31 December 2009

♥ Happy New Year

10:13 AM 1 Comments
Selamat Tahun baru 2010





Cepat sungguh masa berlalu. Tahun 2010 dah menjelang tiba. Banyak perkara suka dan duka berlaku sepanjang tahun. Tapi setiap perkara yang terjadi ada hikmahnyer dan mematangkan kita sebagai insan di muka bumi.

Tahun pertama Dellisya penuh dengan pengalaman-pengalaman menarik. Orang kata tahun pertama bayi adalah masa yang paling indah tetapi amat singkat. Pada tahun pertama ini lah anak kita akan belajar bermacam-macam perkara untuk diaplikasi dalam tahun-tahun mendatang dalam hidupnyer. Belajar meniarap, merangkak, duduk, bertatih, berjalan, makan, bermain dan bermacam-macam lagi. Namun semua perkara indah tersebut hanya dalam satu tahun. Pada tahun-tahun selepas ini kita sebagai ibu akan selalu terkenang pengalaman-pengalaman manis melihat anak kita membesar.

I want my baby grown up as a luvly girl.. have a wonderful life.. happy in whatever she doing.. love her parents and family very much.. be a nice and good girl to parents, family, people, country and God as well as enjoy her life.. but until the end of my life.. she always be my little girl that i love so much.. FOREVER..

 
  Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




13 December 2009

♥ My Lovely Baby With Pacifier Contest

1:05 AM 1 Comments
Tengah dok sebok melihat perkembangan Cafe dan Kebun di FB [sambil meneman hubby tgk game Chelsea huhu] terajin lak nak mengjoin satu contest yang diorganize oleh Mummy Hawa.

Memula tgk banner contest nih nak tergelak pon ada hehehe~ veri cute lorr pacifiernyer. Tak dapat kat Malaysia nih. Kena beli kat luar negara huhuhu~ Terus terbantut nak dapatkan satu untuk Dellisya.

Back to contest.. so Contest Mummy Hawa nih ialah...

 "My Lovely Baby With Pacifier Contest"


Syarat penyertaan leh refer kat sini ek

Sebenarnya Dellisya amat la jarang guna pacifier. Stat umo 6 bulan dah jarang melekat kat mulut [sbb my Mum dah marah.. katanyer kang susah nak benti huhuhu~] Pacifier pon bukan la barang terpenting yang perlu ada untuk anak dara saya tuh. Yang penting kena ada air masak. Tapi pacifiernyer bagi gak la.. ikut la mood dia nak ke tak hehehe~

Ini lah gambar Dellisya.. rasanyer time nih umo dia 3 or 4 bulan camtuh la..



Nama cam dalam MyKid :Nur Faeeza Dellisya Binti Mohd Faez
Tarikh lahir kat spital : 13 Oktober 2008
Umur pada masa mama saya ngah wat N3 nih : 1 Tahun 2 Bulan

Banner contest dah ditepek kat tepi tuh dan blog Mummy Hawa telah dilinkkan di Blog List Ibu-Ibu. Penaja pula iaitu Mama Jiwa Tulip telah dilink kan di Blog list Ibu Stuff di bawahnyer ek.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



05 December 2009

♥ We @ Johor Bahru

6:27 PM 4 Comments

Congratz to my cousin.. Faizul aka Ijoy yang dah selamat menikahi gadis pilihannya malam tadi. Today suppose be their weds belah pompuan tapi tak dapat lak nk g [walaupun dah sampai simpang nak masuk kampung umah pompuan tuh] sbb nak kena pick up my father kat Stesen keretapi JB. Ingatkan sempat nak g umah pengantin pompuan lu. But biasa la kalo dah ngantor pengantin.. time management mesti ada lari punyer. Lagipon x sampai hati lak nak biar my father tunggu lelama kat stesen ketapi tuh. Dah la perjalanan amik masa 8 jam lebih ok! [6.00 pg hingga 2.30 ptg erk! opis hour] mesti dia penat. So kami g amik my father pastuh terus balik hotel. Bagi my father rehat lu.

Malam kang pas anto my father g umah moklong saya.. kul 9.30 nak gerak g Danga Bay. Jumpa geng2 Prosboc Johor. Very thankful to dorang coz sanggup jadi GPS peribadi and siap eskot kami ke Stesen Keretapi sbb tak tau jalan huhuhu~ [Saya las g JB 5 tahun yang lalu.. my hubby? x penah g JB langsung.. lagi haru huhuhu]

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




01 December 2009

♥ Beruk Oh Beruk - Part 2

8:20 AM 6 Comments
Ini adalah sambungan dari cerita Beruk Oh Beruk - Part 1

Hmmm~ seperti yang telah dijangka.. beruk saya masih lagi tidak dapat dikenalpasti sehingga ke hari ini. Bagi mengelakkan beruk saya disalahguna oleh orang yang tak bertanggungjawab..
[bukan nak menuduh tapi kalo hp nokia 2200 tuh leh jumpa x kan la beruk saya xleh jumpa lak kan?]
Oleh kerana masa menunggu selama 5 hari telah abis.. hubby dengan bangganyer telah memotong line beruk saya itu huhuhuhu~


Tapi digantikan dengan beruk baru yahoooooooo!!!! Hahaha~ skang saya telah menjadi warga Maxis.


Hubby still proceed guna beruk celcom sebab kat tempat dia line x probs. Tapi kat tempat saya walaupun opis ngan menara Celcom kat Jalan Tun Razak tuh hanya sekangkang beruk.. tapi linenyer amat azab yek kawan-kawan. Kalo ujan lagi la azaaabbbbbbb~ [cam astro lak dia].

Skang saya memang tak letak harapan lagi la nak jumpa beruk lama saya tuh. Kalo ada orang amik.. saya halalkan je la. Kalo masih lagi kat bawah rel LRT tuh.. biarlah dia bersemadi dengan aman.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update pasal beruk Maxis saya nih ek. Skang masih lagi dalam tempoh 7 hari percubaan hehehehe. Tata


24 November 2009

♥ Beruk Oh Beruk - Part 1

8:57 PM 5 Comments
Cuba teka dimanakah beruk saya?

...

...

...

...

Di bawah landasan LRT Kelana Jaya


Hahahaha! mesti semua tertanya-tanya kan camaner la leh tercampak kat situ. Tak tau la nak kategorikan kisah saya nih sedih atau lawak. Biasa la kalo nek LRT tuh saya suka dengo lagu dari phone [nak beli mp3 x mampu huhuhu~]. Nak dijadikan cerita ngah godek-godek nak kuarkan handsfree.. si beruk tuh terbelit lak kat wayar handsfree tuh. Tangah dah penuh ngan nak pegang bag lagi.. pegang fail lagi.. pegang phone lagi.. tengah dok sibuk leraikan wayar tuh tetiba......... tuingggggggggggg~ beruk tuh melompat jatuh atas landasan dan kemudian melompat lagi masuk ke celah-celah landasan tersebut [dan saya hanya mampu melihat waaaaaaaaaaaaaa!!!!].

Kalo ikut hati memang nak lompat terus g amik tapi memandangkan LRT skang dah upgrade train dia untuk tiba setiap 5 minit.. hmmmm~ pk panjang gak la nk lompat atas landasan tuh. So dengan muka toyanyer turun la balik jumpa petugas LRT tuh bgtau beruk saya dah tercampak kat bawah landasan. Biasala pepagi buta.. mana la nampak. So dia kata dia akan tgk nanti.. balik keje nanti datang amik kat kaunter.

Huhuhuhu~ 1 DAY WITHOUT TENET @ MY OFFICE = HELL!!!

Tapi mungkin jugak ada hikmahnyer tenet takde. 100% focus to work wakakaka~ leh caya ke hehehe.

Petang tuh tepat kul 4.29 minit 59 saat dah tercongok kat punch kad. Sampai LRT Kelana Jaya kul 5.30. Tapi hampa jek sebab staff LRT tuh bagi alasan seperti di atas. Tapi takpe la.. tul gak mana la nampak melainkan kena seluk dari atas landasan tuh. Gila mau kena langga ngan LRT tuh kang. So dorang janji malam kang pas train off duty teknisen dorang akan amik kan. Saya pon redha je la. Yerla nak wat apa lagi kan. Orang nak tolong dah kira bagus.

So.. juz wait for tomorrow. hopfuli ada gud news sok. Kalo tak jadi satu hal lak nak g wat sim kad baru + cari beruk baru = $$$$$ huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


18 November 2009

10 November 2009

♥ Dellisya Bertindik

10:47 AM 1 Comments

Oleh kerana Deelisya dah setahun.. tercapai la impian ibunya nih nak tindikkan dia. Yer la dah x larat dh nk betulkan tanggapan orang
"hahahaha~ baby girl la kak bukan boy"

Dia pon baru je bertatih skang. Dalam 2 3 minggu lagi dah berjalan la kot. So mengikut ilmu sains yang saya belajar kat sekolah lu.. keseimbangan badan nih ikut telinga. So kalo tinge tuh dah bertindik so makin seimbang la kn? [hahaha alasan bagi kat hubby utk dpt apruv tindik Dellisya.. w'pun x dpt diterima wakakaka]

Nih la gambo anak dara saya pas bertindik. Tapi gambo tengah bertindik ngan 5 minit selepas kejadian xde la coz Dellisya ngah test suara dia lagi kuat atau spiker kat Tesco lagi kuat [menangis la tuh hahaha]


Tempat Kejadian : Poh Kong, Tesco Shah Alam
Masa Kejadian : Kul 12 Tengahari
Orang-orang yang terlibat :
Ayah - Pegang Tangan
Ibu - Pegang Pale
2 Orang Staff - Tindik Tinge
1 Orang Staff - Agah2 Dellisya

Kejap je dia nangis. Lepas kena pujuk ngan roti terus senyap. Tul la kata staff kedai tuh.. dia cuma terperanjat jek. Pastuh dh ok. Siap leh shopping kat Tesco. Beli lauk nak masak.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


05 November 2009

♥ Wat Contest

3:37 PM 1 Comments



Selalu join contest blogger yang lain. Teringin gak hati nk wat gak. But Sekarang still ngah pk apakah contest yang ingin dibuat beserta hadiah-hadiahnya.

Dan yang penting mestilah contest tuh tak nyusah kan mummy-mummy yang lain + terlalu banyak syarat + easy to join.

Insyallah next wik will come with an idea for my contest.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




21 October 2009

♥ Dellisya 1st Birthday Party

9:53 AM 0 Comments
Dellisya's 1st Birthday Party


Setelah 11 hari berlalu.. baru ada masa nak post pasal besday party nih. Sooo... bz lately. Besday party nih is specially for our lovely princess
Nur Faeeza Dellisya Binti Mohd Faez.
Be held at my parents house at Taman Sri Andalas from 3.00pm to 6.30pm.

Biasa la kalo 1st besday party.. wat la spesel2 skit. pasnih punyer besday sambut family2 je la hehehe~ Time party nih ada clown from Bubu Clown, Goodies Bag and Cake from our own business Faezera Events (blog is still under construction huhuhu~) and cupcake from Lea Oven

Nih adalah preparation utk Goodies Bag.. namapun business sendiri so wat la sendiri kan hehehe~


Dan hasilnyer...



Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tetamu yang datang pon ramai. makanan pun habis dan x membazir. Dan yang paling penting Baby Girl tak meragam coz sebelum tuh dah tidokan dia dulu utk cas bateri hehehe.

Dan ini antara gambar2 yang sempat dirakam pada hari kejadian =)



Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Selangor S&*KS!!

8:31 AM 0 Comments

 Ntah apa la yg players Selangor pk mlm tadi.
Main tak mengikut kemampuan sebenar. kami yang ramai-ramai datang menyokong walaupon sok pepagi nak g keje rasa cam tak berbaloi jek datang.

Strikers jangan cakap la.. ditambah pula dengan pengadil yang FAM amik dari mana ntah betul2 mengair sirapkan darah kami.
 
 
Gambar diambil sebelum perlawanan.. hahaha~

*Credit to www.fanatikselangor.ning.com

Selangor hanya mampu seri 1-1 pada perlawanan Piala Malaysia Suku Akhir pusingan pertama di Stadium Shah Alam! Ini bererti Selangor akan menggalas tugas yang amat berat apabila berkunjung ke Terengganu dalam pusingan timbal-balik kelak.

Selangor yang melayan kunjungan jagoan Pantai Timur- Terengganu dilihat lebih menguasai permainan seawal wisel perlawanan ditiup. Dengan dibantu oleh ribuan penyokong fanatik Merah Kuning yang nyata bersemangat untuk datang memberi sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka, namun tenyata gagal membantu skuad Red Giant untuk mendapatkan kemenangan mutlak di halaman sendiri. Kedatangan penyokong pada perlawanan ini amatlah memberangsangkan walaupun perlawanan di adakan pada hari berkerja namun faktor penyokong ternyata gagal memberi kelebihan kepada skuad K.Devan.

Bermula dengan agak agresif, Selangor acapkali melakukan serangan demi serangan ke kubu Terengganu namun berjaya dipintas baik oleh benteng pertahanan mereka yang bermain dengan agak baik pada malam tadi. Kekentalan barisan pertahanan didikan Ken Worden jelas merencatkan perancangan jentera serangan Selangor.

Pada minit ke-6, Safee Sali hampir meletakkan Selangor di hadapan namun tendangan kencangnya hanya melewati sedikit sahaja bahagian atas gawang Terengganu. Serangan demi serangan diatur oleh barisan Selangor namun ternyata penyakit lama kembali melanda ke dalam skuad Selangor - tiada penyudah!

Walaubagaimanapun, Kapten Selangor-Amri Yahyah berjaya menggamatkan suasana Stadium Shah Alam pada minit ke- 20 apabila berjaya menolak masuk bola ke gawang Terengganu hasil hantaran silang rakan sepasukan. Namun gol ini dibantah oleh segelintir pemain Terengganu yang mendakwa bola terkena tangan Amri namun bantahan tersebut tidak diendahkan oleh pengadil perlawanan yang bertugas.

Sedang para penyokong leka bersorak riang hasil jaringan pembukaan oleh Amri Yahyah, secara tiba-tiba Terengganu pula melakukan serangan pantas dan berjaya pula menghasilkan gol hasil tendangan kencang pemain mereka pada selang 10 minit selepas Amri melakukan jaringan dan sekaligus membuatkan para penyokong tersentak diam seketika namun ianya disambut oleh sorakan girang penyokong pelawat yang dianggarkan seramai 2 ribu orang.

Perlawanan separuh masa tamat dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, Selangor mula menggandakan asakan demi asakan, namun gagal melakukan penyudah yang baik. Amri Yahyah sekali lagi hampir meletakkan Selangor di depan namun bola tendangan lambungnya yang menarik hanya sipi melepasi palang gol Terengganu.

Bolehlah dikatakan bahasa Selangor menguasai perlawanan sebanyak 70% dan selebihnya 30% dikuasai oleh Terengganu, namun masih lagi gagal mendapatkan gol tambahan. Terengganu yang sesekali mengasak ke kubu Selangor dilihat lebih menarik apabila tendangan penyerang mereka hampir dan kerapkali mengenai sasaran namun berjaya dipatahkan oleh Hamsani. Sedang Terengganu asyik menyerang, seketika terdengar tiupan wisel dari tempat duduk penyokong sehingga pada suatu masa tiupan wisel penyokong berjaya memberhentikan perlawanan! Dan ini sekali lagi dibantah oleh pemain Terengganu yang mendakwa keliru dengan tiupan wisel tersebut! Namun sekali lagi bantahan itu ditolak pengadil perlawanan.

Selangor yang dilihat kerapkali menyerang ke kubu Terengganu, namun gagal menterjemahkan ia ke dalam bentuk jaringan sehingga membuatkan sebahagian penyokong mula menjerit dan melahirkan rasa tidak puas hati. ternyata malam tadi penyudah yang berkesan tiada pada pasukan Selangor walaupun permainan hampir dikuasai skuad.

Penyerang Selangor - Safee Sali juga bermain dengan agak kurang baik apabila banyak bola yang dilorongkan kepada beliau gagal disudahkan dengan baik sehingga beliau acapkali dicemuh penyokong! Hampir lebih 10 peluang keemasan berjaya dibuka oleh rakan sepasukan namun, kegopohan beliau telah menggagalkan segala-galanya.

Permainan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Dengan keputusan seri ini, maka Selangor pasti akan lebih tertekan apabila berkunjung ke Terengganu Sabtu ini. Tugas getir pasti akan menanti Selangor di sana. Anak-anak buah Ken Worden pasti sedaya upaya akan menyekat kemaraan Selangor untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. Dan hasil daripada keputusan seri di Stadium Shah Alam ini, pasti akan menarik perhatian ribuan penyokong Terengganu untuk turun ke stadium menyokong pasukan mereka! Selangor pasti lemas sekiranya gagal mengawal rentak permainan. Misi di Terengganu kelak adalah misi WAJIB MENANG agak dapat melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Peluang yang ada dan terhidang di Stadium Shah Alam sudahpun dilepaskan begitu sahaja, dan yang pasti harapan para penyokong Red Giant pasti menggunung tinggi - untuk melihat skuad Red Giant berjaya menumbangkan Terengganu di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik mereka!

Dan kesudahannyer >> Selangor 1 - Terengganu 1

 
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

17 October 2009

♥ Thumb Drive Album Hilang

1:04 AM 0 Comments

 
Waaaawaaaa... rasa cam nak nangis meraung2 nih huhuhu~ tapi bak kata org nangis airmata darah pon x guna. Salah sendiri. Lalai sangat.

Saya simpan semua gamba di dalam satu thumb drive. But skang thumb drive tuh lupa letak mana. Or may b most worst pon tercicir kat mana2. Sedihnyerrrrr!!!! Banyak gamba dalam tuh sbb mmg saya x simpan kat tempat lain. Ingatkan kalo dh penuh nnt baru nk burn dalam cd but kapasiti 8G so dari saya beli dulu smpi skang mmg x penuh2.

Tapi nasib baik la gak gamba2 dlm tuh sumer saya dah cuci n luckly saya ada upload kat flickr. But bukan sumer la huhuhu~ So ada la yg terselamat dari hilang ntah ke mana.

Hopfuli jumpa balik la thumb drive saya tuh. Kenangan kan? Lagipun rasa sayang sangat. Kita doa la sesama ek

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata




07 October 2009

♥ Selangor Ke Suku Akhir

11:51 AM 0 Comments
 SELANGOR KE SUKU AKHIR!! 
Sabah rebah untuk kali kedua dalam kempen Piala Malaysia musim 2009! Selangor yang turun melayan kunjungan Sabah dalam pusingan ke-2 di Stadium Shah Alam dengan penuh bersemangat,walaupun masalah keletihan setelah pulang dari Kota Singapura, namun tetap bersemangat untuk mencipta rekod pantas untuk layak secara mudah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Bermula dengan agak baik di hadapan lebih kurang 2500 penyokong Merah Kuning, Selangor mula mengasak ke kubu Sabah. Pergerakan-pergerakan menarik dari jentera serangan Selangor walaubagaimanapun berjaya dipatahkan dengan baik oleh benteng pertahanan pasukan pelawat.

Sabah juga dilihat kerap melakukan asakan demi asakan ke kubu Selangor sehingga mencemaskan ribuan penyokong setia di Stadium Shah Alam. Apa yang agak membimbangkan adalah prestasi yang agak merosot yang dipamerkan oleh barisan pertahanan Selangor yang kerapkali gagal menyekat pergerakan-pergerakan penyerang Sabah. Prestasi yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan Selangor, Razman Roslan dilihat pada prestasi yang amat membimbangkan.

Hasil dari serangan-serangan pantas oleh pelawat, akhirnya Sabah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-32 apabila penyerang mereka berjaya meloloskan diri dan melakukan sepakan yang terkena palang, namun berjaya menggegarkan gawang Selangor, menjadikan kedudukan Selangor ketinggalan 0-1.

Hasil dari gol pendahuluan tersebut, Selangor mula menyusun semula pergerakan. Walaubagaimana pun, serangan-serangan Selangor kerap gagal menemui sasaran tepat.

Namun pada minit ke-43, Amri Yahyah menggamatkan stadium dengan gol penyamaan hasil terlepas dari perangkap offside yang tidak menjadi oleh barisan pertahanan Sabah.

Pada minit-minit akhir separuh masa kedua, sekali lagi Selangor berjaya meloloskan diri apabila Safee Sali berjaya menolak masuk bola ke gawang Sabah namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana offside.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan 1-1.

Separuh masa kedua bermula, Selangor tidak menunggu lama apabila Safee Sali berjaya menyambar hantaran silang lantas menyepak masuk untuk gol ke-2 Selangor menjadikan kedudukan Selangor 2 - 1 Sabah pada minit ke-13.

Selangor yang mula bernafsu, mula melancarkan serangan dari pelbagai arah sehingga menyebabkan sesekali benteng pertahanan Sabah menjadi kucar-kacir. Sabah juga kelihatan acapkali melakukan serangan pantas, counter-attact terhadap kubu Selangor namun berjaya dipatahkan dengan baik oleh pertahanan Selangor.

Safee Sali dikeluarkan pada minit ke-28 dan digantikan oleh K.Nanthakumar.

Sabah yang kelihatan terdesak, mula kembali menyusun corak serangan dengan melancarkan banyak serangan pantas. Selangor juga dilihat tidak jemu-jemu mengasak ke kubu Sabah namun gagal untuk mendapatkan gol tambahan.

Hasil serangan yang bertalu-talu, Selangor akhirnya mendapat gol ke-3 pada minit ke-25 apabila Hardi Jaafar bijak menolak masuk bola ke gawang Sabah. Situasi ini menyebabkan pemain-pemain Sabah mula bermain dengan agak tidak tersusun.

Selangor sekali lagi mendapat gol yang ke-4 hasil jaringan Kapten Pasukan Selangor, Amri Yahyah dengan menjadikan kedudukan sekali lagi berubah kepada 4-1, dan sekali lagi Stadium Shah bergema dengan sorakan gembita penyokong.

Perlawanan tamat dengan Selangor berjaya merebahkan Sabah untuk kali kedua dengan kemenangan mutlah 4-1 di Stadium Shah Alam. Dengan kemenangan ini, Selangor berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dan pertemuan menentang PDRM pada 10 Oktober ini di Stadium MPS Selayang hanyalah sebagai pelengkap jadual.

Syabas Selangor! Viva Selangor 

* Credit to www.selangorfanatik.ning.com *




16 September 2009

♥ Selamat Hari Raya

2:55 PM 1 Comments

Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada semua. Semoga bergembira di hari raya ini bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Berhati-hati semasa memandu. Sayangi dan ingatilah keluarga anda sentiasa.

Tata


17 August 2009

♥ Pra Raya Shopping

1:18 PM 1 Comments
Selamat Hari Raya...

Hahahaha.. saya tau apa yg korang pk... puasa pon lum stat lagi dh ckp pasal raya kan? hehehe~ Diz year adalah the best raya we'll have coz diz year kami beraya bertiga. Tak saba nk pakaikan Dellisya baju kurung pagi raya nnt. Mesti comel sangat 

Yang seronoknya mestilah time shopping. Semalam niat di hati hanya nk window shopping di JJ Bukit Raja tp mmg x leh tahan gak tangan nih dari beli baju Dellisya. Hubby pon dh geleng-geleng kepala hehehe~ 

Alasan stendet
"Ala.. beli skang sbb nnt time bulan poser x yah sesak-sesak ngan org len yg shopping raya"

So inilah hasilnya.. jeng.. jeng.. jeng..



 Rasanyer dh cukup la baju Dellisya utk raya nih.. INSYALLAH

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata