29 October 2014

♥ Interzone Bowling Prosboc 2014

5:00 PM 0 Comments
Pada 25 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung Interzone Bowling Prosboc 2014 di Batu Pahat Mall, Johor. Zon penganjur kali ni op kos Zon JHR dah nama pon buat kat Johor kan hehe~ 


Pada yang baru follow blog saya ni.. Interzone bowling adalah salah satu aktiviti tahunan Prosboc. Kelab kereta yang saya sertai. Setiap tahun ada lima (5) event utama iaitu Interzone Futsal (Mac - Kuala Terengganu), 6th Anniversary (Mei - Putrajaya), Prosboc Megaraya (Ogos - Perak) dan akhir sekali AGM Sentral (Disember - Pulau Langkawi). Lokasi event akan bertukar-tukar so setiap tahun memang kami puas jalan satu Malaysia hehe~

23 October 2014

♥ Gold Coast Morib

5:02 PM 0 Comments
Sempena Cuti Deepavali semalam.. my parents ajak g short vacay kat Gold Coast Morib, Sepang, Selangor. Hotel yang ada taman tema air sendiri tuh. Skang nih memang pesen hotel buat taman tema air dorang sendiri ek. Cam Bayou Lagoon kat Melaka. Bagus gak sambil bermandi-manda leh rehat-rehat kan. Yer la selalunya kalo bawak parents kita yang dah berusia dorang mana larat nak duduk je tepi pantai ke kolam ke seharian. So dengan hotel yang tema macamnih dorang leh rilek-rilek kat bilik hotel sambil jengok anak cucu main air kat bawah hehe~

20 October 2014

♥ Sesi Photoshoot Cute Kiddy Kiddy

6:51 PM 0 Comments
Semalam bertempat di Taman Empangan Putrajaya (berdepan dengan PICC Putrajaya) saya buat photoshoot untuk koleksi baju terbaru dari instashop (@cutekiddykiddy) saya iaitu Cute Rock Shirt. Cam biasa model tak berbayar adalah anak-anak sendiri haha~ Tapi kali ni sebab ada koleksi untuk dewasa gak so saya mintak tolong kawan saya yang memang selalu wat modelling untuk tolong jadi model sekali hehe~ tukang amik gambo lak adalah fotograper rasmi keluarga kami iaitu Paie (kawan gak) haha~ very the budget punya photoshoot huhuhu~

Untuk koleksi penuh leh tengok kat instashop saya yer. Jom layan hasil photoshoot semalam. yang ni saya amik kat instgram kawan saya @missleeya. Yang official lam kamera lum sempat nak sedut lagi hehe~ layanzzzzz~

Ni koleksi baju kapel. Design tshirt 3/4. RM 45 selai. Kalo beli dua RM 85 + Free Postage
  

♥ Bowling Puspanita Daerah Klang 2014

6:26 PM 0 Comments
Nampaknya sebulan dua ni aktiviti saya penuh ngan tonemen bowling.  
Baru-baru ni anjuran Puspanita Klang (yang saya akan citer jap lagi) pastuh 25 Oktober ni tonemen bowling Prosboc lak di Batu Pahat, Johor. Next 8 November Tonemen Bowling Puspanita KL di Wangsa Walk Mall, KL dan last sekali tonemen bowling anjuran Hospital Klang. Woooooo~ banyaknyerrrr huhuhu~

Lokasi kejadian

Pada 17 Oktober 2014 (Jumaat) yang lalu bertempat di Setia City Mall (SCM) Shah Alam telah berlangsung pertandingan boling anjuran Puspanita Klang yang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ni first tonemen yang saya masuk untuk wakili tempat keje baru hehe~ join pon sekadar suka-suka sebab dah lama pon tak men bowling. Malam sebelum tonemen tuh ada la join kelab kereta saya training untuk tonemen 25hb nanti tapi hasilnya nan hadooo huhu~ kelaut balingnya. So memang tak harap apa-apa pon la kat tonemen Puspanita Klang tuh.

Ntah dari mana datangnya super power pada hari tersebut. Dah rezeki kami lak nak jadi juara haha~ yap! JOHAN. Bawak balik hadiah wang tunai RM 300 kongsi satu team 3 orang haha~ tak sangka sungguh. Mungkin saya tak boleh men bowling dalam keadaan lapar kot. Malam sebelum tuh lapar sebab tak makan sebelum training. Tapi kat SCM tuh saya dah siap makan sebelum main hahaha~ Memang rezeki betul arituh modal penyertaan RM10 je bawak balik RM100 hehe~


Tetiba semangat berkobar-kobar lak nak hadapi next tonemen. Hopfuli luck kali nih membawak kesemua tonemen yang akan saya sertai nanti hahaha~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)


17 October 2014

♥ Kursus di Hotel Impian Morib

11:25 AM 0 Comments
First kursus di tempat baru. Bengkel Pengurusan Tatatertib anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Alhamdulillah dapat gak cukupkan tempoh berkursus tujuh (7) hari setahun. Baru leh isi SKT pasni hehe~ Sebab kat spital jaga perkhidmatan dan sumber manusia so hal-hal tatatertib ni pon dah jadi salah satu jobskop saya gak la. 


Dari perhatian dan tengok fail ijo yang melambak-lambak kat opis leh agak la.. agak kritikal gak kes tatatertib kat spital saya ni huhu~ bukan setakat atendan yang banyak kes tak datang keje. Doktor pon sama banyak okeh. Huhu~ Moga Allah tabahkan hati saya untuk menguruskan kes-kes dorang tuh nanti. 

♥ My Little Girl Sports Day

11:02 AM 0 Comments
Pada 12 October  my girl ada sports day di sekolahnya. Tapi tak join sukaneka pon. Sukaneka hanya utk pelajar umur 4 dan 5 tahun sahaja. My girl just buat persembahan pembukaan. Baju meghelip sangat huhu~ y budak 6 tahun x join? Coz dorang akan ada graduation day later on 23 November kalo tak silap. Surat invitation lum dapat lagi huhu~

Pepagi tuh kul 6.30 pagi dah kena bangun sebab kul 7 pagi dah kena ada kat sekolah dia. Sebab my hubby takde g kursus dan proses nak mengejutkan si kakak bangun pagi amat mencabar kesabaran ibu dia.. so we decide untuk stay kat umah parents saya je malam sabtu tuh. Dekat je dengan tadika dia so x perlu nak bergegas awal-awal pagi.

Dah macam bellerina my girl ni hihi~

09 October 2014

♥ Event Alami Proton

6:12 PM 0 Comments
** citer baling belakang **

Pada 27 dan 28 September yang lalu telah berlangsung Event Alami Proton dimana pihak Proton telah buat satu "open-day" untuk semua pengguna mahupun yang tak guna keta Proton. Pada hari terbuka ni.. Proton turut memberi peluang kepada orang ramai untuk alami sendiri teknologi automotif dan keupayaan kejuruteraan Proton di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam .

♥ Kembali Berblog

2:33 PM 2 Comments
Dah lama sangat tak berblog. Setahun lebih dah tinggalkan. Rindu tapi kesibukan pada tugasan membataskan segalanya huhu~ Sayang kalo nak tinggalkan blog terbengkalai lama-lama sebab dalam ni la saya cerita macam-macam pasal anak-anak, keluarga, apa yang terjadi lam hidup kami dan macam-macam lagi. Hopefully satu masa nanti anak-anak leh baca balik apa yang saya coretkan dan jadi pengalaman manis untuk dorang. Ye lah time nih dorang sumer kekecik lagi mana paham. Bila dah besar nanti bila dorang baca may b dorang akan teringat balik apa yang penah jadi masa dorang kanak-kanak.

Untuk permulaan baru ni saya dah tuka template blog. Dah taknak fancy-fancy dah hehe~ biar minimalis, simple dan mudah dibaca. Takde lagi link-link yang panjang berjela-jela. Lagipun kebanyakan blog yang saya follow dulu pon cam dah terbengkalai lama gak hihihi~ (sama la kita huhu~)


So pada blogger baru rajin-rajin la follow saya (kalo sudi) dan saya confirm akan folo anda semua kembali. Leh kita share-share ideas about parenting.. anak-anak.. family dan lain-lain. Moga semua memperoleh manfaat aminnn~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)