♥ Procc Cup 2011


Pada 2 April 2011 bertempat di Padang Proton, Shah Alam telah dianjurkan satu pertandingan menyepak bola masuk gol 9 sebelah. Pertandingan nih dianjurkan oleh Kelab Procc. Kelab Procc nih ialah kelab keta yang boleh dijoin oleh sumer keta poton x kira jenis dan jantinanya. Asal keluaran proton sure leh join. Waja, wira, saga sumerlah. Tak macam kelab keta saya yang hanya dijoin oleh keta saga dan adik beradiknyer sahaj termasuk FL, SE dan 1.6. Teksi saga pon ada tau hehehe~

K berbalik pada citer N3 nih, so kelab keta kami Prosboc telah dijemput la untuk menyertai pertandingan menyepak bola neh. Walaupun dah banyak kali dianjurkan, nih la kali pertama kelab keta kami join. Saja nak have fun and carik pengalaman. Asik join tonemen futsal je kan. Sesekali kasi itam sikit kulit yang tak berapa nak cerah tuh [bukan saya ek..].

So dengan memasing muka payah nak bangun pagi berkumpul la di petronas tepi highway tuh kul 8. Janji lam FB kul 7.30 huhuhu~ Kul 8 lbh gak la baru gerak. Dan seperti biasa pihak penganjur pon stat lambat. Dalam surat taip stat kul 9 alih-alih kul 10 lebih gak start dengan rasminya.

Team kami diundi bersama dengan kelab Procc B, Gagasan FC dan MyManUtd FC dalam kumpulan D. Kami menang 2 game kalah 1 game. Ngan sapa? x len dan x bukan dengan MyManUtd FC. Alasan kalah? sebab kebanyakan pemain adalah penyokong tegar pasukan MUntut.. so dorang x sampai hati nak kalah kan pasukan neh. Ceh! alasan!


Tapi kira ok lah 1st percubaan tanpa apa-apa training dan friendly yang dibatalkan pada saat-saat akhir, tetap gak dapat g suku akhir. Kat suku akhir kami lawan ngan team Weng-Weng FC. Sesuai dengan nama tersebut, kami pon tanpa diduga telah memenangi perlawanan tersebut. May b sebab pihak lawan tengah weng time tuh hehehe~

Yes! Berjaya! Tak sangka dapat masuk semi final. Masuk semi final confirm dapat adiah dan confirm juga dapat duit hehehe~ Setelah seharian berpenat lelah.. nasib tak berapa nak menyebelahi kami. Kami cuma dapat tempat ke-4. Tapi kira oklah dari 15 pasukan yang bertanding. Tuh belum ada training tuh.. kalo cukup training segala insyallah mesti dapat masuk final huhuhu~ yo yo o jek!

Kira-kira kul 4 petang gak la abih segalanya. Sesi penyampaian adiah dia pon very the simple. Yer lah orang dah penat kan. Yang tinggal pon cuma pasukan-pasukan yang masuk semi final jek. Pasukan len dah belah awal-awal.

Nih la gambo team kami. Yang penting pengurusnya okeh! very berdedikasi dan bermotivasi tinggi. Sapa? SAYA lah hehehe~ Terima kasih gak diucapkan kepada hubby tersayang yang telah dilantik sebagai pembuat air pada hari tersebut hehe~ [takkan nak soh orang len lak kan.. mampus dorang x nak buat.. pemalas tul dorang neh hehehe~]

Team Prosboc

Pembuat air bergambar kenang-kenangan ngan pengurus pasukan

Insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata

0 comments:

Followers