21 October 2009

♥ Selangor S&*KS!!


 Ntah apa la yg players Selangor pk mlm tadi.
Main tak mengikut kemampuan sebenar. kami yang ramai-ramai datang menyokong walaupon sok pepagi nak g keje rasa cam tak berbaloi jek datang.

Strikers jangan cakap la.. ditambah pula dengan pengadil yang FAM amik dari mana ntah betul2 mengair sirapkan darah kami.
 
 
Gambar diambil sebelum perlawanan.. hahaha~

*Credit to www.fanatikselangor.ning.com

Selangor hanya mampu seri 1-1 pada perlawanan Piala Malaysia Suku Akhir pusingan pertama di Stadium Shah Alam! Ini bererti Selangor akan menggalas tugas yang amat berat apabila berkunjung ke Terengganu dalam pusingan timbal-balik kelak.

Selangor yang melayan kunjungan jagoan Pantai Timur- Terengganu dilihat lebih menguasai permainan seawal wisel perlawanan ditiup. Dengan dibantu oleh ribuan penyokong fanatik Merah Kuning yang nyata bersemangat untuk datang memberi sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka, namun tenyata gagal membantu skuad Red Giant untuk mendapatkan kemenangan mutlak di halaman sendiri. Kedatangan penyokong pada perlawanan ini amatlah memberangsangkan walaupun perlawanan di adakan pada hari berkerja namun faktor penyokong ternyata gagal memberi kelebihan kepada skuad K.Devan.

Bermula dengan agak agresif, Selangor acapkali melakukan serangan demi serangan ke kubu Terengganu namun berjaya dipintas baik oleh benteng pertahanan mereka yang bermain dengan agak baik pada malam tadi. Kekentalan barisan pertahanan didikan Ken Worden jelas merencatkan perancangan jentera serangan Selangor.

Pada minit ke-6, Safee Sali hampir meletakkan Selangor di hadapan namun tendangan kencangnya hanya melewati sedikit sahaja bahagian atas gawang Terengganu. Serangan demi serangan diatur oleh barisan Selangor namun ternyata penyakit lama kembali melanda ke dalam skuad Selangor - tiada penyudah!

Walaubagaimanapun, Kapten Selangor-Amri Yahyah berjaya menggamatkan suasana Stadium Shah Alam pada minit ke- 20 apabila berjaya menolak masuk bola ke gawang Terengganu hasil hantaran silang rakan sepasukan. Namun gol ini dibantah oleh segelintir pemain Terengganu yang mendakwa bola terkena tangan Amri namun bantahan tersebut tidak diendahkan oleh pengadil perlawanan yang bertugas.

Sedang para penyokong leka bersorak riang hasil jaringan pembukaan oleh Amri Yahyah, secara tiba-tiba Terengganu pula melakukan serangan pantas dan berjaya pula menghasilkan gol hasil tendangan kencang pemain mereka pada selang 10 minit selepas Amri melakukan jaringan dan sekaligus membuatkan para penyokong tersentak diam seketika namun ianya disambut oleh sorakan girang penyokong pelawat yang dianggarkan seramai 2 ribu orang.

Perlawanan separuh masa tamat dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, Selangor mula menggandakan asakan demi asakan, namun gagal melakukan penyudah yang baik. Amri Yahyah sekali lagi hampir meletakkan Selangor di depan namun bola tendangan lambungnya yang menarik hanya sipi melepasi palang gol Terengganu.

Bolehlah dikatakan bahasa Selangor menguasai perlawanan sebanyak 70% dan selebihnya 30% dikuasai oleh Terengganu, namun masih lagi gagal mendapatkan gol tambahan. Terengganu yang sesekali mengasak ke kubu Selangor dilihat lebih menarik apabila tendangan penyerang mereka hampir dan kerapkali mengenai sasaran namun berjaya dipatahkan oleh Hamsani. Sedang Terengganu asyik menyerang, seketika terdengar tiupan wisel dari tempat duduk penyokong sehingga pada suatu masa tiupan wisel penyokong berjaya memberhentikan perlawanan! Dan ini sekali lagi dibantah oleh pemain Terengganu yang mendakwa keliru dengan tiupan wisel tersebut! Namun sekali lagi bantahan itu ditolak pengadil perlawanan.

Selangor yang dilihat kerapkali menyerang ke kubu Terengganu, namun gagal menterjemahkan ia ke dalam bentuk jaringan sehingga membuatkan sebahagian penyokong mula menjerit dan melahirkan rasa tidak puas hati. ternyata malam tadi penyudah yang berkesan tiada pada pasukan Selangor walaupun permainan hampir dikuasai skuad.

Penyerang Selangor - Safee Sali juga bermain dengan agak kurang baik apabila banyak bola yang dilorongkan kepada beliau gagal disudahkan dengan baik sehingga beliau acapkali dicemuh penyokong! Hampir lebih 10 peluang keemasan berjaya dibuka oleh rakan sepasukan namun, kegopohan beliau telah menggagalkan segala-galanya.

Permainan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Dengan keputusan seri ini, maka Selangor pasti akan lebih tertekan apabila berkunjung ke Terengganu Sabtu ini. Tugas getir pasti akan menanti Selangor di sana. Anak-anak buah Ken Worden pasti sedaya upaya akan menyekat kemaraan Selangor untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. Dan hasil daripada keputusan seri di Stadium Shah Alam ini, pasti akan menarik perhatian ribuan penyokong Terengganu untuk turun ke stadium menyokong pasukan mereka! Selangor pasti lemas sekiranya gagal mengawal rentak permainan. Misi di Terengganu kelak adalah misi WAJIB MENANG agak dapat melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Peluang yang ada dan terhidang di Stadium Shah Alam sudahpun dilepaskan begitu sahaja, dan yang pasti harapan para penyokong Red Giant pasti menggunung tinggi - untuk melihat skuad Red Giant berjaya menumbangkan Terengganu di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik mereka!

Dan kesudahannyer >> Selangor 1 - Terengganu 1

 
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

No comments: