23 June 2011

♥ Pregnancy Checkup Week 31


Picture taken from www.babycenter.com

Alhamdulillah.. harinih genap la usia 31 minggu kandungan saya. Dah nak kat 8 bulan rupanya huhuhu~ Pilihan baju makin limited.. g keje asik rolling baju yang lebih kurang jek.. tapi op kos berbasuh okeh hihihi~

Semalam time g check up sumer okeh. Dah mula kena start kira pergerakan baby. Berat badan pon makin nek ngan jayanya tapi masih terkawal huhuhu~ 2 kilo dalam masa sebulan waaaaaaaaaa~ Jantung baby pon ok.. boleh kata sumer ok lah.. alhamdulillahhhh~

Semalam gak dapat surat booking untuk bersalin kat Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan. Kalo ikut plan yang telah dirancang.. sekiranya saya bersalin before atau on due date saya iaitu 25 Ogos 2011, saya akan bersalin di KL. Sebab tak mintak cuti awal. Bagi time sampai 26 Ogos la paling lambat pun. Kalo pada 26 Ogos pon saya tak bersalin-salin gak.. saya akan angkut sumer barang bawak g umah parents kat Andalas dan bersalin di Hospital Klang. Yes saya tau banyak spekulasi yang berterbangan tentang azabnyer bersalin di Hospital Gomen especially Hospital Klang sebab ramai orang.. tapi saya rasa okeh jek. Time beranak Dellisya lu memang puas hati ngan servis yang diberikan. Yer lah sebab dapat 1st kelas walaupun kalo ikut gred tak layak. Dah nama x-staff kan hihihi~ Member pon ramai kat sana. Guna kabel la yer tak.


Picture taken from
http://www.mycen.my/hospital-angkatan-tentera-tuanku-mizan/

Seperti yang kengkawan sedia maklum juga spital tentera Tunku Mizan kat Wangsa Maju tuh bukan open for public. Hanya untuk tentera dan ahli keluarga, pesara tentera serta awam yang berkerja dengan Kementerian Pertahanan sahaja. Saya termasuk dalam kumpulan yang akhir tuh so boleh la beranak kat situ serta dapat la merasa servis-servisnyer. So kalo nak bersalin kat situ kena la ada surat reference dari Klinik-Klinik Kem Tentera dan doktor akan buat at lis sekali appointment untuk tengok keadaan saya.

Pas g semalam appointment date saya ialah pada 21 Julai 2011. A day before my besday hehehehe~ Skang nih pon check up kat klinik biasa pon dah start dua minggu sekali. Huhuhu~ Asik g check up je la saya kang. Seb bek bos ok hihihi~

So doakanlah saya agar dapat menempuhi hari-hari mendatang ngan selamat dan jayanyer ek. Lagi dua bulan jek huuhuu~ Can't wait!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


3 comments:

mama leen said...

bersalin kat HAT Tuanku Mizan gak ker? selamat bersalin ok.. :)

Mrs Faez said...

ngikut plannyer camtuh la sbb x amik cuti awal.. time kasih yer

yana-feehily said...

Salam.

Tahniah, mesti dah selamat bersalin kan..

Anyway, saya tgh confius skrg ni nak bersalin kt mana.

Dah dapat reference letter ke HAT Mizan tp ada kawan suami cerita yg ada baby meninggal sbb doktor tak ada n lambat smpai..

Pening kepala sbb dia suruh bersalin di HKL saja. Faham2 la HKL tu kan..ramai manusia :)

Hope sis dapat share pengalaman bersalin disitu if mmg bersalin disitu la :) blh jgk emel ke fazhana@gmail.com.

Tq in advance..