31 January 2012

♥ Cuti! Hip Hip Hoooraayyyyyyy~

2:59 PM 0 Comments


Arinih bila berBW ke blog kengkawan ada gak la sorang dua yang sedang berkongsi perasaan gembira saya nih hihii ekspeceli yang keje KL muahahaha~ Amik cuti dua hari dapat 7 hari yiiiihhaaaaa~

Plan? Takde apa sebenarnya hahaha~ saja je cuti merehatkan minda dari bebanan kerja opis. Lagipon ada la sikit-sikit hal peribadi yang perlu diselesaikan. Evendo sebenarnya tak perlu amik cuti pon hihihi~

Tomorrow juz nak berehat kat umah bersama anak-anak sebab pengasuh cuti. Hubby je keje sebab opis dia kat Selangor. Kalo hubby ada leh gak la g berjalan-jalan. Khamis nak g UiTM Puncak Perdana nak g amik baucer buku 1 Malaysia. Then hari jumaat takde apa dok je la ngemas umah [kemas kerrr? huhuhu~].

Tapi sabtu hingga senin nanti nak balik kampung kat Melaka. Yeyeh! Ekceli bukan sebab nak balik kampung semata tapi sebab hubby ada race gokat kat Ayer Keroh ari ahad nanti so amik la kesempatan balik kampung sekali. Balik sehari awal. Then ari ahad cek in kat INB Resort, Ayer Keroh. Best ke tempat nih ek? Tak penah lak stay kat sini.. dah nama pon kampung kat melaka kan? wat per dok otel hihi~ Tengok kat laman web cam best sebab ada swimming pul hihi~ Nanti dah balik dari sana saya citer k. Then ada la xtvt-xtvt Prosboc kat sana cam makan ikan bakar, show off kat Bandar Hilir dan memacam lagi. Nanti saya update.

Nanti ada time free saya citer pasal event gokat Prosboc tuh ek. Nih ngah nak sambung abihkan keje. Almaklum la kan nak cuti lama.. muahahah~ yey!



25 January 2012

♥ Liga Futsal Prosboc Sentral 2012

10:57 AM 0 Comments


Owrite.. kali nih nak sembang pasal liga futsal yang dianjurkan oleh saya n my pren hihihi~ Liga nih dah stat 1st kik off pada 6 Januari 2012 yang lalu dan akan berlangsung sehingga la 30 November 2012. Huhuhu~ makan setaun tuh nak abih. 


Liga nih melibatkan 9 pasukan dari 10 zon-zon Prosboc Sentral iaitu :
@ SAC [ Shah Alam / Klang / Banting ]
@ SBG [ Subang Jaya / Kelana Jaya / Puchong ]
@ CRS [ Cheras / Ampang / Pandan ]
@ STS [ Setapak / Titiwangsa / Sentul ]
@ SDR [ Sungai Buloh / Damansara / Rawang ]
@ GBC [ Gombak / Ulu Klang ]
@ SLY [ Selayang / Batu Caves ]
@ PCD [ Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil ]
@ SBK [ Serdang / Bangi / Kajang ]


Perlawanan akan berlangsung setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Perlawanan akan diadakan di kedua-dua belah Home dan Away. Wat masa nih sumer berjalan lancar dan hopfuli akan berterusan la sampai liga tamat. Hadiah? hahaha takde la beriban-riban. Liga nih diadakan dengan tujuan sebagai salah satu aktiviti member-member Prosboc Sentral. Selain tuh dapat la memember nih kuar dari tanah jajahan zon memasing dan jenjalan ke zon-zon len. 


Selain tuh gak futsal nih pon jadi cam sesi training untuk zon-zon yang terlibat sebagai persiapan untuk hadapi Prosboc Interzone Futsal 2012 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 31 Mac - 1 April 2012 nanti. Tuan rumahnyer op kos Zon PRK. Las year kita dah buat di Johor dan last two years kita dah adakan di Lembah Klang. 


Pada kawan-kawan yang berminat nak polo perjalanan liga nih.. meh like FB Page 
kami meh








18 January 2012

♥ Holiday @ Cameron Highlands

5:33 PM 2 Comments

Tahun nih adalah tahun Cuti-Cuti Malaysia untuk dan family hihihi~ Kalo ikut plan yang telah tersusun cantik.. memang puas la berjalan-jalan tahun nih dan misi untuk mengabihkan Cuti Rehat insyallah akan berjaya hihih~ Saya mulakan holiday saya untuk tahun 2012 dengan bercuti ke Cameron Highlands.. Yiihaaaa~

Tepat kul 12 tengah malam 6hb Januari arituh kami bergerak 7 bijik keta ke CH. Naper gerak tetengah malam? b4 dat hubby dan memember Prosboc Sentral ada Liga Futsal Prosboc Sentral kat Sungai Buloh [ N3 pasnih saya citer k! ]. Pas game ada sesi makan-makan lak tuh yang membawak ke tengah malam tuh huhuhu~ Pas abih mentekedarah.. kami pon gerak la ke RnR Rawang as our first pit stop sebab driver-driver sumer nak mandi dan segar-segar kan badan lu termasuklah my hubby.

Pas memasing dah segar bugar.. kami meneruskan kembali perjalanan ke CH. OTW tuh singgah lagi di RnR Tanjung Malim untuk pick up our member. Dia masuk Tanjung Malim sat kolek awek dia. Pas korum dah cukup kami pon sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan tuh riuh la dengar my hubby sibuk berborak ngan member-member len guna handy.. nak elak ngantuk la tuh. Me n kids? Tido dengan nyenyaknyer hihihi~ Rasanya sepanjang perjalanan tuh ada lagi RnR yang kami berenti.. yer la paham driver sumer kan penat baru abih game futsal terus kena drive.. ngantuk.. penat.. sumer ada la. So kami amik pendekatan "bio lambat asal selamat" hihi~ Tak kesah la berapa kali dorang nak benti asal selamat sampai.

So dalam kul 5 gak la kami sampai Berinchang. Hubby dan frens ikut jalan Simpang Pulai. Memang jauh skit tapi jalan lebih elok dan selamat. Subuh-subuh cenggitu memang cam dok lam peti es la. Takde arah tuju pon. Apatmen pon takleh nak cek in lagi. Even owner apatmen tuh dah bagitau once sampai juz call dia tak kira la kul bapa pon. Takkan nak kejut orang pepagi buta kan? So kami paking tepi.. dan sumer bantai tido lu. Kul 7 pagi kami sumer dah terjaga sebab dah dengar hiruk pikuk Pekan Berinchang tuh. Pas sapan kami pon check in apatmen.. mandi-mandi n siap-siap untuk ke acara yang seterusnya hihi~

First tempat yang kami tuju op kos Ladang Stoberi. Tempat yang kami g tuh namanya 
Opah Strawberies & Jam's



Best tempatnyer. Kami leh petik buah stoberi sendiri. Si kakak bukan men hepi lagi dapat petik sendiri sampai yang muda-muda pon dia nak petik sekali. Namun atas ajaran yang diterima dari ayahnyer.. kakak telah berjaya memetik stoberi dengan betul hihihi~



Pas puas memetik stoberi.. tiba lah masanya untuk menikmati hasil petikan kami tadi.. yamehhhhhh~ selain dapat makan stoberi segar.. kat sini gak ada jual lolipop stoberi ngan eskrim stoberi..



Gambar kenangan di stoberi farm.. i laikkk~




Pastuh kami bergerak lak ke ladang bunga. Lupa lak nak amik gambo nama tempatnyer huhuhu~ Tapi dia jual pelbagai jenis bunga dan sumer lelawa dan bebeso. Bunga raya pon sama beso ngan muka kakak. Tak percaya? Try test tengok..




Pastuh kami g ladang kaktus dan makan tengahari kat Pekan Berinchang. Gambo takde sebab memasing dh penat huhuhu~ pas makan terus shut balik apatmen.. caj bateri terutama pada driver dan anak-anak huhu~ Malam lak kami meronda-ronda sambil mengabihkan duit kat pasar malam Berinchang. Pasar malam yang wajib g bagi memborong segala teh.. stoberi.. cenderahati.. jagung.. jem.. dan sebagainya. Ayah ngan Qasya tinggal kat apatmen sebab my baby nyenyak tido. Saya g ngan kakak dan kengkawan len jek. Dah abih bershopping sakan.. saya singgah jap kolek my hubby n baby pastuh prosid g makan malam kat Tanah Rata. Tak yah la citer ngan lebih lanjut sebab servis teramat lembap huhu~ Bayangkan hubby sampai bungkus je makanan dia sebab lambat nau sampai. Orang len dah abih makan dah. Sian my hubby huhu~

The next day kami prosid pula ke Ladang Teh Boh. Jalan nak kesana masyallah.. azab! Jalan kecik.. bengkang bengkok.. bila selisih ngan kereta depan cam nak jatuh gaung pon ada rasanya huhuhu~ Seb bek la hubby yang bawak keta.. kalo saya memang dah turun jalan kaki dah kot hihihi~ Bila sampai lak nak kena mendaki bukit lak. Rasa cam dah kurus bila sampai atas hahaha~ Yer lah mendaki sambil kendong my baby.



Kalo korang pasan kat sini la adegan lam citer "Ombak Rindu" tuh dibuat. Kat anjung tuh. Time yang si Lisa Surihani baru balik dari oversis pastuh Aaron bagitau yang dia tak jadi kawin. Kat atas tuh sempat la menikmati teh o panas dan kek stoberi. Pastuh kami g melawat kilang teh kat atas tuh gak. Baru tau camner dorang proses teh huhuhu~

Kendian kami bergerak ke Tanah Rata untuk makan tengahari sebelum balik ke apatmen untuk kemas barang dan check out. Memang gempak la owner apatmen nih.. dia tak kira time bila kita nak check in dan check out.. harga sama je.. dan yang penting dia je la penyewa apatmen yang berbangsa melayu. Yang len kebanyakannya India dan Cina la [ kata kawan saya ]. So rumah pon memang sesuai la ngan orang melayu kita nih. Rasanya kawan-kawan paham kan? Dan kita pon tak was-was la nak guna pinggan mangkuk lam umah tuh. 

Sebelum berangkat pulang.. kami singgah satu kedai nih yang memang menarik hati la kalo tengok dari luar. Namanyer Stoberi Moment, Dessert Cafe. Bila dah masuk tengok menu.. lagiiiiiiiiiiiiiii laaaaaaa hati.. tekak.. perut nih tertarik.. yamehhhhhhh!! Sumer menu yang menggemukkan yang berasaskan stoberi ada. Eskrim.. cake.. blended dan macam-macam lagi.. time tuh makan dah tak ingat dunia dah huhuhu~



 Udoh habih makan.. kami pon bertolak balik. Sepanjang perjalanan saya n anak-anak memang tido la. Penat kan. Sian hubby kena drive sengsorang huhuhu~ Sampai KL lebih kurang jam 11.00 malam. Bila jejak umah dah tak buat apa dah.. beg pon tak kemas men letak cenggitu jek.. penat! Seb bek soknyer saya cuti huhu~ Tapi apapon pengalaman g CH memang best la. Terutama bagi saya yang tak pernah g nih. Pasnih rasanyer nak ripit lagi la hehehe~

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

13 January 2012

♥ Jenjalan Carik Adiah Kawin

4:46 PM 1 Comments
Harituh jenjalan mencari adiah untuk my BFF Encik Wonderman & Puan Lantana. Kami beramai-ramai decide untuk kumpul wit dan beli samting yang bermakna skit la huhu~ yer la kang asik dapat set gelas.. set pinggan.. tuh je la adiah stendet orang kawin dapat [ berdasarkan pengalaman diri sendiri ek! ]. So kami kolek la dari geng-geng bas sekolah saya dan beli piyuk nasi untu sang pengantin. Oleh kerana sang pengantin lelaki pon memang seorang pemakan yang berjaya dan sang isterinya pula seorang pemasak yang berjaya gak so kami rasa amat sesuai la adiah tersebut. Lagipun kami beli piyuk nasi so nanti nak soh dorang masak dan kami nak datang makan hahaha~ gila paksa!

On dat day lak my hubby ada tonemen bowling anjuran Procc kat Mid Valley Megamall. So sambil menyelam tengok ikan.. kami pon g la carik adiahnyer sekali kat Jusco lam tuh. Dah puas bertekak.. berbincang.. bermuhasabah diri memasing dan dah dapat final decision iaitu piyuk nasi.. bertekak la plak cara nak menulis kata-kata aluan kat atas adiah tuh la. Yang sorang nak tulis cenggini.. yang sorang nak tulis cenggini.. so kami wat keputusan memasing beli kad kecik memasing dan tulis ucapan memasing muahaha~



 Dah memasing pilih kad.. adiah pon dah balut lawa-lawa oleh staff Jusco tuh.. kami pon lekat la kad-kad kami atas adiahnyer.. dan hasilnya.. taraaaaaaaaaaaaa~



Lawa dan kemas jek staff Jusco tuh balut. Bagus! Dan kawan kami pon gembira ngan adiah yang kami bagi hihi~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

04 January 2012

♥ Upin & Ipin

6:59 PM 1 Comments
Citer lama dah tapi baru arinih nak post hihihi~ Arituh saya dan hubby bawa anak-anak ke Space U8, Bukit Jelutong Shah Alam. Ada event Ceria Cuti Sekolah Bersama Upin & Ipin. Memang ngah ada kat area Shah Alam on dat day so alang-alang tuh singgah la jap sebab my girl memang minat ngan watak katun nih. Bagi je la episod keberapa.. sumer dialog dia hafal.. ulang  la berapa banyak kali pon citer dia kat tv.. tetap gak tengok. So memang dia happy sangat la bila kami bawak dia g event nih.

Gambar dari laman web Kelab Upin & Ipin
Dari jauh dah nampak belon bentuk upin ipin kat depan mall tuh cam gambo yang kat atas nih. Apa lagi kakak yang dah nampak terus la cam cacing kepanasan dah tak leh dok diam. Sebok ajak ayah dia g hihihi~ dia tak tau yang kami memang nak bawak dia g situ. Bila dah sampai dia very eksaited la. Yang parah op kos la my hubby hahaha~ nak patung upin ipin la.. nak gambo ngan upin ipin la.. nak itu nak ini huhuhu~ but as usual ayahnyer soh kakak pilih satu jek dari ol da merchandise upin ipin yang ada kat situ. Banyak memang la banyak.. kalo dilayan memang penuh barang upin ipin je la kat umah nanti. So kakak pilih nak patung. Ayahnyer soh pilih nak patung upin or ipin coz dedua patung dijual separately. Tapi kakak pandai.. dah ready ngan alasan dia.. dia cakap ngan ayah dia nak dedua tapi bukan untuk dia je.. satu untuk kakak.. satu untuk adik katanya hihihi~

Walaupun saya tau takde maknanya dia nak bagi kat adik dia dan adiknyer pon mana lah reti men patung lagi.. but my hubby belikan gak la dedua. Beronok-ronok dia. Tang-tang tuh la nak bukak plastik nak kelek patung-patung tuh huhuhu~ Tak nyempat sampai umah. Kat event tuh gak ada booth untuk jadi member Kelab Upin & Ipin. Bayaran RM15 sahaja. Saya pon daftarkan lah kakak sebab memang dia minat sangat ngan katun nih. Dapat free botol air dan potongan 10% untuk merchandise Upin & Ipin. So ayah beli patung dapat diskaun la hihihi~ Nih la kad keahliannyer..



Dah puas berjalan dan cuci-cuci mata ngan barang-barang Upin & Ipin.. lastly kami amik gambo la ngan watak katun tuh. Kena bayo okehhhhh~ Suppose RM10 tapi sebab ada kad kan so juz bayo RM8 huhuhu~ Takpe la layankan je la anak dara nih. Nih la gambo kami sekeluarga ^___^




Dan nih lak barangan Upin & Ipin yang berjaya dibawak balik ke rumah huhuhu~ Lupa lak gambo tuh dibagi skali ngan frame. Cute sangat wat kenangan hihihi~


Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Final Exam

6:01 PM 0 Comments

Tepat kul 9.00 pagi tadi bermula lah minggu peperiksaan akhir semester saya. Sem nih ada dua paper jek final.. lega sangat. Saya memang prefer final project more than final exam. Takde la stress sangat huhuhu~ lelebih lagi student yang suka study las minit cam saya nih hihihi~ 

Tak tau la kenapa dari study kat sekolah rendah lu sampai la skang.. saya memang tak boleh study awal-awal dan ulangkaji lam group. Dua benda nih memang saya tak boleh langsung even dah try banyak kali tapi memang tak leh gak. Kalo saya buat dedua benda nih alamatnyer bila exam saya jadi blur dan lagi susah nak menjawab soklan rasanya huhuhu~

Kalo blajo awal-awal memang bila time peksanya abih lupa la apa yg dah di study. Banyak makan semut kot saya nih. Memang jadi pelupa sangat. Kalo group study lak.. nanti saya jadi lagi pening sebab saya memang tak boleh blajo dengan cara berdiskusi.. pastuh ngan member nih cakap camnih.. member yang tuh cakap camtuh.. saya lak dari pahaman saya sebenarnya lain.. dah jadi carca marba lak huhu~ lagi pening dan stress jadinya. 

So apa yang saya apply untuk diri saya wat masa nih ialah bangun awal untuk study dan sampai kat dewan peksa 10 minit sebelum peksa stat. Cam paper pagi tadi.. malam tadi saya tido awal kul seploh dah bumbum dan kul 3.30 pagi saya bangun study then terus g peksa. Suboh ngan mandi tuh op kos la kan. Saya tadi sampai awal lebih kurang kul 8.20 pagi. So saya stay lam keta lu tengok-tengok note apa yang patut. Kul 8.45 baru saya jalan g tempat peksa. Naper saya wat camtuh? sebab saya tau kalo saya g awal dan dok ngan kengkawan kelas.. op kos dorang ngah wat study las minit beramai-ramai. Cam saya taip tadi saya nih memang tak boleh study cara camtuh even selama 5 minit jek. Nanti yang lam kepala nih pon ilang.. yang dorang cakap pon tak hengat.. huhuhu~

Tapi alhamdulillah.. seperti paper-paper sebelum nih rasanya saya dah menjawab ngan jayanya. Bak kata pepatah "goreng tuh wajib.. betul tak tau lagi" hihihi~ So wait for next paper la 10hb nanti. B4 dat nak beriang ria di Cameron Highland lu ujong minggu nih hihii~ Sempat lagi tuh muahaha~ Hooorrraaayyyyyyyyyyyy!!!