanpa keluar warning tuh. Dan pengajaran yang saya dapat dari masalah nih ialah

Sekiranya anda mendonlod gambar atau apa-apa link yang anda search di google atau dimana-mana agen carian yang lain, sila pastikan gambar atau link tersebut telah diakui selamat untuk dilayari oleh google [selalunya akan ada tanda rait kat tepi link].
Sekiranya anda ingin mengopi link gambar.. anda hendaklah memastikan yang anda telah "view full size image" untuk gambar tersebut dan bukan hanya copy link dari thumbnail. Dan pastikan setelah anda copy dalam blog anda.. anda preview untuk 2 3 kali. Sekiranya gambar tersebut kekal di tempatnya dan tidak hilang..insyallah gambar tersebut selamat

Perenggan di atas adalah dari pemerhatian saya dan tips yang diberi oleh pihak google. Pada kawan-kawan yang lebih arif.. sekiranya pendapat saya ini kurang tepat boleh la bagi komen ek.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

No comments: