24 May 2012

♥ Resepi Baru Untuk Baby Saya


from google.com

Ok! ada lagi setengah jam nak abih keje.. keje sumer dah beres so boleh la update blog jap. Tadi sebenarnya ngah riki-riki menu baru untuk my baby Uqasya. Now dia dah 9 bulan. Alhamdulillah dah makin bam-bam dan makin cerdas. Dah bijak menilai keadaan hihihi~ Gigi pon dah 4 batang dan banyak lagi akan menyusul (lambat la jalan nampaknya huhu~)

Dulu saya ada citer pasal penyediaan makanan dia yang telah disejuk bekukan. Baca kat sini ek.  Dulu saya hanya guna sayur-sayuran dan buahan-buahan. Now tiba lah masa dia rasa samting new. Bagi dia rasa macam-macam baru lah selera nak makan kan? Kita nih pon kalo hadap benda yang sama je tetiap hari pon jemu gak hihihi~

Start dis month saya dah perkenalkan dia ngan makanan berprotein iaitu ayam dan ikan. Masih lagi direbus dan dikisar (yer la kang bagi seketul-seketul kang tercekik plak karang) dan dicampur ngan sayur-sayuran seperti brokoli + kobis bunga + tomato + lobak (pilih salah satu je bukan sumer hihihi~). Kalo ikan tuh saya guna fishball atau fishcake. Ayam pulak ayam stendet jual kat pasar tapi yang belah isi (time siang saya asingkan yang belah isi untuk my baby). Oleh sebab pengasuh anak saya akan prepare bubur nasi.. so saya hanya prepare lauknyer sahaja. Kalo campo nasi awal-awal nanti cepat basi. 

Cara penyediaan masih sama. Bahan-bahan direbus hingga empuk dan kemudian dikisar. Sebab now my baby dah 9 month.. saya tak lah kisar halus sangat. Bagi cam kena lenyek je so dia boleh rasa dan trening mengunyah. Cara nak bagi dia tak halus sangat jangan letak air terlampau banyak. Cukup untuk bagi benda tuh dapat dikisar ngan jayanya je. NO GARAM + PERASA + MINYAK PLISZ! Bagi saya dia belum bersedia untuk semua tuh. Mungkin bila dah setahun nanti kot. Time kisar and rebus kena buat asing-asing. Jangan sekalikan sebab kadar masa nak empuk antara sayor + ikan + ayam berlainan. Dan kalo nak campurkan tuh bio lah satu lauk + 1 sayor. Contohnyer ikan + brokoli atau ayam + lobak dan boleh tukar-tukar ikut kretiviti. Kalo dah banyak-banyak lam satu lauk kang dah tak tau jadi rasa apa kang hihihi~

Saya baru baca dari blog ibu yang lain yang dorang campur cheese dalam makanan anak dorang. Hmmm~ cam sedap la plak. Nanti nak try gak untuk my baby la. Suka tengok kalo dia berselera makan hihihi~ momen indah seorang ibu. K dah nak balik jengok my baby. Pengasuh dia cuti for today so dia dok kat umah ngan Pakcu dia. Sok keje hafday dan bergerak ke Kuantan lak. Yeay! I like holiday soooooooo much! 

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



2 comments:

Chekpid said...

hmm..rasanya dalam cheese tu pun ada garam juga w/pun sikit. Try goreng ikan bilis tanpa minyak then blend halussssss. ada nurse yg suggest letak margerin/planta kt bubur, tp tgk ingredient..pun ada garam jugaa...haisssh, susah nak elak ;p

Unknown said...

betul tu...garam mmg susah nk elak...huhu... anak sy dh 9 bulan ada 1 je gigi...

www.mummysayf.blogspot.com