♥ No More Pacifier

Alhamdulillah... percubaan telah masuk hari ketiga dan nampaknya berjaya. Percubaan apa? hikhik~ percubaan untuk memisahkan my baby with his pacifier. My baby dah nak masuk 2 tahun bulan seploh nih.. dan rasa cam tak manis lak dah beso gedabak pon mulut masih melekat puting. Alhamdulillah takde masalah besar seperti mengamuk dan sebagainya. Saya beruntung gak sebab pengasuhnyer very supportive. Akak tuh yang soh saya bentikan puting for my baby sebab katanya nanti gigi tak elok a.k.a halimah jongang.

Yerlah 1st baby kan? kita nampak cam comel jek bila tengok dia tido berputing and tido dia pon cam lena sikit tapi bila pikir-pikir balik yer tak yer gak. Huhuhuhuhu~ tak moh la my baby gigi tak elok.

Dari pemerhatian saya from last wik. Saya perasan my baby kalo benda takde dia tak kesah. Jangan ada depan mata. So saya sorokkan puting dia di dalam laci dan tengok kalo dia mencarik tak time nak tido nanti. Dan hasil dari pemerhatian saya, benda yang paling penting yang leh wat dia tido ialah bantal busuk yang diberi oleh my MIL dan juga my hubby. Dia tak kesah pon puting dia takde.

Hehehe~ yes my baby kalo nak tido dia carik ayahnyer. May be sebab saya jarang tidokan dia. Yer la malam saya kelas. Bila saya balik dia dah nyenyak tido. Sejak dia kecil camtuh so jadilah anak manja ayah.

Koleksi puting dia tuh akan saya simpan hingga end of this wik sebelum saya campakkan ke tong sampah huhuhu~ yerlah takkan nak simpan untuk next baby lak kan. Saya nih memang pantang menyimpan barang-barang yang tak guna nih. Tak mau umah bertukar jadi muzium unless ia memang diketahui akan diperlukan kemudian hari nanti huhuhu~ biasalah student record management la katakan hikhikhik~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata.

0 comments:

Followers