♥ Kursus + Unofficial Holiday


Alhamdulillah selamat sampai di Permaisuri Resort, Port Dicson. Inilah yang dikatakan sambil menyelam minum air hihihi~ Sambil kursus bawak family sekali untuk wiken holiday. Jimat pon jimat yer tak?

Permaisuri Resort nih is one of Rumah Persekutuan Kerajaan Malaysia. Selain itu dia juga menjalankan operasi hotel biasa dan buka pada orang luar but different rate la kan. Cam apartment yang saya dok nih, apartment dua bilik ngadap laut lagi.. x tau la berapa stendet rate dia.. usually RM250++ la kan [lebih-lebih lagi wiken] but untuk gomen cam saya hanya bayar rate RM40 je semalam. Murah kan? hehehe~

Tapi bukan satu hotel nih dijadikan Rumah Persekutuan. Ada kuota dia. So ikut nasib la dapat ke tak huhuhu~ Lebih-lebih lagi cuti sekolah dah start sok kan.. memang payah la nak dapat.

Selain dari kat PD, Rumah Persekutuan nih gak ada kat beberapa tempat len cam kat Cameron Highland, Tasik Kenyir, Langkawi, Freaser Hill dan Morib. Kalo dulu memang azab la Rumah Persekutuan nih.. memang las choice la untuk duduk bercuti sebab keadaan rumahnyer azab sangat. Yerlah cam jaga tak jaga je kan. Facilities dia pon memang teruk. Memula lu memang tak terpikir pon nak sewa Rumah Persekutuan nih sebab dengar dari pengalaman kengkawan memang teruk sangat. But tuh dulu skang tidak lagi hihihi~ Malah dah jadi rebutan lak.. asik penuh je memanjang.

Skang nih kebanyakan Rumah Persekutuan nih telah disub kan pada hotel swasta. Cam apartment yang saya dok skang nih.. di bawah jagaan Permaisuri Resort. So memang stendet hotel la. Ada swimming pul segala. Pantai pon lawa dan yang penting nih "hotel melayu" hihihi~ means boleh je berendam lam kolam renang tuh kai baju kurung sekalipun hihihi~ Takde la kena pakai swimming suit je cam kebanyakan hotel.

Pada sesapa yang keje gomen yang nak sewa Rumah Peranginan Persekutuan nih boleh pergi ke laman web Bahagian Perumahan dan Hartanah nih ek. Kat sini ada semua maklumat yang kengkawan nak tau iaitu dari segi harga, kelayakan, jenis penginapan dan lain-lain. 

Okeh. Thats all for today.. nak get ready untuk taklimat malam kang. My hubby jaga anak-anak la ek kat apartment. Tapi konpom si adik akan tido jek [hobi dia] dan kakak pon akan pengsan jap lagi sebab dari tadi turun mandi kolam tak nek-nek huhuhu~




0 comments:

Followers