03 September 2010

♥ Shopping @ Uptown Danau Kota

Pinjam Pakcik Gugel

Mengantuk~~ ZzzzZzzzZzzz~

Sebab? 
bershopping di Uptown Danau Kota malam tadi

Pukul? 
12 - 3.30 pagi huhuhuhu~

Arinih keje?
Of kos!

Naper kami wat keje kurang tido nih?
Sebab taim tuh je la tak sesak dan leh shopping dalam keadaan aman dan tenteram. Kalo g malam Sabtu or hari-hari yang soknyer cuti alamat cam beratur nak amik makan kat sel penjara je la. Pandang kiri nampak pale orang. Pandang kanan pun nampak pale orang.

Malam tadi sempat la kami bershopping untuk diri sendiri lak. Anak shopping kat Jusco & Butik.. ayah ibu shopping kat uptown jek huhuhu~ Boleh la..

Seperti dijangka walaupun ramai.. tapi takde a sesak sampi nak jalan pon cam pakai kimono. Dellisya masih boleh tido dengan nyenyaknyer di dalam stroller dan saya boleh menolak stroller itu dengan lancar. Saya tak suka g taim orang ramai. Selain dari bau badan orang.. nak tengok barang pon payah. Apatah lagi nak tawar menawar. Memang tak dilayan la kita. Nak sudah taknak blah.. hmmm~

Alhamdulillah komplit sumer barang yang diingini untuk menyambut raya. Tujuan sebenar beli barang-barang tuh pon sebenarnya bukan semata untuk raya tapi untuk digunakan di hari seharian dan taim nih je la harga cam boleh tawar sehingga titisan ringgit yang terakhir hehehe~

Apa yang dibeli? 
Ayah beli kasut. Kasut sahaja sebab suar yang dia berkenan masih lagi di harga yang tak dapat diturunkan. Tunggu shopping raya kat Taman Cempaka la malam raya nanti.

Saya beli jam dan handbag. Tuh je la. Yang lain masih boleh digunakan lagi. Handbag raya taun lepas dah wat handbag keje. Biasalahhh~ beli pon setahun sekali kan huhuhu~

Dellisya beli baju [erk! baju lagi] dan suar cenonet. Walaupun dah berjanji pada diri sendiri tak mau beli lagi.. tapi sapa la saya untuk mengelak ketentuan Illahi hihihihi~ alasan

Ok! dah kul 12.15. Ari jumaat opis balik kul 12.15 dan pas Jumaat tak yah masuk opis lagi. Yahooooo!!! balik lu ek nak bum bum.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

2 comments:

syariza09 said...

Tak ngantok ker masa ni. Kalo gi time ni mmg leh bsuka ria sbb org x ramai kan........

Mrs Faez said...

Hehehe
Taim kat uptown tuh x ngantuk langsung
Rasa segar bugar lagi
Pagi soknyer kat opis baru la rasa ngantuk ya amat