♥ Tahniah Harimau Muda!!! Aummmmm~


Malam tadi melepak di De' Red Chair, Wangsa Maju bersama geng-geng untuk menyaksikan perlawan peringkat kumpulan bola sepak Sukan SEa, pasukan Malaysia menentang Indonesia. Walaupun ada live kat Dataran Merdeka tapi still ramai gak yang datang menonton kat kedai feberet kami nih. Penuh gak la orang.

Walaupun game malam tadi hanya untuk melengkapkan jadual kumpulan sebab kedua-dua team dah memang konpom masuk semi final, tapi main macam kat final huhuhu~ sebab? kita lawan Indonesia huhuhu~

Sepanjang Sukan Sea kali nih kita dah banyak dengar tentang layanan buruk yang diberikan oleh negara tuan rumah pada atlit-atlit kita. Bukan jer atlit malah kepada wartawan pon kena gak. Dari kes penjurian yang memihak pihak negara tuan rumah [pada game-game yg menggunakan sistem pemberian markah dari juri cam tekwando, terjun dan lain-lain] hinggalah isu pasal pemberita tak dibenarkan wat laporan. Bab tak hormat lagu kebangsaan dan ejek mengejek tuh tak yah cakap la... dah tak heran dah.

Contoh paling kurang ajar boleh lihat kat game malam tadi. Tak hormat lagu kebangsaan negara len langsung. Siap ada peminat dari Indon yang pakai baju mirip jersi pasukan malaysia dan menukar perkataan "Malaysia" kepada "Malingsia".

Dari pembacaan kat page-page Team Harimau Malaya kat FB, dapat tau yang team Harimau Muda malam tadi terpaksa balik ke hotel menaiki Barakuda. Siap ada yang komen barakuda tuh dah jadi kenderaan rasmi untuk team Malaysia kalo men kat Indon hihihi~ So nanti next year kita jadi tuan rumah Piala AFF, kita bagi team Indon nek "Black Maria" polis lak hahahah~ Kaum-kaum dia kat sini pon memang selalu nek kan? huhuhu~

Bila baca komen-komen kat FB memang boleh tergelak sengsorang la. Memacam peel sengsorang but sangat menggelikan hati dan kata-kata mereka sebenarnya benar walaupun disampaikan dalam nada berjenaka.

Anyway congratz to Harimau Muda untuk kemenangan semalam. So kita sebagai juara kumpulan akan menetang Myanmar pada peringkat separuh akhir dan Indonesia akan menentang Vietnam. Walaupun ada yang berpendapat Myanmar tidak lah sekuat mana tapi harus diingat mereka berkongsi mata dengan Vietnam dan kedudukan mereka sebagai naib juara kumpulan hanya bersandar pada perbezaan jaringan. So boleh dilihat bahawa Myanmar adalah sama hebat ngan Team Vietnam.


  
Moga kejayaan akan sentiasa mengiringi pasukan Harimau Muda kita. Sama-sama la kita doakan ek. Dan untuk pengetahuan sumer, peringkat separuh akhir Malaysia menentang Myanmar adalah pada 19hb November 2012 (Sabtu) Jam 4.30 petang [hopfuli dapat tengok coz petang nih dah gerak ke Port Dickson berkursus huhuhu~].

Jom kita enjoy ngan klip jaringan gol kemenangan pasukan Harimau Muda malam tadi. Ada sedikit spesel tentang jaringan tersebut. Gol dijaringkan oleh Syahrul Azwari [pemain yang melepaskan sekurang-urang tujuh (7) peluang terhidang ketika menentang Thailand arituh] pada minit yang ke 18, berusia 18 tahun, memakai jersi no 18 dan berita pasal gol kemenangannya kuar kat paper pada 18 hb.. hihihi~ spesel kan?   



Malaysia.. Tanah Tumpah Darahku!


0 comments:

Followers