Tahun 2018 bermula la rutin anak-anak dah mula bersekolah sesi sebenar. Adik dah darjah satu tahun ini huhu~ [ibu is sedih.. dont grow up too fast sayang]. Kakak Sekolah Convent so adik tak dapat la nak satu sekolah dengan kakak [of cos la kan].
Pada mulanya mengikut keputusan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) adik ditempatkan di SK Sri Andalas [which is bagus gak sebab dekat dengan rumah parents] walaupun dalam permohonan saya mintak ditempatkan di SK La Salle. Satu sebab sebab dekat dengan sekolah kakak dan satu lagi sebab sekolah ni sama dengan Convent.. hanya mempunyai dua (2) kelas sahaja untuk setiap darjah. Sekolah kecil dan saya harap cikgu boleh more concentrate pada student.
Namun selepas beberapa proses rayuan [dan bantuan Ayahwe] adik berjaya juga ditempatkan di SK La Salle. Alhamdulillah. Memang susah nak masuk sebab sekolah kecil.. tak terima ramai murid.. Alhamdulillah.. rezeki adik.
Hari orientasi diadakan pada 29 Disember lalu. Hari terakhir sebelum hari sekolah sebenar. Ye lah muridnya sikit kan hehe~ Pagi tu.. selepas semakan nama.. adik terus masuk ke kelas yang ditetapkan. Ini bukan kelas sebenar.. cuma pembahagian bagi mengambil Ujian Diagnostik. Ibu bapa pula diminta ke dewan untuk sesi taklimat.
|
Kaki tak sampai.. hahaha~ |
|
Gambar dari FB Sekolah |
Selesai taklimat.. tengok adik masih belum selesai ujian. So parents diminta bayar yuran dulu. Kemudian adik menyusul. Selepas semakan ujian.. pembahagian kelas pon dilakukan. Adik ditempatkan di kelas 1 Success (tag merah). Kelas lagi satu nama 1 Radiant (tag biru).
|
Ya.. dia yang paling kecil dalam kelas |
|
Seronok dah sekolah |
Selesai sudah Hari Orientasi pada hari tersebut. Cepat dan santai sahaja. Mungkin atas faktor kuantiti murid yang ada so guru pon senang nak kawal. Lepas abis.. adik get ready untuk hari persekolahan sebenar pada 2 Januari 2018 pula.
Hari pertama sekolah.. ibu bapa memang dah dimaklumkan tidak boleh menunggun anak-anak di tepi kelas. Kalo nak tunggu pon kena tunggu di kantin. Saya memang tak tunggu. Pagi tu cuma temankan dia sehingga kelas. Ajar turunkan kerusi dan letak beg. Kemudian lepaskan dia ke tapak perhimpunan. Sementara nak tunggu waktu rehat dia.. kami g sapan lu kat
Chong Kok Kopitiam hehe~
|
Tersampai awal.. sempat la skodeng dia dari jauh |
Untung jadi student paling kecil ni sebab confirm cikgu akan suruh duduk paling depan. Bebetul depan meja cikgu tempat dia haha~
|
Bawa bekal je.. makanan mahal huhu~ |
Yang belah kiri dia tu.. classmate masa tadika. So dah ada geng la di sekolah. Setakat dah masuk minggu ketiga persekolahan ni.. adik masih bawa bekal. Simple je hari-hari dia nak roti planta letak gula dan bawa bekal air. Hari pertama tu cuba juga ajar dia beli makanan.. tapi leh tahan mahal.. RM1.50 sepinggan. Ada nasi lemak.. mi goreng dan mihun goreng huhu~ Kemudian sebab memasing pon masih terkial-kial nak membeli so kena beratur lama. Once dia baru nak suap je loceng dah berbunyi. So makan pon kena laju-laju. Then kami decide bagi dia bawa bekal je. Dia memang nak makan roti. Nanti balik tengahari baru makan nasi di rumah Awe. Dan sampai skang duit belanja sekolah pagi tak berusik langsung. Kumpul nak beli keta hotwilis katanya hehe~
|
Petang sekolah agama plak |
Sekolah agama ni kami tak risau sangat. Tak tunggu pon. Sebab kakaknya ada. Kelas pon sebelah-sebelah je.
|
Sekodeng adik sekolah petang plak |
Alhamdulillah.. kedua-dua anak kami dah memulakan persekolahan sebenar. Cepat je masa berlalu. Rasa cam baru je kami sambut kelahiran dia. Sebagai ingatan juga yang ibu bapa ni dah tua hehe~ Untuk Kakak dan Adik.. Ibu doakan semoga kakak dan adik diterangkan jiwa dan dilapangkan dada untuk menerima ilmu yang diajar.. menjadi manusia yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Belajar rajin-rajin ya sayang ibu.. Ibu love u both soooo muchhhh~ ♥♥♥
So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)
No comments:
Post a Comment