23 October 2014

♥ Gold Coast Morib

Sempena Cuti Deepavali semalam.. my parents ajak g short vacay kat Gold Coast Morib, Sepang, Selangor. Hotel yang ada taman tema air sendiri tuh. Skang nih memang pesen hotel buat taman tema air dorang sendiri ek. Cam Bayou Lagoon kat Melaka. Bagus gak sambil bermandi-manda leh rehat-rehat kan. Yer la selalunya kalo bawak parents kita yang dah berusia dorang mana larat nak duduk je tepi pantai ke kolam ke seharian. So dengan hotel yang tema macamnih dorang leh rilek-rilek kat bilik hotel sambil jengok anak cucu main air kat bawah hehe~

Sebenarnya takde plan pon nak ikut mak ayah saya. Sebab malam raya tuh saya ada training bowling di South City Plaza, Sri Kembangan. So dorang g bawak anak sulung saya je si kakak. Tapi petang tuh pas keje ayah call ajak datang sana sebab ayah nginap kat apartment 2 bilik. Apartment kosong takde orang katanya hehe~ So gagah jugak la nak kesana lepas training. Lam kul 2.00 pagi baru sampai dan ayah pon gagah gak lepak kat balkoni tunggu kami sampai huhu~ takut kalo tertido tak dengar kami sampai agaknya huhu~

Apartmentnyer just nice. Dua bilik dan satu bilik air. Takde jacuzi hehe~ Pagi tuh lepas sapan kami terus terjun kolam. Oh ya about the breakfast memang ok la. Banyak pilihan dan sentiasa bertopap walaupun orang ramai. Staff pon ramai.. cepat je meja clear so kita tak yah nak tunggu lama. Banyak pilihan makanan cam dimsum.. penkek.. dan lain-lain.

Taman tema lak dikenakan bayaran tambahan. Saya kurang pasti kalo orang yang datang amik pekej. Tapi saya sebab datang ngan parents so dapat pekej parents hahaha~ (ayah bayokan lerrrr huhu~). Harga taman tema adalah RM 35 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Sewa pelampung RM 10. Loker pon RM 10 rasanya. Ingat malas nak mandi tapi memandangkan bayo memahal tapi dok tepi kolam itu sesuatu yang membazir so saya join gak la ngan anak-anak hehe~ Kakak memang hantu air.. so kena perati je la dia.. semua jenis gelongsor dia naik.. berapa banyak kali pon tak terkira. Adik? setengah jam sebelum nak naik baru la nak rasa keseronokan.. baru nak lepas kan diri dari mak ayah dia.. baru la rasa nak lompat-lompat sikit lam air.. hmmmmm~



Overall sumer ok.. sesuai la kalo family yang nak bawak anak bergembira bermandi-manda. Tuh je la aktiviti yang ada pon. GCM ni pon memang banyak offer kat groupon.. mydeal and so on. Bersepah-sepah kot. Harga pon lebih kurang. So boleh beli je dari sana. May b lebih menjimatkan. Pasni kalo datang lagi nak try yang ada jacuzi tuh. Boleh berangan sambil mandi buih hehehe~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: