17 October 2014

♥ Kursus di Hotel Impian Morib

First kursus di tempat baru. Bengkel Pengurusan Tatatertib anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Alhamdulillah dapat gak cukupkan tempoh berkursus tujuh (7) hari setahun. Baru leh isi SKT pasni hehe~ Sebab kat spital jaga perkhidmatan dan sumber manusia so hal-hal tatatertib ni pon dah jadi salah satu jobskop saya gak la. 


Dari perhatian dan tengok fail ijo yang melambak-lambak kat opis leh agak la.. agak kritikal gak kes tatatertib kat spital saya ni huhu~ bukan setakat atendan yang banyak kes tak datang keje. Doktor pon sama banyak okeh. Huhu~ Moga Allah tabahkan hati saya untuk menguruskan kes-kes dorang tuh nanti. 


Gambar dari http://www.morib.net/hotel-impian-morib/

Citer pasal tempat kursus saya ni plak. Nothing much to say bout dis place. Memang sesuai la untuk orang berkursus. Bersebelahan dengan pantai Morib (pantai tak boleh mandi). Hotel ni ada kemudahan kolam renang so best la klo bawak anak-anak. Bilik pon besar. Satu katil queen dan satu katil single. Kira family room la. Harga hari keje cuma RM190. 

Makanan sepanjang kursus pon sedap-sedap walaupun tak banyak pilihan. Untuk makan tengahari lauk kampung kebanyakannya. Sarapan quit simple. Satu jenis nasi dan satu jenis mee sahaja. Tapi ok la sedap gak. 

Keseluruhannya tempat ni sesuai untuk berkursus. Bersih dan semua kemudahan lengkap. Disyorkan la kepada mana-mana agensi yang nak buat kursus kat sini. Dewan kuliah besar dan lengkap dengan kemudahan dan kalo pepetang lepas kursus tuh leh la g jenjalan kat Pantai Morib tuh (boleh jalan kaki tapi berpeluh gak lah hihi~) Tapi dari respon yang diterima dari rakan-rakan kursus harga "agak mahal" yer. Walaupun kampung hubby kat area situ tapi kami tak pernah lak try makan seafood kat sana. Selalunya kami g makan kat Bagan Lalang. Lebih banyak pilihan dan setakat ni harga masih okey lagi.

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: