20 February 2017

♥ Resepi : Buah Melaka @ Onde Onde

Semalam sempat la buat kuih melayu untuk minum petang. Kuih buah melaka atau ada gak panggil onde-onde. Kalo beli kat luar kebanyakannya penuh tepung pastu gula cenonet je. Ada tu kelapa pon takde rasa.. cam hampas je rasanya huhu~ Kalo buat sendiri nah kau sukati la nk letak isi gula melaka tu beso mana.. kelapa banyak mana.. sedap dan mudah. 

Jom kita share rasepi


1 peket tepung pulut (+/- 500g)
4 helai daun pandan
Gula melaka dipotong kiub
1 biji kelapa parut putih
Garam secukup rasa

4 helai daun pandan dipotong kecil-kecil dan diblend bersama setengah cawan air sehingga hancur. Kemudian campurkan air blend tu dengan tepung pulut tadi dan uli hingga sebati sampai tepung tu dah tak melekat di tangan. Dalam proses nak bagi sebati tu saya tambah lebih kurang secawan air lagi untuk bagi doh tu elok. Oh ya tapis dulu airnya sebelum tuang dalam tepung. Jangan dimasukkan sekali hampas daun pandan tu hehe~

 Gula melaka pula dipotong kiub kecil-kecil lebih kurang hujung jari. Jangan beso sangat tapi jangan pulak kecik sangat. Sedang elok la

 Kelapa parut pula digaul dengan secubit garam dan di ratakan cam gambar bawah. Senang nak golek-golekkan buah melaka tu nanti

 Kemudian amik sikit tepung lebih kurang besar ibu jari. Bulatkan pastu tekan kat tengah-tengah untuk letak gula melaka. Pastu bulatkan balik. Tepung tak perlu tebal-tebal sebab nanti bila masak dia akan mengembang skit dan kalo tebal sangat nanti gulanya tak cair

Sambil mengguli tu panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Saya letak sehelai daun pandan bagi bau dia wangi. Tak letak pon takpe ikut sukati hehe~

Proses seterusnya jadi tugas anak dara saya pulak. Dia memang suka benda-benda ala-ala master chef junior ni. So bagi la dia buat

Masukkan doh yang berisi gula melaka tu dalam air yang mendidih. masuk la dalam 5 ke 10 biji sekali masuk ikut saiz periuk anda. Tunggu sampai timbul di permukaan air dan biarkan lebih kurang dalam 30 saat lagi sebelum diangkat.

Pas angkat letak atas kelapa parut tadi. Golek-golek bagi disalut dengan kelapa sepenuhnya dan alihkan dalam pinggan. Dah sedia untuk dimakan.

Pastikan jangan ditindih buah melaka yang baru bersalut ni ye. Nanti penyek jadinya. Dah lama sikit baru leh letak yang lain atas dia. Dan jangan dimakan masa panas-panas baru keluar periuk.. takut gula melaka yang cair dalam tu leh lukakan lidah anda. Tunggu jap lebih kurang suam-suam panas tu baru la dimakan.

Ada yang kata kena tunggu lama skit baru rasanya sedap. tapi kat umah ni memang tak leh tunggu lama.. terus ngap masuk lam mulut.

So itu sahaja resepi mudah saya untuk Buah Melaka atau Onde-Onde. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)

No comments: