♥ Cerita Hari Raya 2010

Salam semua. bersiaran semula selepas hampir seminggu tak update blog. Sepanjang cuti raya still buka blog tapi just blogwalking kengkawan jek. Tak sempat dan tak menemui waktu senggang nak menaip citer sendiri. Sebuk g beraya dan menaikkan berat badan huhuhu~

Tahun nih giliran beraya di kampung saya di Melaka. Best! Yer la raya kat kampung sendiri la kan? bak kata pepatah hujan emas di kampung orang.. hujan batu di kampung sendiri.. lebih baik kampung sendiri.. hehehehe~

Kalo raya kat Melaka memang tak sah kalo tak berjalan kat Taman Cempaka. Kalo orang Melaka mesti tau. Sebab malam-malam raya dah masuk awal pagi tuh dia dah wat jualan penghabisan stok. Tudung bawal senang-senang dapat RM 10 selai. Hari biasa mau RM 30++ Baju raya pon jual longgok-longgok jek. Nak abihkan stok la kan. Malam raya saya bersama my hubby.. adik dan sepupu pon g la merayap kat sana. Dellisya tinggal ngan awe sebab kami g tuh around 12 a.m. huhuhuhu~ Sampai umah pon nak kat kul 4 pagi. Sok nak bangun awal nak raya. Takpe la setahun sekali je kan? Ops dua tahun sekali huhuhu~

Malam tuh my hubby la shopping raya las minit. Beli songkok n samping. Saya lak beli tudung jek. Tudung nak pakai pagi raya tak beli lagi hehehehe~ Seb bek jumpa kaler yang sesuai. Harga pon dapat la ditawar sehingga titisan ringgit yang terakhir.

Mak dan ayah saya segeneri. So takde la berebut kalo bab nak balik kampung time raya. Time awe saya lu masih idup ada la kot gaduh-gaduh manja but since parents ayah saya dah takde so memang tetiap tahun kami balik kampung ibu. Walaupun parents ibu pon dah takde tapi umah atuk still ada sebab makcik saya duduk. Umah kampung belah ayah dah jadi rumah tinggal dah. Tunggu masa nak roboh. Yerlah umah takde penghuni kan? Serinya pon hilang la. Tetiba rindu lak time kecik-kecik lu petik bunga untuk wat men masak-masak. Pastuh awe saya jerit sebab jahanam bunga dia hehehe~ Skang bukan nak kata bunga.. pokoknyer pon ntah kemana. Hanya penuh semak samun jek. Kalo la awe saya masih hidup tentu umah tuh masih cantik, bersih dan terjaga. Hmmm~ Kengkadang bila balik kampung ayah memang lalu depan umah awe saya tuh. Saya perasan ayah mesti sedih tengok umah parentsnyer camtuh. Tapi tuh la. Anak-anak dah ada umah sendiri. Makcik saya yang dapat umah tuh pon dah ada umah sendiri. So sapa yang nak duduk?

So skang nih pagi raya pas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kami akan gerak ke kampung ayah lak. Amik masa sehari gak la nak ngabihkan round kampung. Dari pagi sampai petang. Pastuh kami balik kampung ibu semula. 2nd round raya kat kampung ibu lak. Huhuhu~ sedara ramai la katakan.

Nih gamba yang sempat di snap-snap sepanjang beraya di kampung ayah saya.

My big family.. abang dan kakak ipar je takde sebab dorang balik kampung kakak ipar saya
On da way ke kampung ayah
Family Potrait.. sekali sama warna ngan umah daaaaa~


Saya cuti sakan raya nih. Bukan kehendak diri sendiri pon tapi pengasuh anak dah cuti lama tuh. Mak nyer pon kena la ikut cuti gak. Takkan nak bawak si kecik g opis hari-hari. Memang tak jadi keje la nanti. My hubby harinih dah start keje huhuhu~ keje harinih dan sok ari khamis cuti balik sampai ahad. Hmmm~ men transit-transit camtuh lak.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

0 comments:

Followers