09 October 2014

♥ Event Alami Proton

** citer baling belakang **

Pada 27 dan 28 September yang lalu telah berlangsung Event Alami Proton dimana pihak Proton telah buat satu "open-day" untuk semua pengguna mahupun yang tak guna keta Proton. Pada hari terbuka ni.. Proton turut memberi peluang kepada orang ramai untuk alami sendiri teknologi automotif dan keupayaan kejuruteraan Proton di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam .

Petikan dari BH Auto

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, “Objektif utama kami adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kemajuan kejuruteraan dan teknologi yang digunakan dalam pembuatan kereta Proton.”

Selain pameran perkembangan teknologi, hari terbuka yang akan diadakan pada 27 dan 28 September 2014 ini turut menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk semua peringkat umur seperti wall-climbing, laser tag dan perlumbaan kart yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, manakala bagi permainan keluarga pula adalah seperti permainan papan gergasi (giant board games).

Pengunjung yang hadir dapat memandu uji model kereta Proton, R3, Lotus serta berpeluang membuat lawatan ke pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan melihat kemudahan fasiliti di Medium Volume Factory (MVF) di samping demo kereta.

Lebih menarik lagi, pengunjung hari terbuka yang bermula pada jam 10 pagi ini turut berpeluang menyaksikan pelancaran awam bagi model Kereta Kompak Proton (PCC) baharu bersama peluang untuk memenanginya sebagai hadiah utama melalui hadiah cabutan bertuah selain menawarkan hadiah basikal dan motosikal. 

Pada hari tersebut juga pihak Proton memberi peluang kepada semua kelab-kelab kereta yang menjadi duta rasminya untuk turut sama menyertai event tersebut termasuklah kelab kereta yang saya sertai iaitu Prosboc. So pada orang ramai yang berminat nak sertai kelab kami leh la daftar pada hari tersebut atau kalo ada sebarang pertanyaan tentang kelab pon dorang leh tanya kat kami terus waktu tuh. Soklan yang biasa ditanya adalah "apa pekdah join kelab?" hehehe~ dan jawapan biasa dari kami ialah " banyakkkkkkkkk~" hehehe~

Yer? boleh saya bantu anda? cheeewaaaaahhhh~ hehe~

Kami kena jaga booth dari jam 10.00 pagi sampai 6.00 petang tapi takkan la nak dok kat booth je kan so pepagi tuh sementara ada kawan-kawan lain tolong jaga.. kami (saya + hubby + kawan nama Paie) meronda la dulu lam tuh. Rugi la kalo tak jenjalan dan kolek cenderahati dari semua booth yang ada kan? hehehe~ Ingat kejap je.. rupanya berejam gak huhhu~ tapi memang best!!!

Event ni telah dirancang dan diatur dengan teliti. Terdapat enam (6) pitstop dan kalo rajin leh la benti kat semua tempat. Kami ni skip-skip jugak sebab lama wooooooo kat satu-satu pitstop tuh.

Flyers ni dapat time memula sampai. Details kat bawah tuh untuk Cabutan Bertuah (tapi tak bertuah pon huhu~) yang peta tuh lak sebagai panduan untuk orang ramai

Nampak kecik tapi sebenarnya besar gilaaaaaaa kot!!! Seb bek ada tram untuk gerak dari satu pitstop ke pitstop yang lain. Booth kelab kereta kami di kawasan "Concert and Carnival". Kat situ ada gak pentas persembahan.. belon beso yang bebudak men lompat-lompat tuh.. khemah jual makanan dan minuman (marvelllessssss!!! banyak makanan dan minuman sampai tak tau nak makan dan minum apa dah huhu~) dan booth R3. Senang citer area tuh untuk bersuka ria la hehe~

Then sementara nak ke Pitstop 1 tuh nanti akan lalu booth-booth vendor Proton. Sesambil jalan - sign - tanya sikit-sikit - dapat goodies dan cenderahati hahaha~ macam-macam ada. Member siap dapat thumb drive bagai tapi saya tak dapat pon huhu~

Pas nek tram kat Pitstop 1 kami plan untuk start dari Pitstop terakhir sekali iaitu Pitstop 6. Kat sini ada Gymkhana (tak tau? sila gugel) dan test drive keta proton. Tapi bukan kita yang bawak ada pemandu khasnya sebab dia akan bawak kita masuk lam Test Track tuh. Merasa la naik keta Suprima dan Iriz. 

Next kami ke Pitstop 5 iaitu RND. Kat sini la dorang dok tunjuk segala macam kepakaran dorang.. camaner dorang test setiap inci kereta.. camaner dorang wat eksiden olok-olok tuh.. dan macam-macam lagi. Pada permulaan dorang akan tunjuk tayangan video pasal Proton iaitu sejarah dan pasal kereta-kereta dia.. kemudian pasal visi misi dia. In 3D okeh huhu~ Masa tayangan ni amik gambo tapi muka cam tak elok lak time nih haha~

Kendian kami dibawak masuk ke kilang dia.. time ni banyak gambar.. so layan je la yer



Time ni nak tanya apa pon tanya la.. apsal keta camtuh.. apsal enjin camtuh.. apsal keta saya bunyik gini.. apsal masuk gear jadi camtuh.. dan staff Proton akan jawab dengan tenang.. yakin.. sabar.. berintegriti.. (dah memang kepakaran dorang kot). Time tuh memang rasa bangga sebab rata-rata semua anak melayu. Tengok cam cikai tapi bila dorang explain sampai saya pon tak paham.. men angguk je hahaha~ Yang dorang berdua tuh len citer la. Bak kata hubby "saya tau bawak je" hehe~ Tapi memang bangga la.. ramai anak melayu yang pandai-pandai rupanya hehe~ (muhasabah diri jap)

Sempat bergambo ngan Iriz.. goodies-goodies tuh adalah hasil tangkapan kami hehe~

Kat situ je nak dekat 2 jam tapi tak rasa pon huhu~ Sebab kesian kat member yang jaga booth kami skip la pitstop yang lain huhu~ Cuma nak citer sikit la Pitstop 4 adalah Gen Y dan Kids Zone kat sini banyak games untuk bebudak dan dewasa. Leh la kalo nak hilang stress dan bergumbira. Ada gokat dan games cam kat funfair tuh.

Pitstop 3 lak adalah pintu kuar Pitstop 2. Maksudnya kena masuk dari Pitstop 2 la. Ini adalah Lawatan Kilang Proton. Time ni dorang ngah buat kereta Exora kot. So boleh la tengok dari awal dia buat dok cantum-cantum sampai kuar satu bijik keta. Best tapi kami skip sebab dia tengah buat Exora. Kalo dia buat keta kami may b kami stop jap la huhu~

Sehari suntuk kat situ memang berbaloi. Kengkadang kita kena g event-event camnih sebab lepas tuh tetiba kita akan rasa bangga sangat jadi Anak Malaysia. Kalo sebelum tuh kita cam tak amik kesah je lagi pikir pasal keta Proton yang mesti akan rosak lepas enam (6) bulan kuar kilang (persepsi ramai orang) tapi bila kita tengok sendiri camner dorang nak hasilkan keta tuh pon kita akan rasa bangga dan semangat skit. Rasa makin sayang kat negara kita.. Malaysia hihi~

 So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: