♥ Alhamdulillah.. Rezeki Dari Allah


Today keje bz lite-lite jek. So ada la masa nak menggodek-godek keje selain keje hakiki. Tetiba terasa nak check lak status perjawatan saya. Bila check kat laman web SPA katanya surat dah anto bulan lepas. Paham la kan surat-surat gomen nih.. banyak sangat pintu + orang + departmen nak kena lalu baru la sampai ke tangan huhu~ Kira dah bagi time sebulan lebih nih kira orait la kan.

Dengan hati yang tak mengharap apa-apa (cewaahhhh~ kalo tak mengharap takkan la call kan huhu~) saya call la PT yang jaga perjawatan PPT. Baru bagi salam dan bagitau nama + dari departmen mana (stendet protokol call gomen) lum sempat nak bagitau tujuan menalipon terus PT tuh bagitau saya nyer surat dah setel. By today akan dirilis ke P&P Markas Tentera Darat. By tomorrow dah leh dapat kat tangan. Hahahaha~ bagus budak nih tau je apa saya nak tanya kan hihihi~

Bonus tambahan lak.. selain Surat Pengesahan Jawatan dan Surat Pencen.. Kew 8 kenaikan gaji 13% pon dapat gak (takde la teruja sangat sebab gaji dah masuk bulan lepas). Tapi alhamdulillah Kew 8 untuk increment pon kuar sekali. Yeay! Oleh sebab Pergerakan Gaji Tahunan (KGT) saya bulan 1 so saya akan dapat increment untuk 5 bulan sekaligus muahahahaha~ Alhamdulillah rezeki anak-anak. Simpan untuk belanja raya. 

Senang sikit rasa hati bila perjawatan saya dah setel dan konpom. Dah boleh wat loan umah.. stop potong KWSP.. tambah simpanan ASB dan macam-macam lagi. Wat saya bertambah semangat nak kerja gak hihihi~ Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.




0 comments:

Followers


up