29 January 2018

♥ Jersi Selangor FA 2018

Semalam [28 Januari 2018] gigih ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam (PAS) untuk menyaksikan pelancaran jersi Pasukan Bola Sepak Selangor bagi tahun 2018. Sebelum ke Bangi untuk bola Prosboc.. dapat pujuk En. Suami singgah kejap Shah Alam. Dah lama tak rasa semangat penyokong bola bila Selangor dinafikan hak untuk bermain di Stadium Shah Alam sejak tahun lepas. Nak g Stadium Selayang jauh sangat huhu~

Gambar dari FB FA Selangor 
Sesampai je kat PAS memang penyokong dah penuhi ruang legar bawah tu. So terpaksa la naik tingkat atas untuk dapat pemandangan yang lebih baik.


Pada jam 2.30 petang lebih kurang acara pon bermula. Bermula dengan sesi ucapan dan kata-kata aluan.. kempudian acara perasmian.. kemudian disusuli dengan catwalk jersi Selangor 2018 oleh pemain-pemain selangor

Gambar dari FB FA Selangor
Memang lawa sangat.. loveeeeeeee~ Merah Kuning adalah jersi Home, Biru adalah jersi Away dan Kuning adalah jersi 3rd kit. Lawa nau yang biru tu tapi merah kuning warna Selangor so kami dapatkan jersi Home player edition semalam dengan harga RM139. Jersi biru tunggu supporter edition nanti kalo ada. Selalunya supporter edition lebih murah.


Dan menariknya semalam.. 400 pembeli jersi terawal akan dapat free mafla secara percuma. Yeay !!! lawaaaa~ semalam dari atas dok target je mafla tu ingat dijual berasingan. Dah percuma apa lagi terus rembat la hehe~

En Suami terus tambah nama dan nombor di jersi baru
Semalam turut disediakan servis tampal nama dan no jersi. Huruf dan nombor mengikut rekabentuk original jersi player. Satu huruf RM2 dan satu nombor RM13. Pada yang tak sempat nak buat semalam di PAS boleh juga ke kedai mereka di Meru, Klang. Instagram mereka adalah @al_iwanmeru_official 

Lepas tu dok pusing-pusing la kot dapat jumpa dan amik gambo dengan player. Nak cari sorang tu je. Player lain x moh hahaha~ Tapi sedih semua bz dan segera nak tinggalkan majlis. Rupanya selepas tu dorang gerak ke Port Dickson untuk Team Building pulak. Tapi oleh sebab saya memang gigih dan dengan bantuan En Suami.. Taraaaaaaaaaaaa~

Hahaha~ walaupun muka lebor tetap nak upload gak
Player paling feberet sejak saya mula-mula jejak kaki ke Stadium Shah Alam. Boleh kata saya membesar dengan Selangor dan Amri Yahya. Time dia g JDT lu down la jugak. Tapi saya dapat rasa dia akan balik gak ke Selangor sebelum dia bersara dan tekaan saya sememangnya tepat hehe~


Tak sabar tunggu 1st game Selangor tahun ni. Perlawanan pertama akan menyaksikan pasukan Selangor bertemu KL di Stadium Cheras pada 4 Febuari 2018. Harap-harap dapat pujuk En Suami pergi hihi~

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



No comments: