29 September 2010

♥ New Sony Gadget

10:17 AM 0 Comments
Oleh sebab ada sedikit kelebihan kewangan bulan ini.. saya dan my hubby pon amik keputusan drastik nak tuka alat perhubungan kami hehehe~ Nih bukan guna wit raya Dellisya ek huhuhuhuhu~ wit dia selamat dalam jagaan bank negara

Sebab tuka phone?

* boring ngan yang lama
* my hubby dah tak minat guna BB sebab susah nak menaip
* saya dah tak minat guna satio sebab rasa cam bagak sangat lak
* rasa dah lama kami tak pakai hp yang sama. Time kapel lu selalu gak beli hp yang sama jenis dan warna.. skang x leh sebab takut tertuka huhuhu~
* sebab arituh dah beli kamera so kamera di hp bukanlah keutamaan kami skang nih

Apakah hp pilihan kami?

* Masih lagi setia ngan sony ericsson
* Pakai jenis yang sama cuma kaler dan siri yang berlainan
My Hubby - Vivas Pro
Vivas
Hehehe my hubby black dan saya punyer pink kaler. Dedua sama je cuma my hubby ada slide keyboard. So phone dia tebal skit la dari saya tapi takde la tebal sangat.
Melalui pemerhatian dalam seminggu nih cam best gak la. Kecik dan ringan tapi still multifunction. Tak abeh menggodek lagi nih huhuhu~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ My Princess Demam

9:53 AM 1 Comments
Salam.. dis wik mud tak berapa baik sebab my baby demam + batuk + selsema = ngamuk + memalam bangun + asik merengek huhuhu~

www.google.com

Skang nih kan cuaca tak menentu. Jap panas sangat.. sidai kain berapa jam je dah kering. Tetiba hujan selebat-lebatnyer la plak sampai nak drive pon tak nampak jalan. Agaknyer sebab perubahan cuaca nih la wat my baby demam. Bukan setakat Dellisya... kebanyakan anak kawan-kawan saya pon ada yang baru baik demam.. ngah demam.. atau rasa cam nak demam.

 Alhamdulillah panas badannyer tak adalah melampau. Tak panas sangat pon cuma batuk dan selsema yang cam teruk. Tapi nasib baik sejak dari kecik ibu saya dah soh ajar anak tido meniarap. Ada gak pendapat yang kata tak elok sebab baby kecik lagi dan dadanya tak kuat tapi ia amat berguna kalo taim-taim anak selsema camnih. Dia masih boleh tido walaupun selsema sebab hidungnyer tak tersumbat. Cuma kengkadang dia bangun carik ayah + ibu dia.

Saya pasan pon badan dia cam dah susut skit. Makan pon tak selera agaknya sebab rasa payau. Yerlah g klinik macam-macam ubat yang doktor bagi. Ubat batuk + demam + selsema + antibiotik huhuhu~

Hopfuli my baby sempat sembuh before besday party dia ujung minggu nih. Yer la cam tak best lak kalo wat party tapi besday girl not in mud.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

23 September 2010

♥ Multivitamin Untuk Anak

11:50 AM 0 Comments
Rasanya ramai dikalangan kawan-kawan yang memberi vitamin tambahan kepada anak-anak. Termasuklah saya. Sejak kecil saya dah beri Dellisya makan vitamin sebagai tambahan keperluan tumbesarannya. My baby masa kecil ada masalah berat badan. Sejak umur 4 bulan beratnya down sangat.

Taim check up kan ada buku kecik yang ada graf untuk catit berat anak setiap bulan tuh kan? My baby punya berat di bawah garisan kat area kuning tuh. Macam-macam petua dan cara yang saya cuba untuk tambahkan berat. Setiap kali pergi check up mesti nurse tuh banyak tanya. Lagi la kalo nurse yang baya mak-mak kita. Kadang-kadang kalo bercakap bukan pikir hati kita. Cam kita nih sukati lak anak tak cukup berat. Cam mengata kita nih tak bagi makan kat anak.

Tapi alhamdulilah. Walaupun camtuh, my baby tetap sihat. Perkembangan fizikal dan minda dia pon ok. Cuma bila orang tengok mesti kata "eh! keciknya". Takpe lah asalkan sihat kan?

Now saya pasan yang dia cam cepat lak besar. Dulu sampai umur setahun lebih pakai pampers saiz M. Now baru berapa bulan pampers saiz L cam dah kecik lak. Baju pon rasanya beberapa bulan lepas pakai kat bawah lutut. Bila pakai skang aik dah kat atas lutut dah. Ibu saya kata sebab dia serasi ngan pengasuh dia yang skang nih. Makan pon berselera. Sonok sangat bila tengok dia makan. Nak dokong skang lama-lama pon dah tak larat. Dah berat huhuhu~

Dulu saya ada try gak Appeton Lysine untuk bagi dia tambah selera makan. Tapi nan ado! Selera makan vitamin tuh ada la saya tengok. Sedap kot vitaminnya. Ntah la saya pon tak pernah lak try makan hehehe~

Skang bila berat dia dah ok. Saya tukar pada Appeton Taurine. Yang nih untuk merangsang mindanya dan pembesaran yang sihat. Comel jek pil vitamin dia. Bentuk bintang warna kuning. Saya akan bagi setiap pagi sebelum anta dia ke rumah pengasuh.


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



14 September 2010

♥ Rumah Dellisya

2:33 PM 2 Comments
Kecik-kecik dah ada umah. Bukan cam ayah dan ibunya.. umo nak kat 30 tahun masih mencari lagi. Hehehehe~ nak tengok umah baru Dellisya? tadaaaaaaaaa~


Rumah Dellisya dalam kotak
Pandangan dari pintu masuk


Pandangan dari atas
Rumah Dellisya.. jemputlah datang raya ^_^
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



♥ Cerita Hari Raya 2010

9:43 AM 0 Comments
Salam semua. bersiaran semula selepas hampir seminggu tak update blog. Sepanjang cuti raya still buka blog tapi just blogwalking kengkawan jek. Tak sempat dan tak menemui waktu senggang nak menaip citer sendiri. Sebuk g beraya dan menaikkan berat badan huhuhu~

Tahun nih giliran beraya di kampung saya di Melaka. Best! Yer la raya kat kampung sendiri la kan? bak kata pepatah hujan emas di kampung orang.. hujan batu di kampung sendiri.. lebih baik kampung sendiri.. hehehehe~

Kalo raya kat Melaka memang tak sah kalo tak berjalan kat Taman Cempaka. Kalo orang Melaka mesti tau. Sebab malam-malam raya dah masuk awal pagi tuh dia dah wat jualan penghabisan stok. Tudung bawal senang-senang dapat RM 10 selai. Hari biasa mau RM 30++ Baju raya pon jual longgok-longgok jek. Nak abihkan stok la kan. Malam raya saya bersama my hubby.. adik dan sepupu pon g la merayap kat sana. Dellisya tinggal ngan awe sebab kami g tuh around 12 a.m. huhuhuhu~ Sampai umah pon nak kat kul 4 pagi. Sok nak bangun awal nak raya. Takpe la setahun sekali je kan? Ops dua tahun sekali huhuhu~

Malam tuh my hubby la shopping raya las minit. Beli songkok n samping. Saya lak beli tudung jek. Tudung nak pakai pagi raya tak beli lagi hehehehe~ Seb bek jumpa kaler yang sesuai. Harga pon dapat la ditawar sehingga titisan ringgit yang terakhir.

Mak dan ayah saya segeneri. So takde la berebut kalo bab nak balik kampung time raya. Time awe saya lu masih idup ada la kot gaduh-gaduh manja but since parents ayah saya dah takde so memang tetiap tahun kami balik kampung ibu. Walaupun parents ibu pon dah takde tapi umah atuk still ada sebab makcik saya duduk. Umah kampung belah ayah dah jadi rumah tinggal dah. Tunggu masa nak roboh. Yerlah umah takde penghuni kan? Serinya pon hilang la. Tetiba rindu lak time kecik-kecik lu petik bunga untuk wat men masak-masak. Pastuh awe saya jerit sebab jahanam bunga dia hehehe~ Skang bukan nak kata bunga.. pokoknyer pon ntah kemana. Hanya penuh semak samun jek. Kalo la awe saya masih hidup tentu umah tuh masih cantik, bersih dan terjaga. Hmmm~ Kengkadang bila balik kampung ayah memang lalu depan umah awe saya tuh. Saya perasan ayah mesti sedih tengok umah parentsnyer camtuh. Tapi tuh la. Anak-anak dah ada umah sendiri. Makcik saya yang dapat umah tuh pon dah ada umah sendiri. So sapa yang nak duduk?

So skang nih pagi raya pas bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kami akan gerak ke kampung ayah lak. Amik masa sehari gak la nak ngabihkan round kampung. Dari pagi sampai petang. Pastuh kami balik kampung ibu semula. 2nd round raya kat kampung ibu lak. Huhuhu~ sedara ramai la katakan.

Nih gamba yang sempat di snap-snap sepanjang beraya di kampung ayah saya.

My big family.. abang dan kakak ipar je takde sebab dorang balik kampung kakak ipar saya
On da way ke kampung ayah
Family Potrait.. sekali sama warna ngan umah daaaaa~


Saya cuti sakan raya nih. Bukan kehendak diri sendiri pon tapi pengasuh anak dah cuti lama tuh. Mak nyer pon kena la ikut cuti gak. Takkan nak bawak si kecik g opis hari-hari. Memang tak jadi keje la nanti. My hubby harinih dah start keje huhuhu~ keje harinih dan sok ari khamis cuti balik sampai ahad. Hmmm~ men transit-transit camtuh lak.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

07 September 2010

♥ Buat Kerja Dalam Senyap

9:09 AM 0 Comments
Di suatu malam yang sunyi.. sedang saya sebok melipat kain sambil menengok citer CSI kat Channel 701 Astro.. saya terperasan keadaan pada ketika itu amat sunyi.. seharusnya tiada bunyi unggas di rimba sebab umah saya di tengah bandar KL. Tapi kesunyian tuh memang lain tak pernah saya sesunyi ini bila ada di rumah kerana baru kul 9 malam ++. Hmmm~ naper sunyi ek? My hubby memang takde sebab g main futsal. My baby.... yezzzaaaaaaaaa my baby.. mana gi budak cenonit nih.. tadi ada gak dengar dia men masak-masak [sebenarnya lebih kepada men makan-makan huhuhu~]

Saya pon secara senyap dan serang hendap mengintai la apa yang my baby ngah wat. Ya allah Dellisyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!~



Kalo dilihat dari mata kasar seperti tiada apa yang berlaku kan? My baby sihat walafiat. Masih dalam keadaan selamba kodoknyer as usual. Sat nooooo~ saya kasi zoom itu amoi punya muka.



Abih la lipstik ibu.... orang len pakai lipstik kat bibir.. dia pakai kat pipi... abih hancur la lipstik saya tuh.. walaupun tak mahal tapi tetap dibeli guna wit gak dan yang sadisnya baru dibeli semalam waaaaaaa~~~~

Keadaan rupa paras lipstik tuh tak mampu la saya gambarkan dengan taip-taip. Seb bek gak dia conteng kat pipi dia.. kalo dia wat dekorasi kat dinding mau saya bertukar hijau huhuhu~

Takpe raya nanti ibu claim kerugian beli lipstik baru guna wit raya Dellisya muahahahaha~ Nih la muka toyanyer pas kena marah ngan saya..



Pas bersedih wat seketika.. basuh muka.. terus tido.. malas nak dengar saya membebel la tuh huhuhu~ Sambil marah-marah manja kat my baby sempat lagi snap gambo.. selain dari menjadi bahan blog.. gambo-gambo nih gak sebagai bahan bukti nak tunjuk kat hubby... alasan nak beli lipstik baru la tuh hikhikhikhik~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata



03 September 2010

♥ Shopping @ Uptown Danau Kota

12:21 PM 2 Comments
Pinjam Pakcik Gugel

Mengantuk~~ ZzzzZzzzZzzz~

Sebab? 
bershopping di Uptown Danau Kota malam tadi

Pukul? 
12 - 3.30 pagi huhuhuhu~

Arinih keje?
Of kos!

Naper kami wat keje kurang tido nih?
Sebab taim tuh je la tak sesak dan leh shopping dalam keadaan aman dan tenteram. Kalo g malam Sabtu or hari-hari yang soknyer cuti alamat cam beratur nak amik makan kat sel penjara je la. Pandang kiri nampak pale orang. Pandang kanan pun nampak pale orang.

Malam tadi sempat la kami bershopping untuk diri sendiri lak. Anak shopping kat Jusco & Butik.. ayah ibu shopping kat uptown jek huhuhu~ Boleh la..

Seperti dijangka walaupun ramai.. tapi takde a sesak sampi nak jalan pon cam pakai kimono. Dellisya masih boleh tido dengan nyenyaknyer di dalam stroller dan saya boleh menolak stroller itu dengan lancar. Saya tak suka g taim orang ramai. Selain dari bau badan orang.. nak tengok barang pon payah. Apatah lagi nak tawar menawar. Memang tak dilayan la kita. Nak sudah taknak blah.. hmmm~

Alhamdulillah komplit sumer barang yang diingini untuk menyambut raya. Tujuan sebenar beli barang-barang tuh pon sebenarnya bukan semata untuk raya tapi untuk digunakan di hari seharian dan taim nih je la harga cam boleh tawar sehingga titisan ringgit yang terakhir hehehe~

Apa yang dibeli? 
Ayah beli kasut. Kasut sahaja sebab suar yang dia berkenan masih lagi di harga yang tak dapat diturunkan. Tunggu shopping raya kat Taman Cempaka la malam raya nanti.

Saya beli jam dan handbag. Tuh je la. Yang lain masih boleh digunakan lagi. Handbag raya taun lepas dah wat handbag keje. Biasalahhh~ beli pon setahun sekali kan huhuhu~

Dellisya beli baju [erk! baju lagi] dan suar cenonet. Walaupun dah berjanji pada diri sendiri tak mau beli lagi.. tapi sapa la saya untuk mengelak ketentuan Illahi hihihihi~ alasan

Ok! dah kul 12.15. Ari jumaat opis balik kul 12.15 dan pas Jumaat tak yah masuk opis lagi. Yahooooo!!! balik lu ek nak bum bum.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

♥ Hamper Bagak

11:45 AM 0 Comments
Pagi nih ada rezeki terima hamper. Tapi bukan saya punyer.. bukan juga ahmad albab yang punya.. tapi hubby saya punyer. Saya tukang terima & sain penerimaan jek huhuhu~

Budget hampernyer mestilah ala2 dalam bakul yang dihias indah namun demikian jangkaan saya meleset kerana hamper tersebut setinggi pinggang saya.. Jenuh nak mengendong dari pintu pagar Mindef ke tempat paking keta. Nak soh aunty tuh anta kat opis kang banyak lak cekadaknyer. Yerlah nak masuk Mindef nih bukan senang. nak isi borang la.. tinggal IC la.. nak masuk pon cuma nak anto hamper. Takpe la di bulan yang mulia nih saya buat la amal jariah skit berjalan kaki ke pintu paga yang berkangkang-kangkang semut tuh huhuhu~

Ini la hamper yang bagak tuh~


Kalo kawan-kawan pasan ketinggiannya adalah lebih skit dari pintu keta saga BLM saya ek huhuhu~ Dukung Dellisya lagi ringan.

Taun nih dapat hamper jek. Takpe lah tetap rezeki kan. Taun lepas dapat baucer Jusco RM300. Bersuka ria bershopping kat Jusco pastuh hehehe~ Mungkin budget syarikat tuh skit kot tahun nih hikhikhik~ Alhamdulillahhhh~~~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

02 September 2010

♥ Fesyen Apakah Ini???

9:25 AM 3 Comments
Selamat pagi kawan-kawan. Pagi yang indah nih saya menerima email dari kawan berkenaan cara berpakaian remaja sekarang yang kononnya alim bertudung tapiiii.......~ hmmm~  tak tau la



Bukan la nak kata saya nih baik and alim sangat. Saya pon belasah gak tshirt lengan pendek dan seluar jeans tapi kata orang masih boleh diterima akal dan diterima suami la. Banyak gak saya tengok fesyen remaja perempuan skang yang kepala bertutup.. bertudung ala ekin.. wardina segala tapi baju dan seluar sendat mandat. Macam sarung buah nangka. Fit ya amat.

Mungkin pompuan dalam gambar tuh pakai legging dan baju lengan panjang yg fit ikut warna kulit kot. Yerlahhh~ gambar pon tak jelas kan? Bukannyer kita ada ditempat kejadian. Wallahu'alam. Bersangka baik je la.

 Saya nih pun bukan baik and perfect sangat untuk hakimi orang lain jahat atau baik. Tapi tepuk kepala.. tanya tudung dan otak. Tak salah kita berkongsi untuk kebaikan kan? Cuma jangan melampau sangat dalam berfesyen yang katanya islamik tapi hanya memalukan wanita islam.

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata