♥ Multivitamin Untuk Anak

Rasanya ramai dikalangan kawan-kawan yang memberi vitamin tambahan kepada anak-anak. Termasuklah saya. Sejak kecil saya dah beri Dellisya makan vitamin sebagai tambahan keperluan tumbesarannya. My baby masa kecil ada masalah berat badan. Sejak umur 4 bulan beratnya down sangat.

Taim check up kan ada buku kecik yang ada graf untuk catit berat anak setiap bulan tuh kan? My baby punya berat di bawah garisan kat area kuning tuh. Macam-macam petua dan cara yang saya cuba untuk tambahkan berat. Setiap kali pergi check up mesti nurse tuh banyak tanya. Lagi la kalo nurse yang baya mak-mak kita. Kadang-kadang kalo bercakap bukan pikir hati kita. Cam kita nih sukati lak anak tak cukup berat. Cam mengata kita nih tak bagi makan kat anak.

Tapi alhamdulilah. Walaupun camtuh, my baby tetap sihat. Perkembangan fizikal dan minda dia pon ok. Cuma bila orang tengok mesti kata "eh! keciknya". Takpe lah asalkan sihat kan?

Now saya pasan yang dia cam cepat lak besar. Dulu sampai umur setahun lebih pakai pampers saiz M. Now baru berapa bulan pampers saiz L cam dah kecik lak. Baju pon rasanya beberapa bulan lepas pakai kat bawah lutut. Bila pakai skang aik dah kat atas lutut dah. Ibu saya kata sebab dia serasi ngan pengasuh dia yang skang nih. Makan pon berselera. Sonok sangat bila tengok dia makan. Nak dokong skang lama-lama pon dah tak larat. Dah berat huhuhu~

Dulu saya ada try gak Appeton Lysine untuk bagi dia tambah selera makan. Tapi nan ado! Selera makan vitamin tuh ada la saya tengok. Sedap kot vitaminnya. Ntah la saya pon tak pernah lak try makan hehehe~

Skang bila berat dia dah ok. Saya tukar pada Appeton Taurine. Yang nih untuk merangsang mindanya dan pembesaran yang sihat. Comel jek pil vitamin dia. Bentuk bintang warna kuning. Saya akan bagi setiap pagi sebelum anta dia ke rumah pengasuh.


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



0 comments:

Followers