29 October 2014

♥ Interzone Bowling Prosboc 2014

Pada 25 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Interzone Bowling Prosboc 2014 di Batu Pahat Mall, Johor. Zon penganjur kali ni op kos Zon JHR dah nama pon buat kat Johor kan hehe~ 


Pada yang baru follow blog saya ni.. Interzone bowling adalah salah satu aktiviti tahunan Prosboc. Kelab kereta yang saya sertai. Setiap tahun ada lima (5) event utama iaitu Interzone Futsal (Mac - Kuala Terengganu), 6th Anniversary (Mei - Putrajaya), Prosboc Megaraya (Ogos - Perak) dan akhir sekali AGM Sentral (Disember - Pulau Langkawi). Lokasi event akan bertukar-tukar so setiap tahun memang kami puas jalan satu Malaysia hehe~


Berbalik pada event Interzone Bowling tahun ni.. Oleh sebab tonemen stat petang (Johor melarang sebarang bentuk hiburan pada hari siang awal muharram) so kami gerak dalam jam 12.00 tengahari camtuh. Dalam banyak-banyak perjalanan kami untuk event Prosboc tahun ni, rasanya kali ni memang santai abis. Leh katakan setiap RnR kami benti makan atau lepak minum hahaha~ sampai naik kembung perut. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai di Batu Pahat pada jam 6.00 petang.

Anak bujang dok menyelit kat tetengah.. my girl tak ikut sebab ikut ayah dan ibu saya balik kampung di Melaka

Act like a boss

Tonemen bermula jam 8.00 malam dan tamat pada jam 12.00 tengah malam. Nampaknya bukan rezeki kami untuk merampas semula gelaran juara yang pernah kami menangi pada tahun 2012. Tahun lepas saya tak join sebab clash dengan family vacation di Legoland, JB huhu~ Kami hanya berjaya mengekalkan tempat naib johan dan kalah pada musuh tradisi kami iaitu Zon JHR. Tapi apa pun syukur dengan kemenangan di tempat kedua ni hehe~ Tapi ada bonusnya.. zon kami berjaya mendapat tempat pertama dan kedua kategori kapel. Alhamdulillah.. rezeki tambahan..

Our Team - Zon SBK

Selesai event.. kawan-kawan yang lain ada yang balik ke destinasi masing-masing dan ada yang join Mega TT di Dataran Batu Pahat. Oleh sebab kami dah penat dan tak stay kami terus balik la ke KL. Cadangnya nak ikut jalan dalam sebab nak cari kedai makan.. kebulur kot. Alih-alih sampai ke kampung saya area Melaka baru jumpa kedai makan bukak jam 2.00 pagi huhuhu~

Abih event ni.. Prosboc akan adakan event AGM Zon pulak di semua zon-zon Prosboc di seluruh Malaysia dan kemudia AGM Prosboc di Pulau Langkawi. In sya Allah saya pon akan turut hadirkan diri sambil amik peluang nak bawak family bercuti. Dah lama tak jenjalan ke Pulau Langkawi hehe~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

  

No comments: